31 August 2010

Salam Kemerdekaan ke-53

Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka dan merdeka... Itulah satu laungan keramat setiap kali tanggak 31 Ogos berkunjung tiba. Semua warga Malaysia tak kira tua mahupun yang muda, belia, remaja mahupun yang masih belum mengenal apa-apa, semuanya berteriak gembira. Merdeka, merdeka, merdeka!

Sesungguhnya perjalanan 53 tahun ini, tidaklah sehebat mana. Tidaklah sejauh mana... jika dibandingkan tempoh tanah air ini terjajah dan menderita. Bumi ini jadi saksi. Penjajahan yang panjang mengatur sejuta cerita. Dan sepanjang perjalan itulah, yang mewarnai warna-warna Merdeka hari ini.

53 tahun... Sekejap sahaja. Mampukah kita mengekalkan merdeka yang sekejap ini? Jawapannya ialah anak bangsa hari ini kerana pada masa nanti, merekalah penentunya. Jangan jadi macam seperti anjing menyalak bukit, jangan jadi seperti enau dalam belukar, dan jangan jadi syok sendiri. Jangan sesekali menjadi anak bangsa yang BODOH, dengan menjual maruah negara pada mereka diluar. Sungguh kulitmu suci, tapi hatimu penuh dengan benci dan iri pada negara sendiri. Jangan kita menjadi bangsa yang berdendam pada negara sendiri. Ingatlah, 53 angka yang sangat sedikit, tatkala dicuri sedikit, sudah pasti hilang ghaib.

Sekian, selamat menyambut perayaan Hari Kebangsaan ke 53 dan salam 1Malaysia.


1Malaysia Menjana Transformasi.

26 August 2010

Facebook... Segalanya...


Salam semua. Selamat memasuki fasa ke-2 Ramadan al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik dari yang lepas- lepas. Atau tidak pun, biarlah sama seperti yang lepas. Dan berharaplah, supaya jangan kita tergolong dalam golongan yang celaka, iaitu yang lebih teruk dari Ramadan yang lepas.


Masukan kali ini bukanlah sesuatu yang kecil, tetapi sangat besar! Impak kepada masyarakat bahkan global... Setelah lama kali tidak menulis (sebenarnya menaip) terasa kekok amat melepaskan lenggok jari jemari ke papan kekunci. Sedangkan hari-hari menaip di pejabat. Huhuhuhu... (Gelak yang sudah sebati dalam apa jua keadaan)...

Ehh, panjang pulak melalutnya. Ha, ni ha. Pasal kemasukan pada coretan kali ini, iaitu, Facebook, segalanya... Apa maknanya ya? Hmmmm, kini rata-rata rakyat Malaysia sudah berdaftar ke akaun Facebook. Tak kiralah dari yang sekecil-kecil mengenal internet, hinggalah ke setua-tua menaip terhegeh-hegeh... Dari insan bergelar selebriti dunia, ahli politik, pensyarah, guru, semuanya mempunyai akses ke akaun Facebook. Bukan itu sahaja, insan-insan tanpa jasad dan rupa juga banyak yang ada di Facebook. Dari yang mengaku dirinya orang berada, kerabat, hinggalah ada pula yang mengujudkan akaun Facebook hanya semata-mata mahu mencipta propaganda, kontroversi, dan pelbagai lagi, yang boleh saya katakan, niatnya hanya Tuhan dan tuan empunya diri sahaja yang mengetahui... Besarkan impak Facebook?

Facebook juga menjadi medan melobi, memaki, mencaci, menghina, tak kurang juga bagi melakukan pelancoan (tak tahu makan, tanyalah pada Google) secara maya. Hmmmm, tak kurang juga tempat meluahkan ketidakpuasan hati, rasa benci dan dizahirkan dengan penuh berapi-api... Dan yang lebih dan boleh memberikan impak yang besar ialah apabila sesuatu suapan itu dihantar ke dinding suapan sama ada pada dinding suapan individu itu sendiri atau pun orang lain... Besarkan impaknya sekiranya suapan itu sekadar satu fitnah atau bertujuan memburukkan individu lain? Besar jugakan impak sekiranya suapan dinding tersebut berbaur penghinaan ke atas sesuatu agama atau keturunan? Ya, di Facebook, segalanya....

Teringat kisah seorang wanita (perempuan) yang dimarahi secara ekstrem di Facebook gara-gara dia menyuap komen di dindingnya berkenaan sesuatu perkara yang melibatkan unsur agama. Habislah beliau dihentam sehinggalah terciptanya beberapa muka kumpulan yang anti kepada remaja ini. Namun, remaja ini mampu menyelamatkan dirinya dengan bertindak bijak meminta maaf secara terbuka atas kesalahannya. Tindakan bijak.

Itulah Facebook, segalanya. Sebenarnya kemasukan ini sahaja disuap bagi memastikan akaun Blogspot saya masih aktif. Berfikirlah secara bijak ketiak melayari Facebook. Wassalam...

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR