Friday, December 31, 2010

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27



Assalamualaikum wbth dan salam 1Malaysia. Dah lama sangat rasanya jari jemari ni tak menaip di Aku & Hidupku. Kalau diikutkan hati, banyak benda yang nak dikongsikan, namun apakan daya, dengan kerja yang bertimbun saban hari, sungguh memenatkan dan sekaligus mengehadkan diri untuk meluangkan masa berblog setiap hari.

Seperti kawan- kawan rapat di Facebook dah sedia maklum, aku baru- baru ini di panggil untuk menghadiri temuduga perjawatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) N27. Disebalik temuduga tersebut, ada banyak pengalaman yang rasanya nak dikongsikan buat rakan- rakan.

Pertama sekali, bagaimanakah sehingga aku boleh dipanggil temuduga bagi jawatan tersebut. Ramai yang beranggapan panggilan temuduga bagi jawatan aku kali ni dibuat sama seperti panggilan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sebenarnya, bagi penggilan dari UTeM ni, aku sudah melepasi beberapa tapisan. Tapi nak kasi mudah, kita guna numbering ok.

1. Semak iklan kekosongan jawatan kosong di laman- laman web kerja kosong popular seperti JobsMalaysia.info dan bukannya JobsMalaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.

2. Kemudian, bukalah laman tempat yang menawarkan kerja kosong ni, contohnya website Vacancy @ UTeM.

3. Kemudian, daftar masuk dan lengkapkan profil peribadi anda. Jangan lupa, untuk sesetengah agensi atau majikan, mereka mengkehendaki anda untuk memuat naik gambar berukuran passport dan salinan sijil- sijil bagi tujuan saringan. Macam UTeM juga, kalau tak upload maknanya tak lengkap la permohonan. Dan tentu- tentu tak dipertimbangkan.

4. Lepas dah lengkap hantar dan tunggulah jawapan untuk panggilan ujian psikologi dan Ujian Kompetensi Bahasa. Ni lah step yang paling hebat dalam panggilan temuduga kerja. Di mana, calon- calon atau pemohon yang melepasi saringan kelayakan akademik, akan dipanggil bagi menduduki ujian Psikologi dan Ujian-ujian lain yang sudah tentu tiada semua ini jika dipanggil temuduga melalui SPA. Dalam peringkat ini, saya dipanggil untuk menduduki ujian tersebut di Kampus Induk UTeM di Durian Tunggal Melaka. So, dalam peringkat ini ada beberapa ujian yang perlu diduduki iaitu Ujian Psikologi Inventori Sidek, Ujian Psikologi Kerjaya serta Ujian Kompetensi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Part isi kandungan ujian ni akan saya bincangkan kemudian.

5. Sekiranya anda melepasi tapisan ujian yang tadi, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga pula. Sesi inilah yang paling mencabar dan memerlukan kekuatan diri. 

6. Jika berjaya dalam temuduga, sudah tentu akan dipanggil untuk melapor diri. 

Itulah yang boleh dinyatakan langkah- langkahnya menuju kerjaya di UTeM. Tapi ada sikit nak dihuraikan tentang sesi temuduga yang berlangsung. Calon luar yang hadir bagi sesi temuduga tersebut kira- kira 25 orang sahaja dan ada beberapa orang lagi merupakan calon dalaman iaitu staf yang sudah berkhidmat di UTeM dengan kelulusan SPM tapi kini telah mempunyai Diploma, ataupun staf yang berkhidmat secara kontrak yang mahu memohon untuk jawatan tetap.



Saya sampai di Bangunan Canselori UTeM kira- kira jam 0715 pagi. Masih tiada orang lagi. Sebaik jam 0730 pagi, aku diarahkan berkumpul di aras 1 untuk sesi lapor diri dan taklimat. Daripada 25 calon luar tersebut, hanya 4 orang termasuk aku adalah lelaki, selebihnya perempuan. Selepas melapor diri, semua dokumen kami disemak dengan teliti bagi memastikan maklumat yang diisi semasa permohonan adalah benar.

Selepas semakan berakhir kira- kira jam 1000 pagi, 5 orang calon pertama dipanggil memasuki bilik temuduga. Temuduga kali ini adalah secara berkumpulan, temuduga berkumpulan kali kedua buat aku selepas temuduga sebagai Telemarketing setahun dulu. Sekumpulan demi sekumpulan bersilih ganti. Kini giliran aku dan 3 orang calon lain, yang juga merupakan kumpulan calon luar terakhir dipanggil temuduga kira- kira jam 0300 petang. Sebaik masuk, kami diberi taklimat sedikit taklimat dan amanat sebelum sesi temuduga kami dimulakan.

Seiring sekumpulan dengan aku ialah seorang Pembantu Penyelidik Sambilan (gred 17), bekas Pembantu Akauntan (di KPWKM) dan seorang lagi Pegawai Khidmat Sumber Manusia dan apa ntah di sebuah syarikat. Tapi yang penting, semuanya telah terlalu biasa dengan "dunia" kerja kerajaan dan dalam bidang pentadbiran. Sedangkan aku, baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan. Panel kami terdiri daripada seorang Pendaftar dan seorang Bendahari UTeM. Kecut perut jugak rasanya. Namun kutabahkan jua. Panel tersebut menyejukkan api lahar ketakutan dalam diriku dengan menyatakan soalan berkaitan deskripsi tugas dan berkaitan dengan jawatan tidak akan ditanyakan bagi berlaku adil dengan aku yang tiada berpengalaman. Alhamdulillah.



Namun, corak soalan yang diajukan lebih untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta lebih profesional. Antara soalan yang diajukan adalah:

  • Sebagai seorang PPT, sanggupkah anda bekerja melebihi jangkamasa 8 jam termasuk pada hari cuti dan hujung minggu?
  • Apakah attitude yang patut ada sebagai seorang PPT, terhadap diri sendiri dan orang lain?
  • Anda telah mempunyai pengalaman kerja berpuluh- puluh tahun. Bagaimanakah caranya untuk anda menegur pegawai atasan yang baru setahun jagung di alam pekerjaan?
  • Anda merupakan seorang pegawai yang muda di dalam sesuatu organisasi, bagaimanakah anda untuk berhadapan dengan mereka yang lebih senior dan lebih berusia daripada anda?
  • Anda hanya seorang PPT (seperti kita tahu hanya mempunyai Diploma), bagaimanakah anda untuk berurusan dengan ahli akademik seperti Professor, Doktor dan mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan juga ego serta sifat "selalu betul" yang tinggi?
  • Bagaimanakah anda menguruskan masa seharian anda? Berikan sistem pengurusan waktu yang digunakan seharian dan dalam melaksanakan tugas- tugas harian? (sedikit contoh jawatan: buat to-do list, sediakan jadual kerja, gunakan sistem prioritize serta gunakan teknik kuota)

Itulah antara soalan- soalan mencabar yang ditanyakan oleh ahli panel. Bayangkan ada 4 mulut yang berebut untuk menjawab. Masing- masing ingin menonjolkan diri sendiri. Tapi kalau boleh, berpada- padalah. Ni ada sikit tips untuk sesi temuduga secara berkumpulan.

  • Minta izin untuk menjadi speaker pertama di dalam sesi. Tapi biasanya dimulakan dari kanan.
  • Jangan memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela- jela. Anda akan membuatkan panel berasa bosan.
  • Cukup sekadar memberikan satu dua poin dan diikuti dengan contoh. Tak perlu tamak. Kerana akibatnya nanti, calon lain akan kehabisan idea kerana di kebas oleh anda.
  • Jangan sesekali menuding jari kepada calon lain untuk bercakap. Biarkan mereka bercakap sendiri apabila sudah sedia.
  • Jangan sesekali menyampuk hujah atau jawapan yang diberikan calon lain, kerana anda akan membuat dia hilang fokus dan mungkin akan kelu lidah mati kata- kata.
  • Tunjukkan ekspresi menyokong kepada kata- kata calon lain walaupun anda sedikit tidak bersetuju. Ini bagi mewujudkan suasana harmoni sesama calon.
  • Akhir sekali, jangan jadi seperti murai dicabut ekor, jangan jadi tin kosong, jangan jadi pengacau dan be yourself.

Itulah sedikit pengalaman aku ketika menghadiri temuduga Penolong Pegawai Tadbir (PPT) N27 di UTeM. Semoga temuduga tersebut berjaya. Untuk entri akan datang, aku akan ceritta sikit mengenai ujian- ujian yang aku lalui sebelum melepasi ke fasa temuduga. Sekian untuk hari ni, assalamualaikum wbth.

27 comments:

Zaza said...

thanks for this tip..doakan zaza plak ek

Riduan said...

@Zaza: sama- sama... terima kasih kerana sudi tips saya... Zaza dapat interview kat mana? Saya doakan semoga berjaya...

All the best!

fairuz said...

salam'alaik..
sy nk tny...
ujian saringan ni mkn masa brape lame eh?
mcm susa je
+_+

Riduan said...

Waalaikumsalam @fairuz...

Terima kasih atas komentar fairuz.
Boleh saya tahu, apa maksud fairuz makan masa berapa lama?
Tempoh ujian atau tarikh di antara ujian dengan tarikh keputusan ujian?

Saya akan detailkan Ujian yang perlu saya hadapi pada hari tersebut:

i) Ujian Psikologi Inventori Sidek

Bagi ujian ini, ia melibatkan ujian kecenderungan minat sejauh mana kita sesuai dalam sesuatu bidang contohnya hiburan, pendidikan, elektrik dan elektronik dan sebagainya. Jumlah soalan 160 soalan dan perlu dijawab dalam sejam (seingat saya).

Untuk contoh boleh rujuk di sini.

http://inventoripersonalitisidek.blogspot.com/

Untuk contoh kaedah penilaian boleh rujuk di sini.

http://www.scribd.com/doc/38617863/INVENTORI-PERSONALITI-SIDEK

ii) Ujian Psikologi Kerjaya

Ujian ini lebih kurang dengan ujian di i, namun jumlah soalannya lebih sedikit. Ia lebih pada kesesuaian diri dengan kerja dan bidang kerja yang dipohon. Tempoh masa menjawab adalah sekali dengan ujian i.

iii) Ujian Kompetensi Bahasa Melayu

Ujian ini merupakan ujian seperti kertas peperiksaan bahasa Melayu SPM. Ada beberapa soalan objektif, kritis dan kreatif, serta subjektif. Sepandangan saya, ada antara soalannya sama seperti soalan peperiksaan PTD. Ia melibatkan soalan berbahasa, statistik, Matematik dan logik.

Contoh soalan.

A adalah suami kepada B, di mana B adalah cucu kepada C. C pula adalah adik seibu sebapa kepada nenek A.

Apakah hubungan persaudaraan antara A dan B?

A- Saudara dekat
B- Sepupu
C- Dua pupu
D- Saudara jauh.

Macam tulah soalannya lebih kurang selain ada juga soalan berkaitan dasar- dasar dan hieraki dalam kerajaan.

iv) Ujian Kompetansi Bahasa Inggeris

Ujian ni adalah ujian yang agak mudah bagi saya. Terdapat dua soalan yang perlu dijawab. Soalan 1, wajib dijawab dan Soalan 2, pilih satu tajuk daripada 5 tajuk yang diberikan.

Contoh Soalan 1.

Calon diberi satu nota ringkas mengandungi maklumat mesyuarat oleh Pengarah. Calon dikehendaki menyediakan memo arahan kepada semua pengarah Jabatan/ Bahagia mengenai mesyuarat tersebut. Ia menguji kebolehan kita menulis surat formal dalam Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan 2.

Pilih satu tajuk.
i) One Malaysia
ii) Leadership
iii) The quality of successful worker
iv) XXXXX
V) XXXXX

Walaubagaimanapun, ini hanya ujian yang saya hadiri di UTEM sebelum terpilih untuk temuduga. Untuk SPA saya tak pasti. Harap saya dapat membantu.

Kalau nak tanya apa- apa, saya saya mampu bantu, saya bantu.

Sekian.

Riduan said...

Sebagai maklumat tambahan bagi Ujian Kompetensi Bahasa Melayu, boleh rujuk contoh soalan Seksyen A hingga C pada pautan ni.

http://www.graduan2u.com/2009/07/27/pegawai-tadbir-diplomatik-ptd-tips-ujian-bertulis/

Maafla, terhantar dua- tiga kali, emel saya kena hacked.

fairuz said...

oh...
maksudnye ada 4 ujian?
berapa lama tempoh ujian ni ye?

(sy pernah hadiri ujian yg pertama je...sblm2 ni xpernah dpt ujian yg laen...almaklumlah..freshgrad..huhu)

fairuz said...

lagi 1 soalan..
dari penerangan awak...
nampak gayanya pattern ujian utem buat ni sama mcm ujian bertulis PTD...betul x pemahaman sy?

Riduan said...

Okay. Ujian i dan ii tu digabungkan sekali. Tempoh dia kalau tak silap saya 2 jam. Ujian iii, 1 jam. Lepas tu rehat, ujian iv lagi sejam. Sebab kamu mula jam 9 sampai lebih kurang 1 petang camtulah.

Yer... Kaedah ujian dia lebih pada gaya PTD. Maybe sebab mereka nak tapis yang betul2 layak sahaja untuk mereka select ke sesi temuduga. Maklumlah, graduan cemerlang sekarang ramai. Fairuz baru grad diploam ke degree?

sitifazlinashariff said...

assalamualaikum..thank ye en. Riduan..di atas perkongsian..sy sebnanya nervous jgk ni nk pi interview jwtn ppt N27 di UiTm..Alhamdulillah sbab jmpe entry blog ni..thanks sgt2..

Riduan said...

@sitifazlinashariff: wa;alaikumsalam wbth... terima kasih kerana sudi membaca entri saya. harap2 bermanfaat la yer... dah interview ke belum? harap2 beroleh yang terbaik.

Mukhis MN said...

nak tanya, interview kat UTEM dalam English ke Melayu?

Riduan said...

@Mukhis MN: boleh... masa saya panel tu semuanya dalam bahasa Melayu... Sebab mereka pun semuanya Melayu...

CXopportunities said...

tq for sharing. knowledge baru ntk cx yg baru nk menceburi dunia kerjaya stlh tmt pengajian. terima kasih byk2. sgt membantu :) bookmark ur entry :)

Riduan said...

@ CXopportunities: Terima kasih. Semoga ianya bermanfaat. Saya sekarang semakin sibuk, jadi jarang dah post entri panjang- panjang mcm ni. Banyak bantu kawan- kawan melalui FB jer.

kojek90 said...

assalamualaikum... saya ingin bertanya soalan... sya telah dpanggil utk menghadiri ujian bertulis utk jawatan ini.. apakah jenis2 atau contoh soalan yang akan diberikan utk ujian bertulis ini...

Riduan said...

@kojek90: boleh rujuk pada komen saya di atas. Harap dapat membantu. InsyaAllah. Semoga berjaya ujian tu nanti ya.

boboy27 said...

Alhamdulilah..thx sgt2 bro for the story...really appreciate it.. esok giliran saya pula untuk interview post yg sama..dah lepas ujian spa..now interview plak..doakan kejayaan saya k bro..again..thx for the story. Atleast I know now the pattern of questions tht will be asked..

Riduan said...

Salam. Tahniah @boboy27. Semoga sedikit sebanyak memberi panduan. Saya pun tengah menanti kalau2 di panggil untuk temuduga N27, Tapi nama saya belum ada lagi, kena semak lepas 7 Mei.

TiQa cHaN said...

Salam.. terima kasih untuk tips nie. Saya pun tgh menunggu 7 mei baru boleh semak jadual temuduga. Senior2 kat ofis nie kata tmuduga tu dlm bhasa bi. harap2 lah kena pnemuduga yg prefer bhsa bm.

ezryzal said...

soalan "Anda hanya seorang PPT (seperti kita tahu hanya mempunyai Diploma), bagaimanakah anda untuk berurusan dengan ahli akademik seperti Professor, Doktor dan mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan juga ego serta sifat "selalu betul" yang tinggi?" saya rs soalan famous ni..td sy kene tanye soalan ni jgk..nsb baik dh prepare jwpn awl2..hehe..thanks for the tips..dari blog ni jgk la sy tau psl soalan ni sblm kne jwb pagi td..fuhh..lega tol dh lps interview..

zeyrah ahmad said...

@ezryzal..salam intrview tok penolong pgawai tdbir N27 spa ker?
sy pn dpt intrview ni tp bln jun,, sgt nerves

zeyrah ahmad said...

@ezryzal..salam intrview tok penolong pgawai tdbir N27 spa ker?
sy pn dpt intrview ni tp bln jun,, sgt nerves

Cik Sal a.k.a Titiana said...

kalau ujian bertulis untuk penolong pegawai tadbir kat MBMB macam mana plak ya ? skop soalan macam mana ya yang kerap di tanya ?

shazwan mohamad said...

"Anda hanya seorang PPT (seperti kita tahu hanya mempunyai Diploma), bagaimanakah anda untuk berurusan dengan ahli akademik seperti Professor, Doktor dan mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan juga ego serta sifat "selalu betul" yang tinggi?"
bang riduan klaw soklan mcmni ap jwpnnya??mohon pencerahan sy freshgrad dpt intebiu kt uthm senin ni bang..TQ

shazwan mohamad said...

kepada sapa yg tahu jwpn pn bole jwb..TQ

Fatinnadiah said...

Saya dipanggil ujian bertulis dbkl gred n27... Saya xtau format dia..boleh share x?

yana lula said...

@fatinnadiah sy pun dpanggil ujian bertulis dbkl pd 16/12 ni.. awk ble? dah ready ke?

:: JOM KONGSI ::

Recent News

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR