31 December 2010

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27



Assalamualaikum wbth dan salam 1Malaysia. Dah lama sangat rasanya jari jemari ni tak menaip di Aku & Hidupku. Kalau diikutkan hati, banyak benda yang nak dikongsikan, namun apakan daya, dengan kerja yang bertimbun saban hari, sungguh memenatkan dan sekaligus mengehadkan diri untuk meluangkan masa berblog setiap hari.

Seperti kawan- kawan rapat di Facebook dah sedia maklum, aku baru- baru ini di panggil untuk menghadiri temuduga perjawatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) N27. Disebalik temuduga tersebut, ada banyak pengalaman yang rasanya nak dikongsikan buat rakan- rakan.

Pertama sekali, bagaimanakah sehingga aku boleh dipanggil temuduga bagi jawatan tersebut. Ramai yang beranggapan panggilan temuduga bagi jawatan aku kali ni dibuat sama seperti panggilan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebenarnya, bagi penggilan dari UTeM ni, aku sudah melepasi beberapa tapisan. Tapi nak kasi mudah, kita guna numbering ok.

1. Semak iklan kekosongan jawatan kosong di laman- laman web kerja kosong popular seperti JobsMalaysia.info dan bukannya JobsMalaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.

2. Kemudian, bukalah laman tempat yang menawarkan kerja kosong ni, contohnya website Vacancy @ UTeM.

3. Kemudian, daftar masuk dan lengkapkan profil peribadi anda. Jangan lupa, untuk sesetengah agensi atau majikan, mereka mengkehendaki anda untuk memuat naik gambar berukuran passport dan salinan sijil- sijil bagi tujuan saringan. Macam UTeM juga, kalau tak upload maknanya tak lengkap la permohonan. Dan tentu- tentu tak dipertimbangkan.

4. Lepas dah lengkap hantar dan tunggulah jawapan untuk panggilan ujian psikologi dan Ujian Kompetensi Bahasa. Ni lah step yang paling hebat dalam panggilan temuduga kerja. Di mana, calon- calon atau pemohon yang melepasi saringan kelayakan akademik, akan dipanggil bagi menduduki ujian Psikologi dan Ujian-ujian lain yang sudah tentu tiada semua ini jika dipanggil temuduga melalui SPA. Dalam peringkat ini, saya dipanggil untuk menduduki ujian tersebut di Kampus Induk UTeM di Durian Tunggal Melaka. So, dalam peringkat ini ada beberapa ujian yang perlu diduduki iaitu Ujian Psikologi Inventori Sidek, Ujian Psikologi Kerjaya serta Ujian Kompetensi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Part isi kandungan ujian ni akan saya bincangkan kemudian.

5. Sekiranya anda melepasi tapisan ujian yang tadi, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga pula. Sesi inilah yang paling mencabar dan memerlukan kekuatan diri. 

6. Jika berjaya dalam temuduga, sudah tentu akan dipanggil untuk melapor diri. 

Itulah yang boleh dinyatakan langkah- langkahnya menuju kerjaya di UTeM. Tapi ada sikit nak dihuraikan tentang sesi temuduga yang berlangsung. Calon luar yang hadir bagi sesi temuduga tersebut kira- kira 25 orang sahaja dan ada beberapa orang lagi merupakan calon dalaman iaitu staf yang sudah berkhidmat di UTeM dengan kelulusan SPM tapi kini telah mempunyai Diploma, ataupun staf yang berkhidmat secara kontrak yang mahu memohon untuk jawatan tetap.



Saya sampai di Bangunan Canselori UTeM kira- kira jam 0715 pagi. Masih tiada orang lagi. Sebaik jam 0730 pagi, aku diarahkan berkumpul di aras 1 untuk sesi lapor diri dan taklimat. Daripada 25 calon luar tersebut, hanya 4 orang termasuk aku adalah lelaki, selebihnya perempuan. Selepas melapor diri, semua dokumen kami disemak dengan teliti bagi memastikan maklumat yang diisi semasa permohonan adalah benar.

Selepas semakan berakhir kira- kira jam 1000 pagi, 5 orang calon pertama dipanggil memasuki bilik temuduga. Temuduga kali ini adalah secara berkumpulan, temuduga berkumpulan kali kedua buat aku selepas temuduga sebagai Telemarketing setahun dulu. Sekumpulan demi sekumpulan bersilih ganti. Kini giliran aku dan 3 orang calon lain, yang juga merupakan kumpulan calon luar terakhir dipanggil temuduga kira- kira jam 0300 petang. Sebaik masuk, kami diberi taklimat sedikit taklimat dan amanat sebelum sesi temuduga kami dimulakan.

Seiring sekumpulan dengan aku ialah seorang Pembantu Penyelidik Sambilan (gred 17), bekas Pembantu Akauntan (di KPWKM) dan seorang lagi Pegawai Khidmat Sumber Manusia dan apa ntah di sebuah syarikat. Tapi yang penting, semuanya telah terlalu biasa dengan "dunia" kerja kerajaan dan dalam bidang pentadbiran. Sedangkan aku, baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan. Panel kami terdiri daripada seorang Pendaftar dan seorang Bendahari UTeM. Kecut perut jugak rasanya. Namun kutabahkan jua. Panel tersebut menyejukkan api lahar ketakutan dalam diriku dengan menyatakan soalan berkaitan deskripsi tugas dan berkaitan dengan jawatan tidak akan ditanyakan bagi berlaku adil dengan aku yang tiada berpengalaman. Alhamdulillah.



Namun, corak soalan yang diajukan lebih untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta lebih profesional. Antara soalan yang diajukan adalah:

  • Sebagai seorang PPT, sanggupkah anda bekerja melebihi jangkamasa 8 jam termasuk pada hari cuti dan hujung minggu?
  • Apakah attitude yang patut ada sebagai seorang PPT, terhadap diri sendiri dan orang lain?
  • Anda telah mempunyai pengalaman kerja berpuluh- puluh tahun. Bagaimanakah caranya untuk anda menegur pegawai atasan yang baru setahun jagung di alam pekerjaan?
  • Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam sesuatu organisasi, bagaimanakah anda untuk berhadapan dengan mereka yang lebih senior dan lebih berusia daripada anda?
  • Anda hanya seorang PPT (seperti kita tahu hanya mempunyai Diploma), bagaimanakah anda untuk berurusan dengan ahli akademik seperti Professor, Doktor dan mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan juga ego serta sifat "selalu betul" yang tinggi?
  • Bagaimanakah anda menguruskan masa seharian anda? Berikan sistem pengurusan waktu yang digunakan seharian dan dalam melaksanakan tugas- tugas harian? (sedikit contoh jawatan: buat to-do list, sediakan jadual kerja, gunakan sistem prioritize serta gunakan teknik kuota)

Itulah antara soalan- soalan mencabar yang ditanyakan oleh ahli panel. Bayangkan ada 4 mulut yang berebut untuk menjawab. Masing- masing ingin menonjolkan diri sendiri. Tapi kalau boleh, berpada- padalah. Ni ada sikit tips untuk sesi temuduga secara berkumpulan.

  • Minta izin untuk menjadi speaker pertama di dalam sesi. Tapi biasanya dimulakan dari kanan.
  • Jangan memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela- jela. Anda akan membuatkan panel berasa bosan.
  • Cukup sekadar memberikan satu dua poin dan diikuti dengan contoh. Tak perlu tamak. Kerana akibatnya nanti, calon lain akan kehabisan idea kerana di kebas oleh anda.
  • Jangan sesekali menuding jari kepada calon lain untuk bercakap. Biarkan mereka bercakap sendiri apabila sudah sedia.
  • Jangan sesekali menyampuk hujah atau jawapan yang diberikan calon lain, kerana anda akan membuat dia hilang fokus dan mungkin akan kelu lidah mati kata- kata.
  • Tunjukkan ekspresi menyokong kepada kata- kata calon lain walaupun anda sedikit tidak bersetuju. Ini bagi mewujudkan suasana harmoni sesama calon.
  • Akhir sekali, jangan jadi seperti murai dicabut ekor, jangan jadi tin kosong, jangan jadi pengacau dan be yourself.

Itulah sedikit pengalaman aku ketika menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir (PPT) N27 di UTeM. Semoga temuduga tersebut berjaya. Untuk entri akan datang, aku akan ceritta sikit mengenai ujian- ujian yang aku lalui sebelum melepasi ke fasa temuduga. Sekian untuk hari ni, assalamualaikum wbth.

23 November 2010

Kaktus dan Kupu- Kupu Buat Diriku

Kadang kala kita meminta kepada Allah swt setangkai bunga segar,


Namun Dia memberi kaktus yang penuh berduri...


Kadangkala kita meminta seekor kupu- kupu cantik,



Namun Allah swt memberi seekor ulat berbulu...


Lalu kita bersedih dan kecewa dengan Allah swt. Namun, pada suatu hari, kaktus itu berbunga, indah sekali...



Dan ulat berbulu tadi pun bertukar menjadi seekor kupu- kupu yang cantik. Hati yang duka tadi, terus riang gembira.


Wahai manusia semua, itulah percaturan Allah swt, indah dan cantik pada masaNya! Allah swt tidak memberi apa yang kita harapkan, akan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kita terasa sedih, kecewa, terluka dan kecil hati, tetapi jauh di atas sana segalanya telah Dia aturkan yang terbaik dalam kehidupan kita.


Sesungguhnya, percayalah akan janji- janji Allah swt kepada orang- orang yang beriman. Semoga dengan motivasi ini, kita diberikan kekuatan untuk terus beriman kepadaNya. 

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” 
(Penghulu Istighfar)

22 November 2010

7 Wasiat Raja- Raja Melayu


Terdapat 7 (tujuh) Wasiat Raja- Raja Melayu semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 antaranya ialah:

1 Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3 Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4 Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5 Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6 Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7 Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Sumber: http://www.pemudaumno.org.my/

21 November 2010

InsyaAllah oleh Maher Zain

Album : Thank You Allah
Munsyid : Maher Zain
Sumber >>



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x

Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake

You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah

He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way


Dapatkan lirik nasyid segara
di sini >>

09 October 2010

Kenangan Semasa di Taman Negara Pahang 2008



Kenangan yang takkan pernah dilupakan...



Saat bergembira bersama teman- teman di PSIS...

16 September 2010

Gula Stevia- Pemanis Kehidupan Anda secara Semulajadi (vesri Bahasa Inggeris)



SteviaSugar Corporation - Sweeten your life naturally!


For centuries, stevia leaves have been used effectively by the Guarani indians to sweeten their teas. Now, you can too!



SteviaSugar Corporation is a specialist in Stevia; we offer stevia in many forms for end consumers, as extracts, cut leaves and tea.



Stevia has the following benefits:

- Control blood sugar level by its zero calorie properties

- Control body weight

- Lowers high blood pressure

- Beneficial for mouth and teeth care

- Reduces sweet cravings and tobacco addiction




SteviaSugar Corporation develops a special stevia hybrid namely Stebiana Stevia that has the sweetest taste available in the market.

With Stebiana Stevia, rest assured that you get the sweetest, most delicious stevia taste.


Click here to learn more
!




31 August 2010

Salam Kemerdekaan ke-53

Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka dan merdeka... Itulah satu laungan keramat setiap kali tanggak 31 Ogos berkunjung tiba. Semua warga Malaysia tak kira tua mahupun yang muda, belia, remaja mahupun yang masih belum mengenal apa-apa, semuanya berteriak gembira. Merdeka, merdeka, merdeka!

Sesungguhnya perjalanan 53 tahun ini, tidaklah sehebat mana. Tidaklah sejauh mana... jika dibandingkan tempoh tanah air ini terjajah dan menderita. Bumi ini jadi saksi. Penjajahan yang panjang mengatur sejuta cerita. Dan sepanjang perjalan itulah, yang mewarnai warna-warna Merdeka hari ini.

53 tahun... Sekejap sahaja. Mampukah kita mengekalkan merdeka yang sekejap ini? Jawapannya ialah anak bangsa hari ini kerana pada masa nanti, merekalah penentunya. Jangan jadi macam seperti anjing menyalak bukit, jangan jadi seperti enau dalam belukar, dan jangan jadi syok sendiri. Jangan sesekali menjadi anak bangsa yang BODOH, dengan menjual maruah negara pada mereka diluar. Sungguh kulitmu suci, tapi hatimu penuh dengan benci dan iri pada negara sendiri. Jangan kita menjadi bangsa yang berdendam pada negara sendiri. Ingatlah, 53 angka yang sangat sedikit, tatkala dicuri sedikit, sudah pasti hilang ghaib.

Sekian, selamat menyambut perayaan Hari Kebangsaan ke 53 dan salam 1Malaysia.


1Malaysia Menjana Transformasi.

26 August 2010

Facebook... Segalanya...


Salam semua. Selamat memasuki fasa ke-2 Ramadan al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik dari yang lepas- lepas. Atau tidak pun, biarlah sama seperti yang lepas. Dan berharaplah, supaya jangan kita tergolong dalam golongan yang celaka, iaitu yang lebih teruk dari Ramadan yang lepas.


Masukan kali ini bukanlah sesuatu yang kecil, tetapi sangat besar! Impak kepada masyarakat bahkan global... Setelah lama kali tidak menulis (sebenarnya menaip) terasa kekok amat melepaskan lenggok jari jemari ke papan kekunci. Sedangkan hari-hari menaip di pejabat. Huhuhuhu... (Gelak yang sudah sebati dalam apa jua keadaan)...

Ehh, panjang pulak melalutnya. Ha, ni ha. Pasal kemasukan pada coretan kali ini, iaitu, Facebook, segalanya... Apa maknanya ya? Hmmmm, kini rata-rata rakyat Malaysia sudah berdaftar ke akaun Facebook. Tak kiralah dari yang sekecil-kecil mengenal internet, hinggalah ke setua-tua menaip terhegeh-hegeh... Dari insan bergelar selebriti dunia, ahli politik, pensyarah, guru, semuanya mempunyai akses ke akaun Facebook. Bukan itu sahaja, insan-insan tanpa jasad dan rupa juga banyak yang ada di Facebook. Dari yang mengaku dirinya orang berada, kerabat, hinggalah ada pula yang mengujudkan akaun Facebook hanya semata-mata mahu mencipta propaganda, kontroversi, dan pelbagai lagi, yang boleh saya katakan, niatnya hanya Tuhan dan tuan empunya diri sahaja yang mengetahui... Besarkan impak Facebook?

Facebook juga menjadi medan melobi, memaki, mencaci, menghina, tak kurang juga bagi melakukan pelancoan (tak tahu makan, tanyalah pada Google) secara maya. Hmmmm, tak kurang juga tempat meluahkan ketidakpuasan hati, rasa benci dan dizahirkan dengan penuh berapi-api... Dan yang lebih dan boleh memberikan impak yang besar ialah apabila sesuatu suapan itu dihantar ke dinding suapan sama ada pada dinding suapan individu itu sendiri atau pun orang lain... Besarkan impaknya sekiranya suapan itu sekadar satu fitnah atau bertujuan memburukkan individu lain? Besar jugakan impak sekiranya suapan dinding tersebut berbaur penghinaan ke atas sesuatu agama atau keturunan? Ya, di Facebook, segalanya....

Teringat kisah seorang wanita (perempuan) yang dimarahi secara ekstrem di Facebook gara-gara dia menyuap komen di dindingnya berkenaan sesuatu perkara yang melibatkan unsur agama. Habislah beliau dihentam sehinggalah terciptanya beberapa muka kumpulan yang anti kepada remaja ini. Namun, remaja ini mampu menyelamatkan dirinya dengan bertindak bijak meminta maaf secara terbuka atas kesalahannya. Tindakan bijak.

Itulah Facebook, segalanya. Sebenarnya kemasukan ini sahaja disuap bagi memastikan akaun Blogspot saya masih aktif. Berfikirlah secara bijak ketiak melayari Facebook. Wassalam...

05 May 2010

Aku hanya insan yang lemah~

Salam semua~ Ketika aku menulis post ini, mungkin aku terasa amat hina diri ini di sisi Tuhan (Allah) yang terlalu baik buat diriku ini. Aku mula mengenal dunia dengan izin Allah, tapi setiap kali aku melakukan kemungkaran, aku tidak pernah bertanya pada Allah untuk meminta keizinan. Kejam sangatkah aku begini?

Ya, ada yang akan berkata begitu. Setiap pinta ku, Allah tunaikan. Dan setiap pinta ku yang ke arah kejahatan dan kemungkaran, Allah seMaha Kuasanya menggagalkan. Allah sayang aku, tapi pernah aku taat sempurna dan SAYANG GILA padaNya? Langsung~

Lagi Allah kurniakan nikmat, lagi tu lah akan aku cari ruang untuk menjadi kufur nikmat~ Memang dasar manusia ek? Aduh, jangan berbangga jika setiap kali kau meminta Allah kabulkan, sedangkan kau kufur nikmat dan melupakanNya. Takut- takut ia "istidraj". Seperti yang berlaku pada Firaun (Pharoah).

Walaupun Firaun kufur dan menolak Allah bahkan diakui dirinya Tuhan, namun Allah tetap meberikan nikmat dan segala yang ada di dunia. Nikmat tanpa rahmat. Nampak macam senang, tapi bila nikmat tanpa rahmat, tambah lagi tanpa BERKAT, payah la. Akhirnya Firaun mati dengan taubat ketika nyawa di hujung halkum atau kata mudahnya, tidak sempat bertaubat kerana ajal telah dulu bertandang.

Nak ke hidup macam Firaun? Senang, lenang, kaya, dihormati (walaupun secara paksa), gah, kenyang dan macam- macm lagi, tapi tanpa RAHMAT dan BERKAT bahkan penuh dengan LAKNAT dan mati pun TERSEKAT-SEKAT~ Nak?

Ya Allah Ya Mukhallibal Qulub, Wahai Allah Tuhan yang membalikkan hati-hati manusia, tetapkanlah aku dalam agama mu dan ketaatan yang mantap pada diriMu, dan jauhkanlah aku dari dunia yang penuh dengan dugaan yang menggoda.

Ya Allah Ya Sami', Ya Basir, Kau PEKAKkanlah pendengaranku ini dari segala bisikan syaitan yang menggoda, ajakan manusia yang melalaikan sentiasa dan seruan-seruan Dajjal yang menyesakkan. ~

Ya Allah, kau BUTAkanlah mata dan penglihatanku dari segala pandangan- pandangan syaitan, bayangan manusia yang yang sentiasa menggoda, serta lautan hambaMu yang berhati yang merosakkan dan berhati syaitan.

Ya Allah, kau BISUkanlah kalamku dan kau kelukanlah lidahku dari segala percakapan dan fitnah-fitnah yang merosakkan, yang memecahbelahkan dan dari pujuk rayu nafsu atas hambaMu yang lain, yang merayu dan meminta-minta, sedangkan aku tahu ia dosa~

Ya Allah, kau CACATkanlah tanganku, kau LUMPUHkan lah kakiku dari segala perbuatan yamg salah dari pandangan dan hakikat hukum-hakamMU. Kau tempangkanlah kakiku ini, untuk ke tempat-temapt maksiat dan juga destinasi yang memutikkan diriku dari segala maksiat. Sesungguhnya, aku amat takut pada siksa dan azabMu.

Ya Allah, bantulah aku hambaMu melawan nafsu.

04 April 2010

Doa Talqin Buat Diriku


Dengan nama Tuhan (Allah( yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.


Wahai Riduan Bin Siti Hawa, wahai Riduan Bin Siti Hawa, wahai Riduan Bin Siti Hawa, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai Riduan Bin Siti Hawa, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar
dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Riduan Bin Siti Hawa, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah nama kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar,janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan keatas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai Riduan Bin Siti Hawa tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Riduan Bin Siti Hawa, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah- mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri didalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Al-Fatihah

Setiap yang bernafas
Pasti akan Mati

"Kullu nafsin za iqatul maut"

Masjid Paling Aneh di Dunia

Bentuknya sederhana benar, namun jemaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu solat masuk
Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu “Shanke Yadem†(Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga bagi kita.
Ceritanya begini :
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, dia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem†.
Nah, apa yang dia lakukan setelah itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalan kotak. Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali sebatas menjaga kelangsungan hidupnya saja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknyapun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-ciatanya yang amt mulia itu dan masyarakat di sekitarnyapun kehairanan, bagaimana Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, iakni membangun sebuah masjid dan berhasil dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahwa Khairudin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak mampu berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi.
Setelah masjid tersebut berdiri, masyarakat penasaran apa gerangan yang terjadi pada Khiruddin Afandi. Mereka bertanya bagaimana ceritan seorang yang miskin berjaya membangun masjid. Setelah mereka mendengar cerita yang sangat menakjubkan itu, merekapun sepakat memberi namanya dengan: “Shanke yadem†(Angap Saja Saya Sudah Makan).
Subhanallah! Sekiranya orang-orang kaya dan memiliki penghasilan lebih dari kaum Muslimin di dunia ini berfikir seperti Khairuddin, berapa banyak dana yang akan terkumpul untuk kaum fakir miskin? Berapa banyak masjid, sekolah, rumah sakit dan fasilitas hidup lainnya yang dapat dibangun? Berapa banyak infra struktur yang dapat kita realisasikan, tanpa harus meminjam ke lembaga dan Negara yang memusuhi Islam dan umatnya?
Jemaah yang melimpah, tanda keberkahan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih
(di sunting daripada kiriman mel-e)

Siapakah anda sebenarnya?

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

"Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfa'at kepada manusia lain..."

(dipetik daripada kiriman mel-e)

Menguap, oh menguap...

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h.

Allahu a'lam.


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "


Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

(di petik daripada sebaran mel-e)

03 April 2010

Kenangan Terakhir pada 23-05-2009 sebelum hari terakhir di PSIS

Gambar ini mempunyai kisahnya tersendiri yang perlu dilihat dengan mata hati. Hehehe...

Alkisahnya bermula, apabila aku dan Umar berjumpa di Pantai Sungai Burung di kawasan daerah Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam. Ada sesuatu yang terbuku di hati masing- masing. Entah, aku pun tak tahu kenapa masing- masing begitu berang sekali...


Umar dan aku masing- masing dengan ego mara ke hadapan. Untuk bertarung sebagai perwira sejati. Semakin dekat....



Pada sampai satu tahap, amarah kami tiada terbendung lagi. Semakin meluap- luap rasanya. Allahuakbar!!! Bahu bertemu bahu, jasad membelah jasad. Terbakar dahsyatlah api amarah itu.



Setelah masing- masing puas melepaskan amarahnya, maka mereka pun berasa sangat puas hati. Aku menangis dan lari menjauhkan diri, tapi Umar mengejar, tanda mahu memujuk. Tidak, aku sudah terlalu terkecil hati. Selepas masing- masing kembali reda radangnya, Azuwan teman sebilik kami datang mengajak kami bermaafan dan bersama- sama menikmati keindahan pantai.



Sekian... Untuk lebih foto tentang cerita ni, klik la link di bawah ni yer... Terima kasih...

>>> MOMENTO 23-05-2009

Perhatian: Cerita ini adalah rekaan semata- mata dan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah mati.

Pelakon- pelakon:

>>> Riduan sebagai Wan
>>> Umar Chong sebagai Umar
>>> Fakhrul Azuwan sebagai Azuwan

Taman Negara Pahang in Memories ~ 2008

Kenangan bergambar di tebing Tembeling River View Restaurant di pintu masuk Taman Ngera Pahang di Kuala Tahan
Di pucak Bukit Teresek, perjalanan yang amat memenatkan dan meletihkan

28 March 2010

Jom makan tengah hari...

Hehehe... Apa menu lunch anda semua hari ni??? Menu makan tengah hari aku hari ni simple aje. Lauk kacang panjang goreng dengan pedal ayam (tapi lauk ni lain sikit, sebab dia berkuah, so bila makan tak la kering sangat, sebab aku tak boleh makan lauk tak berkuah, jap lagi tercekik, huhuhu), dan ikan tongkol bakar (tapi ini ikan tongkol hitam tau).

Hmm, dah kata ikan bakar ni, kenalah dengan kicap bawang together dengan air assam, Wah, memang GRAND lor. Adoi, ikannya 3 ekor jer, tp yang nak makannya 4 orang. Huhuhu...

Ha, ni mak dah janji pulak nak beli tongkol putih (jenis yang ni isinya agak keras berbanding tonkol hitam). Sedap tau makan ikan bakar, especially dengan air assam dan kicap bawang. Tambah- tambah air assam dan kicap bawang yang mak aku buat. Hehehe... Kicapnya yang paling better pakai kicap Cap Kipas Udang. Paling GRAND!!!

Kalau makan ikan bakar ni, teringat masa kat Taman Negara punya ekspidisi dulu. Masa tu kami semua budak Pengursan Pelancongan bermalam di Pulau Tat, yang berlokasi di sebahagian sungai di tepi lurahan Taman Negara (pintu masuk Kuala Tahan yer). Hehehe.

Masa tu, menunya ikan tuka (ke chuka), ikan pacu, ikan talapia, sosej, ayam perapan dan nasi goreng kampung. Hehehe.. Kira macam BBQ dinner la. Menu ni disediakan oleh pihak pengurus aktiviti, Jenut Holidays, Taman Negara Specialist. Memang hebat la menunya. Bermalam di Pulau Tat juga satu pengalaman yang sangat seronok dan tidak boleh dilupakan.

Ha, kalau nak minta tolong arrangement untuk percutian korang kat Taman Negara, boleh la contact denga Jenut Holidays, En. Meor di emel meor2709@yahoo.com. Promote la nama aku sekali yer. Hehehe...

P/S: Kenyang, nak solat dan berehat.

27 March 2010

Hari Sabtu yang membosankan...

Hmm, hari Sabtu??? Apa nak describe ek??? Tadi bangun pukul 930 pagi. Sebab... malam tadi aku tidur pukul 2 pagi. Layan Facebook. Huhuhu...

Lepas bangun pagi, aku bersarapan la pagi. Hari ni tak ada orang, so aku yang kene buat sarapan pagi. Mula- mula, goreng nugget ayam. Beli kat Carrefour Express kat Bandar Baru Ampang. Then, aku masak (hehehe...) roti goreng potong- potong...

Senang jo masak ek. Hmm, sedap tau. Aku pergi kedai, semuanya tak tahu macam mana nak masak roti telur potong- potong istimewa. Memang sedap sangat- sangat. Kalau anda (perkataan skema) nak rasa, datang la kat rumah aku.

Lepas dah siap masak, kami makan tiga beranak Mak, abah dengan aku. Hari ni Kak Ngah kerja. Hmm, makan bertiga pun sedap. Menu air, nescafe panas. Sedap...

Lepas makan ni la sesi yang paling membosankan apabila aku kene sidai (jemur) kain. Malasnya nak buat kerja rumah. Dah la mesin bahagian kering tu dah rosak. Kenalah perah sendiri sebelum boleh disidai. Erghhhh... Geramnaya dengan mesin basuh kering ni.

Penat... Lepas dah siap, online FB jap. Then, sambung tidur lagi (huish, memang kaki tidur betul la). Dalam tengah hari, Kak Long pun datang, ajak pergi Taman Putra. Jalan- jalan kat Paragon Point jer (mak pergi bukan jalan pun, naik bus RapidKL ku yang tercinta). Hehehe...

Sampai kat sana, Kak Long sibuk nak pergi fotostat buku sekolah Nor'Ain (tu nama anak dia a.k.a anak sedara aku, yang sulung). Kat sana masa tu, tukang kedai tu salah photostat buku terbalik- terbalik. Lepas tu dia marah- marah. Kita orang pun chow la tinggal dia fotostat sendiri. Waktu balik tu baru kita orang collect balik.

Sampai kat Paragon, pergi la jalan- jalan kat The Store. Tak ada apa pun yang seronok. Hmm, lepas tu balik rumah. Memang bosan la hari Sabtu ni. Selebihnya menhadap laptop, online je la sampai sekarang, waktu post ni dipostkan. Selamat berFacebook!!!

26 March 2010

Tolonglah faham!!!

Lagi- lagi aku nak kene jaga hati orang. Sakit betul hati ni. Dah tu, suka buat muka macam entah apa- apa je. Im just a human being you know...

Ceritanya macam ni je. Aku ni adalah seorang member yang dari banyak segi, memang tip top! (5 star punya kerja!!!). Tapi, biasalah, macam aku kata tadi, kita ni hanya manusia biasa ja. Yang tang kekurangan dia ialah attitude dia.

Baik tu baik, cuma kechildishan dia membuatkan ramai otang tak suka dan nampak dia macam seorang yang sangat menjengjeklakn, instead dia bagus dan patut di sukai orang. Tu la, malangnya attitude dia saja macam to.

Teruk- teruk dia, dia still kawan aku. Nak tak nak, aku kene tengok dia berubah. Tapi bila kita approach dia untuk berubah, keep remind him untuk berubah, dia marah pula. Adoi, tolonglah faham. Tak pasal- pasal aku dimasam-masam muka kan. Hmm, nasib baik kawan, kalo orang lain, sudah ku sekeh- sekehkan tadi kelapanya. Uish, salah, kepalanya. Hehehe... Tolonglah faham...

24 March 2010

Kerja, kerja, kerja...

Kerja, kerja, kerja... Itulah yang kini sedang asyik bermain di fikiranku. Sedang ex- classmate yang sama- sama belajar masa diploma dulu, kebanyakkannya sudah kembali menyambung pelajaran. Tp bagi aku, kerja, kerja, kerja. Hmm, memang penat kerja ni. Masa aku belajar dulu, sibuk nak kerja. Tapi, bila dah merasa alam bekerja, barulah tau sakitnya kepala. Adoi... Sakitnya!!!

Member yang lain sedang sibuk menelaah pelajaran, aku pula, kerja jer yang bermain di kepala. Seawal 5.20 pagi, paling lewat pun pukul 6, aku sudah mula bangun bersiap nak ke tempat kerja. Adoh, malasnya... Tapi, sedar tak sedar, aku dah 4 bulan bekerja.

Tapi, kenapa tiba- tiba jer rasa bosan??? Feedup??? Hmm, aku pun tak tahu. "Wan, sabar Wan. Tinggal 2 bulan je lagi. Dulu praktikal 6 bulan boleh je kau bersabar...", jerit hati kecil ku yang takut di marahi kalau aku berhenti kerja.

"Ah, buat bodoh jer, kerja mana- mana pun boleh dapat, bila- bila pun ada. Berhenti jer!!!", jerit hati besar ku yang dah tak larat lagi nak kerja. Bukan tak larat nak kerja, tapi nak pergi kerja. Faham tak dol???

Sebab apa ek??? Masa kat tempat kerja lama, ada la seorang memeber aku yang tersangat rapatnya. Nama dia Sue, tapi sekrang aku tak tahu kat mana. Langsung lost contact. Dia ni lah kawan aku semasa sebulan pertama aku mengharungi kerja pertama aku. Dia bagi aku semangat. Aku gagah. Tapi bila aku tahu dia lemah, oh Tuhan, aku makin patah kaki. Aku rasa macam tak berdaya. Memang sah aku memang jenis yang kene ada kawan.

Sekarang ni, ada juga yang hantar Surat Cinta kat bos. Adoi, aku tahu dah. Memang benda tu akan berlaku. Aku tabahkan hati. Kuatkan diri. Biarlah dia pergi, aku redhaim walau dalam hati, rasa kehilangan kawan yang sekepala sehati. Tapi demi kerja, kerja, kerja.

P/S: Sorry la ya, post pertama ni dah sedih- sedih. Memang aku tengah bersedih.

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR