24 November 2011

Salam Maal- Hijrah 14~ Persefahaman Asas Perpaduan Ummah



Assalamaualikum wbth dan salam 1Malaysia. Selamat menyambut Awal Muharram 1433 hijrah yang akan kita raikan pada Ahad ini. Rata- rata seronok bercuti, namaun apa yang lebih penting ialah nilai penghayatan kita terhadap salah satu daripada perayaan terbesar umat Islam ini. Sewajarnya kita menyambut dengan penuh kebanggaan lantaran dilahirkan sebagai seorang Muslim, di mana pada masa yang sama Islam diprovokis dan dihina oleh mereka yang kuffar dan tak kurang juga mereka yang munafik (musang berbulu ayam). Golongan inilah yang paling bahaya, kerana mereka menzahirkan keimanan, sedangkan batiniah mereka menaruh dendam dengan agama Allah.

Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Suatu tema yang boleh merungkaikan seribu satu pengertian dan kepentingan kepada umat Islam sejagat. Pesefahaman merujuk kepada satu titik persetujuan tanpa mengira pandangan pada sudut lain ia berbeza merupakan tunjang utama dalam penyatuan yang juga boleh diversikan sebagai perpaduan. Dan perpaduan umat inilah yang maha pentingnya kita sebagai umat Islam menyelitkan di benak sanubari semoga kita menjadi Muslim yang bermanfaat pada agama, bangsa dan negara. Semoga sambutan pada kali ini menjadikan kita sebagai Muslim yang lebih beriman dan Mantop!

Sekian, wassalam.

# Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa. Ia juga tak dapat dijual beli, malah tiada ditepian pantai.

15 November 2011

Bila Memberikan Pendapat bersandarkan Emosi

Assalamualaikum wbth dan Salam 1Malaysia. Agak lama sudah tak update blog. Al- maklumlah, sibuk. Sekarang dah berpindah ke rumah baru, tak lagi di rumah sewa lama dengan pekerja kilang Nepal. Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah. swt.

Tadi adalah online kat Facebook sekejap. Lepas tu ternampak member sorang ni buka topik pasal anak tak sah taraf yang terlalu ramai di Malaysia ni. Rasanya dia respon macam tu lepas tengok dalam berita waktu perdana jam 8 tadi. Lalu ramailah yang memberikan komen. Antaranya saya. Komen yang saya berikan berdasarkan pembacaan dan sedikit ilmu yang saya pelajari. Faham- faham jelah, kalau dah kerja di JPN, perkara sebegini perlu dihadapi hampir setiap hari. Di mana- mana jua pasti akan ada kes- sebegini.

Namun ada seorang hamba Allah ini memberika komen dengan penuh emosi sekali. Sehingga menafikan yang dia berbeza agama dengan saya. Kononnya agama yang dianuti adalah agama kasih sayang. Walhal, itu adalah hukum Allah yang wajar menjadi panduan manusia. Namun, dia seolah marah dengan saya. Boleh rujuk print screen di bawah.



Sedih rasa bila dia cakap macam tu. Ya Allah, adakah dengan emosi dan simpati, kita boleh merubah hukum Allah? Saya akui setiap hakikat, malah dosa- dosa yang saya lakukan tiap- tiap hari juga saya akui dosa. Walaupun saya melakukan, namun tak pernah terlintas nak menafikan hukum Allah yang di imani setiap Muslim. Marilah kita beristighfar dan memuhasabah diri. Kalaupun kita rasa tak mahu berpaksi atau menurut hukum Allah, tapi jangan sesekali kita menafikan dan menidakkan. Hukum Allah itu bersifat luwes, anjal dan fleksibel, namun dari sudut AIS, akidah, ibadah, dan syariah, ia adalah thabit. Itu sahajalah nak corek. Sekian, wassalam.

# Di sini ada link bagi tujuan rujukan mengenai anak tak sah taraf. JAKIM dan MuftiSelangor

13 October 2011

Andai Aku Terpaksa Buat Keputusan Itu

Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum wbth. Salam penuh kesedihan dari aku yang kejauhan. Hari Rabu lepas, 12 Oktober 2011 merupakan hari lahir ibundaku yang terkasihi, Siti Hawa Binti Ismail yang kesekian kalinya. Syukur Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umurnya buat menemani pelayaran hidupku sebgai hamba Allah di muka bumi ini. Syukur juga pada Allah kerana masih membahgiakan kehidupan kedua orang tua sepertimana bahagianya mereka semasa kecilku. Seawal 11 Oktober aku telah melafazkan Selamat Hari Lahir Ibu melalui gagang telefon yang acap kali menjadi medium melepaskan rinduku pada mereka. Selepas itu aku tidur dan membiarkan masa berlalu ke tarikh 12 Oktober.

12 Oktober pun menyorot hari. Petang itu (malam selepas Maghrib), aku sekali lagi menelefon emak untuk meluahkan perasaan dan rasa hatiku betapa peritnya hidup di sini. Mulanya perbualan kami nampak indah. Tapi lepas beberapa perkara aku utarakan, nadanya makin tegang dan tak semena- mena air mataku mengalir. Aku menangis tak tertahan- tahan lagi. Perit yang aku rasa, yang aku sembunyikan daripada orang lain dengan hilai tawa dan jenaka gila- gila, aku luahkan dengan tirisan air mata dari kelopak mataku. Memang tidak tertahan- tahan lagi.Ya Allah, perit sangat buat aku menerima. Saat aku berkacamuk dengan keputusan ujian darah di hospital tadi, ketiadaan pangkuan tempat aku menumpang kepala sangat- sangat terasa.

Semuanya kerana kerja. Aku berjauhan dari emak, abah dan keluarga semuanya sebab kerja. Ikutkan hatiku, hendak saja aku berhenti dan kembali ke Ampang. Sedih bertambah kecewa, permohonan pertukaranku seolah- olah sepi. Sedang aku jauh dari mereka yang tersayang, status FB kawan- kawan di sana juga membuatkan aku lebih perit. Aku mahu kembali ke sana. Aku tak betah tinggal di bumi asing. Anggapanku selepas aku terpaksa belajar jauh di politeknik, saat ini tidak akan kembali lagi. Tetapi semua itu ternyata meleset. Aku tetap perlu melaluinya. Semuanya kerana kerja.

Kini, aku sudah tidak tahan dan mampu lagi. Suatu garis masa telah aku tetapkan, kalau masih sama dan tiada perubahan, aku terpaksa membuat suatu keputusan yang amat berat bagi aku untuk melakukannya. Aku redah akalau itulah yang telah Allah takdirkan. Aku percaya pada janji Alllah, rezekiNya ada di mana- mana selagi kita mencarinya dengan ikhlas dan jujur. Aku percaya Allah pasti akan membantu hambaNya yang mendambakan bantuanNya. Aku juga percaya janji Allah yang Dia tidak akan sekali menduga hambaNya melanjuti kemampuan dan takat kesabarannya.

Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan yang akan menentukan masa depanku. Sesungguhnya Kaulah Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui setiap yang tertulis di Luh Mahfuz. Amin. Semoga Allah memperkenankan doa hambaNya.

# Sesuatu yang amat pahit untuk ditelan, tapi mungkin penawar yang paling mujarab untuk masa depan.

07 October 2011

Suami Seksa Batin Isteri dengan Lari Tanggungjawab, Kononnya Mahu Kuat Beribadah

Assalamualaikum wbth. Dah laam sungguh rasanya tak menaip. Masa selalu mencemburui setiap saat. Kalau ada masa lapang, tu lah, dengan Facebook 24 jam sehari. Allah, nak online pakai PC, haramlah jawabnya. Sebab, tak ada sambungan internet kat sini. Yang ada hanyalah handphone Nokia N80i second hand ni saja yang menjadi peneman.

Allahuakbar, dah lama tak menaip, tiba- tiba isu sensitif pula naik. Yeke benda ni berlaku? Ye. Benda macam ni memang berlaku. Tetapi kepada si isteri, tak tahulah sama ada dia berfikiran begitu atau sebaliknya. Perkara ni adalah hasil dari pemerhatian saya dan bual- bual dengan rakan- rakan. Maklumlah, saya suka berbual dengan orang yang sudah berumahtangga, contoh: emak, ayah, nenek dan kawan- kawan, sebab mereka ni penuh dengan pengalaman dan ilmu.

Rumahtangga adalah satu perkongsian hidup antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Dan perkongisan ini menjadi satu perkongsian tanggungjawab apabila si isteri dan sang suami dikurniakan cahaya mata. Makanya, adalah dengan wajar tanggungjawab ini ditanggung dan dikongsi bersama. Kalau mungkin si isteri seorang suri rumah sepenuh masa, ada logiknya jika dia menanggung lebih dari suami. Tapi jika keduanya keluar bekerja? Adakah wajar sang suami meletakkan satu pihak sahaja tanggungjawab tersebut?

Ini sangat tidak adil. Mungkin saya menulis bukan dengan hujah, hadis atau ayat al- Quran, namun ia lahir dari hati seorang lelaki yang melihat ketidak adilan yang dilakukan oleh seorang suami terhadap isterinya sendiri. Sebagai contoh, apabila pulang dari kerja, si sang suami lekas- lekas rehat dan membiarkan si siteri mengurus anak sendirian. Apabila tiba waktu Maghrib, sang suami lekas nagkat kaki keluar rumah dengan memberika alasan, mahu ke masjid untuk beribadah. Nampak tidak salahkan? Namun, jika sang suami keluar sehinnga larut malam, dengan alasan mendengar kuliah Maghrib, solat Isyak berjemaah dan berbual tentang JKKK di masjid, adakah ia wajar? Sedangkan anak yang maish kecil di tinggalkan bersama si isteri terkontang kanting di rumah? Fikir- fikirkanlah wahai suami. Rumahtangga ialah perkongsian tanggungjawab. Bukan setakat tanggungjawab menjadikan rumah tangga barokah, malah untuk menjadikan perkongsian tanggungjawab sesuatu yang adil dan saksama.

Nasihat buat suami yang masih ada anak kecil, perbanyakkanlah masa di rumah. Bersama anak- anak juga ibadah, meluangkan masa untuk anak juga ibadah, menjaga hait isteri juga ibadah, malah membantu isteri mengurusi perihal rumahtangga juga mewarisi akhlak dan pekerti Rasulullah. Ku doakan semoga rumahtangga kamu bahagia ke akhirnya. Semoga dengan luahan aku ini menjadi pengurang dosa melihat kau terseksa bersama yang kau cintai.

Wassalam.

06 July 2011

Percutian ke Genting Highlands bersama Imam Muda Aran


Assalamuallaikum wbth dan Salam sejahtera kepada semua. Semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Semoga Malaysia yang kita cintai juga dilindungi dan dijauhi Allah swt dari segala bala bencana dan huru- hura, sama ada dari alam atau dari tangan- tangan manusia sendiri. Lewat minggu ini, heboh sana- sini perihal perhimpunan Bersih 2.0 yang menarik minat ramai rakayat Malaysia. Ada yang terang- terangan membantah dan ada juga yang terang- terangan menyokong. Tak kurang juga yang bersifat malu- malu ayam atau pun seperti lalang. Nak sokong mana pun tak tahu. Bagi saya, pendirian saya tegas membantah acara ini dilangsungkan sekeras- kerasnya kerana impak negatifnya lebih banyak berbanding positif. Polis sana- sini terpaksa membuat sekatan jalanraya demi memastikan keamanan negara terpelihara dan rakyat sejahtera.

Okay, dah cukup intro tu. Sekarang nak cerita pasal pakej Jom Santai Bersama Imam Muda Aran di Taman Tema Genting Highlands. Pakej ni aku nampak masa jalan- jalan kat Facebook page Imam Muda Aran. Rasa macam menarik pulak nak join. Maklumlah, bukan senang nak bercuti dengan orang terkenal macam tu (macam jakun lah pula). Pakej ni akan diadakan pada 24 Julai ni, Ahad bermula dari Terminal Bas Gombak- Taman Tema Genting- Terminal Bas Gombak. Harga pakejnya RM110 per peserta (kalau istilah pelancongannya, per pax). Termasuk semua transfer (pengangkutan pergi balik + kabel car), taman tema luar (outdoor), makan tengahari dan cenderamata. Dan yang terpaling istimewa pakej tu bersama dengan Imam Muda Aran.


Imam Muda Aran


Okay, ada yang nak ikut? Jom!!! Atleast ada juga kawan aku nanti. Hehehe... Pakej ni dikendalikan oleh Syarikat Sanabil Holidays Sdn Bhd. Aku bukan tukang promo syarikat okay, tapi promo pakej sebab nak cari kawan yang nak pergi sama. Aku siap dah isi HRMIS minta cuti pada 25 Julai (Isnin) tu. Maybe takut penat. Nak tengok flyers, ada aku lampirkan sekali kat bawah ni. Itinerari juga aku dah salin tampalkan untuk rujukan. Atau boleh refer kat website Sanabil Holidays. Ada tak yang nak join jugak? Bagitahu ek? Ad juga member. Okaylah. Salam perpaduan. Sekian.




Itinerari program:

07.30 a.m : Berkumpul di Stesen Putra LRT Gombak, Bacaan doa dan Taklimat
08.30 a.m : Menaiki bas ke Genting Highlands
09.30 a.m : Tiba di Stesen Kereta Kabel
09.40 a.m : Bergerak ke Taman Tema
10.00 a.m : Masuk ke Taman Tema Genting Highlands (outdoor)
10.30 a.m : “aktiviti bebas”
01.30 p.m : Solat Zuhur Berjamaah dan Makan tengahari
02.30 p.m : “aktiviti bebas”
04.30 p.m : Solat Asar Berjamaah dan berkumpul untuk pulang
05.30 p.m : Menaiki kereta kabel untuk pulang
06.00 p.m : Bergerak menaiki bas ke Stesen Putra LRT Gombak
07.30 p.m : Berkumpul & Bersurai
 
 
Pakej Termasuk:
- Tiket bas (return)
- Tiket kereta kabel (return)
- Tiket masuk Taman Tema Genting Highland (outdoor)
- Makan Tengahari
- Cenderamata

Pakej Tidak Termasuk:
- Pengangkutan ke stesen Lrt Gombak
- Perbelanjaan Peribadi
- Insuran


# Kulitnya bersih, hati pun bersih, budinya baik hatinya pengasih....

05 June 2011

Pertemuan dan Perpisahan





Pertemuan perpisahan
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi 
di hati jangan lupa

Berdoalah kita
agar aman dan sentosa
Moga di lain waktu 
dan hari berjumpa lagi


Kenangan Semasa Kursus Induksi Umum dan Khusus JPN Bil.3/ 2011

Assalamualaikum wbth dan salam berhari minggu. Lama sudah saya tidak update blog yang tersayang ni. Maklumlah, masa terlalu mengekang saya untuk kerap berada di depan pc. Lagi pun malas rasanya nak melepak lama- lama depan pc kat cc ni. Jadi, banyaklah masa saya habiskan duduk menyendiri di bilik. Basuh baju, tidur dan makan. Itulah rutin hari sejak berada jauh dengan keluarga. Sabtu pula memang satu- satunya hari saya dengan keluarga, tak boleh kacau. Ahad pula hari travelling dari Kuala Lumpur ke Sg. Siput (U). Cuma minggu ni sedikit berbeza, sebab saya berhujung minggu di sini. Sebabnya semalam merupakan hari kemas- mengemas di pejabat.

Nak dijadikan cerita, saya pun tak boleh lah bali. Jadi, dah alang- alang berhujung minggu kat Perak ni, saya pun ambil kesempatan ke Stadium Indera Mulia, Ipoh untuk ke Karnival Upin & Ipin. Ya Allah, punyalah sesak orang. Tapi dalam kesempatan tu, saya rasa sangat puas kerana hujung minggu saya tak terasa kosong walaupun bukan berada di rumah. Sempat juga lah saya mendaftar untuk Kelab Upin & Ipin. Denga bayaran sebanyak RM15.00, saya tlah menjadi ahli kelab buat seumur hidup. Dapatlah kad keahlian, kalender meja dan nombor untuk cabutan bertuah. Hehehe. Dah macam kanak- kanak siap nak join kelab Upin & Ipin.

Kadang- kadang masa keseorangan macam ni, banyak teringat tentang kenangan indah bersama kawan- kawan kat Induksi hari tu. Semuanya dah semacam satu keluarga. Yang kurang dicukupi, yang cacat disempurnakan dan yang cela diperbaiki. Mana nak dapat benda- benda ni semua. Mungkin sebab hanya sekejap, jadi tak berlakulah perkara- perkara yang tak baik. Banyak kenangan yang aku lalui mendewasakan aku dan mengajar erti menjadi manusia yang disukai orang lain. Jangan jadi terlalu bersifat bangga diri, kelak nanti dibenci dan tak disayangi. Jadilah manusia biasa- biasa, supaya bila jauh orang rindu, bila tak dengar suara orang sepi dan bila gembira terasa kita bersama.

Masa kat sana, aku berpeluang menjadi ketua kumpulan kecil, kumpulan Aci- Aci ataupun nama rasmi kami selepas ditransformasi, kumpulan Jitu. Kawan- kawan dalam satu kumpulan memang baik dan supportive. Although I'm not a good leader, but they still do cooperate dengan saya. Memang bangga ada kawan dengan mereka ni. Thanks semua kerana menjadi kawan yang baik walaupun hanya buat seketika. Masa malam penutupan pula aku telah diberi mandat bersama kawanku untuk bergandingan bersama menjadi pengacara majlis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dan ada yang lebih istimewa, bila aku diumumkan sebagai Peserta paling Cool dalam kursus tersebut. Ya Allah, macam tak percaya. Dalam ketidak sempurnaan aku untuk melalui sebagai insan yang lain, kekurangan ku dilihat denga usaha yang sedaya upaya aku padukan untuk menjadi yang terbaik Alhamdulillah atas semuanya.
 

My group: Kumpulan Aci- Aci a.k.a Jitu @ G2


My friends: Kak Ina (JPN Johor)  dan Abzmie (JPN Sabah)


Kami semua: Peserta Kursus Induksi Umum & Khusus Bil.3/ 2011


Teman sepengacara majlis: Ila (JPN WP. Labuan) a.k.a kawan seprogram masa kat PSIS dulu


27 April 2011

Keputusan untuk Tidak Menghadiri Temuduga Pembantu Makmal C17

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Hari ini 27 April, merupakan hari yang sangat bermakna buat diriku kerana esok, 28 April merupakan hari lahirku yang ke 23. Semoga Allah memberkati hidupku dan memberkati sepanjang hayat hidupku bukan sahaja dengan rahmah dan berkat, malah dengan taufik dan hidayahnya, maghfirah dan inayahnya.

Lepas beberapa hari tak masuk blog ni (sebab malas nak pergi Kafe Siber), makin ramai pelawat yang masuk ke blog saya menggunakan kekunci cari Pembantu Makmal C17. Saya tahu ramai yang mencari- cari info tentang jawatan tersebut, tetapi termasuk pula kat blog personal saya kan. Maaflah, kali ni saya betul - betul tiada mood nak berkongsi tips atau knowledge yang saya ada. Banyak dah saya dah kongsikan dalam entri sebelum ni.

Okay, kali ni saya just nak share yang saya dapat panggilan temuduga sahaja. Namun kawan- kawan jangan risau, saya TIDAK AKAN HADIR ke temuduga jawatan tersebut kerana saya sudah merasa selesa dengan jawatan sekarang iaitu sebagai Pembantu Pendaftaran KP17. Saya dah nekad, saya tak akan lagi memohon apa- apa jawatan gred 17 walaubagaimapun sekali minat saya pada jawatan tersebut. Saya janji okay. Jadi kawan- kawan semua dah selamat. Seorang pesaing dah berkurangan di Pusat Temuduga JPM Putrajaya nanti. Mesti ramai yang legakan? 

Saya nekad nak bagi peluang pada kawan- kawan yang lain untuk sama- sama dengan saya dalam perkhidmatan kerajaan. Buat masa sekrang ni, saya hanya memohon jawatan- jawatan gred 27 keatas sahaja dengan berbekalkan Diploma Pengurusan Pelancongan yang saya miliki. Paling terbaru saya memohon jawatan Penolong Pengurus Asrama N27 di UiTM. Memang dari dulu lagi saya berangan- angan nak kan jawatan tu. Tapi masih belum ada rezeki. Saya dah ada 2 3 kali pengalaman menhadiri temuduga jawatan gred 27 antaranya Penolog Pegawai Tadbir N27 di UTEM dan Penolong Pegawai Penguatkuasa di Lembaga Getah Malaysia (LGM). Namun mungkin masih belum ada rezeki.

Namun, saya terima dengan sebaiknya. Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh terima hakikat untuk bekerja jauh dari keluarga. Namun, saya masih perlu pulang setiap minggu bagi menhilangkan rasa kerinduan dalam hati. Alhamdulillah, saya rasa tenang bila mendengarkan cerita kawan saya tentang suasana tempat kerja barunya yang penuh dengan tekanan. Saya bersyukur Alhamdulillah, di JPN Sg. Siput ni, saya ada seorang bos yang baik hati dan sudi membantu, CC yang baik, dan juga PP yang sedia membantu. Sedangkan orang lain ada yan terseksa dengan orang ditempat baru mereka. Syukur Alhamdulillah. Walau bahagia pun sudah saya di sini sekarang, saya tetap berharap untuk kembali bertukar ke Ibu Pejabat Putrajaya ataupun JPN cawangan sekitar KL dan Selangor. Semoga hajat saya termakbul.

Okay, minggu depan saya akan ke Kursus Induksi Bil. 3 Jabatan Pendaftaran Negara di Ancasa All Suites and Spa, Port Dickson. Saya akan melapor diri induksi di JPN Ibu Pejabat Putrajaya pada 3 Mei 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011. Untuk tempoh tu, senyap la saya dari berblog. Okaylah, saya nak akhirkan catatan hari ni dengan selamat bercuti kepada diri saya mulai Jumaat ni dan Selamat Hari Lahir ke 23 pada hari esok, 28 April 2011. Semoga diberkati. Kepada yang akan bertemuduga jawatan Pembantu Makmal C17, good luck and all the best saya ucapkan. Semoga berjaya.  Okay. Sekian.

19 April 2011

Bukan Niat Saya ingin Berbuat Begitu

Assalamualaikum wbth dan salam Keputeraan Duli yang Maha Mulia, Sultan Perak. Hari ini adalah hari cuti umum di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan. Walaupun warga baru di sini, saya tidak terkecuali.Syukur Alhamdulillah, kesempatan cuti ini dapat saya gunakan untuk melangsaikan "hutang- hutang" surat yang saya janjikan. 

Bukan niat saya mahu menghampakan mana- mana pihak, namun saya terpaksa. Hati saya bagai dihiris- hiris sembilu bila mengenangkan mak dan abah saya di rumah (KL). Setiap kali saya berkeseorangan, fikiran jadi tak keruan lantas jari jemari saya menaip status yang macam- macam di dinding Facebook. Semuanya demi memainkan emosi saya sendiri agar lebih tenang, tabah dan kuat. Namun kadang- kadang saya tumpas. Emosi yang terlampau membuatkan air mata saya mengalir.

Bukan mudah hidup diperantauan, tambahan pula dengan keadaan anah yang sakit dan tiada lagi harapan sembuh. Adalah sesuatu yang memeritkan bila saya tahu dia dalam keadaan sakit mahupun demam. Lantas, saya ambil keputusan untuk balik setiap minggu dengan harapan dapat mengubat kerinduan saya dan dia, termasuk rindu saya dengan mak. Bayangkan, selepas meninggalkan zaman berjauhan kat Politeknik dahulu, saya tidak lagi pernah berpisah. Tapi kini ujian itu datang lagi.

Saat saya pulang dari Sungai Siput jam 1230 pagi lepas, ia paling mengharukan bila mana abah terus turun dan memeluk saya. Saya dapat rasakan pelukan tu terlalu ikhlas. Lantas dia juga mengalirkn airmata. Saya biasa saja namun jiwa saya menangis sekuatnya. Tapi saya tak mahu tunjukkan. Saya nak dia tahu saya tabah. Saya kuat dan saya mampu bertahan, walaupun hakikatnya saya lemah, jiwa saya patah dan saya lemas serta mengah. Saya mengharap pada Allah semoga sesuatu akan terjadi. Kerana hanya Allah tahu perasaan dan jiwa saya sekarang. Bayangkanlah kalau emosi saya tertekan setiap hari? Mungkinlah saya akan jadi siapa saya hari ini? Jiwa saya sangat kacau. Saya tak mahu jiwa saya membuat saya melakukan sesuatu di luar batasan diri dan pegangan saya. Ya Allah, kuatkan aku....

17 April 2011

Temuduga Pembantu Makmal C17 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Dah lama sungguh rasanya tak update blog ni. Al maklumlah, kini internet hanya di kafe siber. Dan aksesnya terlalu tehad. Sekadar 1 jam ke 2 jam sehari. Biasanya selepas waktu balik kerja, sebab lokasi kafe siber ni sebelum sampai kat bilik sewa saya. Kalau dah kata balik kat bilik, jangan haraplah nak buka laptop sekalipun. Tapi kali ni rasa nak update juga. Sebab macam tak aktif pulak nanti.

Sejak berpindah ke Sungai Siput (U) ni, segalanya berubah. Hidup dah tak seperti masa dengan famili dahulu. Semuanya lain- lain belaka. Dari negerinya, hinggalah sekecil perihal makan minum sebagai orang bujang. Dulu mak yang selalu pastikan semuanya lengkap, tapi sekarang pandai- pandai sendiri lah nak hidup.

Okaylah, tak nak cerita panjang. Cuma nak cakap, baru- baru lepas pindah ke tempat baru ni, tiba- tiba je dapat panggilan temuduga daripada SPP a.k.a Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Dan jawatan yang ditawarkan untuk temuduga tersebut pula ialah Pembantu Makmal gred C17. Kalau tengok kepada jawatannya, memang menarik dan merupakan sesuatu yang berbeza dengan kerja pejabat macam jawatan sekarang ni. Pembantu Makmal? Wah, menarik kerja ni sebab kita akan berurusan dengan pihak sekolah terutamnya cikgu- cikgu dan pelajar- pelajar. 

Bekerja dalam sektor pendidikan memang impian aku. Untuk menjadi pendidik ialah cita- cita ku. Namun terlalu banyak halangan peribadi menyebabkan aku setakat apa yang aku ada hari ini. Bagi aku, kalaulah tak menjadi cikgu pun, bergaul dengan cikgu dan berkhidmat untuk orang yang berada di sektor pendidikan ni pun dah cukuplah. 

Namun, banyak pula perkara yang bermain dalam fikiranku. Adakah calon sedang berkhidmat seperti aku akan dipertimbangkan untuk menjawat jawatan tersebut? Atau bagaimanakah untuk aku maklumkan pada kawan- kawan sekarang aku akan menhadiri temuduga tersebut? Apakah tanggapan mereka nanti? Ya Allah, berilah aku petunjuk dan pilihan yang terbaik buat diriku. Temuduga pula semakin hampir iaitu 26 Mei 2011. Aku pula terpaksa nak selesaikan bermacam- macam perkara seperti Surat Sokongan Majikan, Laporan Perkhidmatan Semasa dan pelbagai lagi. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Kali ini aku nekad untuk hadir temuduga tu juga walau apa pun halangannya. Semoga Allah memberikan aku kemudahan dan kekuatan. InsyaAllah. Buat teman- teman, doakan akau yang terbaik ya. Amin...

01 April 2011

Hari Terakhir di JPNM Putrajaya


Assalamualaikum wbth. Semalam, Khamis 31 Mac 2011 merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai Pembantu Pendaftaran di JPNM Putrajaya. Eh, dah berhenti ker? Ha, bukanlah. Sebenarnya, saya telah diberi penempatan baru @ hakiki selepas penempatan sementara di JPNM Putrajaya berakhir hari ini. Mulai 4 April nanti, saya akan memualakan tugas di tempat baru iaitu di JPN Daerah Kecil Sungai Siput (U), Perak. Kredit gambar to bro. Azlan. Maafla, ambil gambar tanpa minta izin.




Jadi, dulu semalam (Rabu), pihak Unit mengambil sedikit inisiatif untuk meraikan kami yang akan ditempatkan ditempat yang baharu. Majlisnya ringkas sahaja, PTD kami memberi ucapan diikuti KP38, dan terakhir ucapan dari saya mewakili rakan- rakan yang bakal berpindah. Selesai, kami bergambar kenang- kenangan satu Unit. Lepas tu, masing- masing membasahkan tekak dengan teh-o dan kopi panas. Walaupun ringkas, tapi cukup bermakna. Ops, lupalah pulak. Lepas ucapan tu ada sedikit pengampaian cenderahati kenang- kenangan dari PTD kami. So, sweet. Begitulah berakhirnya legasi saya di JPNM Putrajaya. Semoga akan lebih sukses di tempat yang baharu, JPN Daerah Kecil Sungai Siput (U), Perak.

Penyampaian cenderahati kenang- kenangan oleh PTD


Hadiah daripada Unit


Table clock yang nice dan istimewa


Diambil pada 4.50 petang, 31 Mac 2011


p/s: terlalu banyak kenangan pahit dan manis semasa di sini. Peluang untuk mengenali perangai manusia yang rencam menjadi pengalaman diri paling berharga yang akan sentiasa disisip rapi dalam ingatan, sebagai panduan, sebagai teman, untuk mengenali siapa diri ini dan mengemudi perjalanan sehari- hari.

Solat Jumaat di Ruang Legar Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL

Assalamualaikum wbth dan salam Jumaat. Dah lama tak update blog, sebabnya terlalu sibuk dengan komitmen kerja. Asal buka nak menaip jer, sedar- sedar dah pukul 5 pagi. Lepas tu kena siap- siap nak pergi kerja. Maklumlah, mulai 4 April akan datang ni, saya dah tak lagi berkhidmat di Putrajaya. So, kenalah siapkan kerja- kerja yang berbaki tu supaya kelak saya dah keluar tak membebankan pengganti saya.

Okay, tengahari tadi saya berkunjung ke Kaunter Utama PNB bagi tujuan jualan balik sebahagian akaun saya. Maklumlah, nak pindah ke tempat baru, jadi kenalah berbelanja sikit. Sampai di kaunter, dah pukul 12.45 tengahari dah. So, selesaikan urusan, dalam jam 1 lebih, saya singgah kat Bangunan Tabung Haji disebelahnya. Hajatnya nak ke Bank Islam, tapi dah tutup sebab kat ruang legar bangunan tersebut diadakan solat Jumaat. Wah, ni kali pertama solat Jumaat kat luar bangunan pejabat. Sungguh istimewa solat Jummat saya hari ni.

Saya pun ambil port paling depan pintu di ruang legar luar. Rupanya kat sebelah dalam depan lif pun ada ruang solat juga rupanya. Uniknya solat Jumaat kat Bangunan Tabung Haji. Memang saya rasa lain sangat. Terasa jugalah frasa "solat di mana sahaja berada". Khutbah yang disampaikan juga cukup jelas. Sambil dihembus angin sepoi- sepoi bahasa di luar bangunan tersebut. Bagi yang suka melepak sambil dengan khutbah, boleh la duduk berpeleseran di tangga laman. Wah, sungguh istimewa Macam jakun pula rasanya.

Lepas solat Jumaat, bertebaranlah masing- masing ke kedai- kedai pacak di tepi laluan pejalan kaki betul depan bangunan ni. Macam- macamlah jualan yang ada. Eh, pakcik Tappaaii pun ada? Ha, hebat tak, lauk campur ada, samosa ada, rojak buah ada, susu kambing ada, macam- macam ada. Meriah sangat. Ynag paling special, ada Sengkuang Pizza yang dijual dengan harga RM 1 sekeping. Sedapnya.

So, siapa- siapa yang teringin nak merasa, datanglah seawal jam 12.30 kat depan ruang legar pintu masuk Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL. Okay! Wassalam.








p/s: teguran ikhlas buat akak yang berniaga kat depan bangunan Tabung Haji tu, pakailah tudung. Hormatilah kami semua orang lelaki yang bersolat di situ.

22 March 2011

Program Adik- Adikku Musim ke- 2

Assalamualaikum wbth dan salam 1Ukhwah 1Ummah. Dua tiga hari kebelakangan terasa berdebar semacam saja, tapi malam ini, semua debaran tu dah berakhir. Alhamdulillah, lega rasanya. Eh, debaran apa pula ya? Ha, tulah debaran program TV realiti kanak- kanak berunsurkan Islam, Adik- Adikku musim ke-2. Wah, berjaya sungguh rancangan terbitan JAKIM yang ditayangkan di TV1 ni.

Okaylah, dipendekkan cerita, sebentar tadi adalah pertandingan akhir Adik- Adikku musim ke-2. Seramai 7 orang peserta akhir menyampaikan pidato masing- masing setelah melepasi peringkat separuh akhir sebelumnya. Wah, hebat Adik- Adikku ni. Selama 2jam bersiaran dari pukul 9 malam dibawakan khas dari Pusat Konvensyen Putrajaya, Putrajaya, Adik- Adikku berlangsung dengan penuh gilang- gemilang.

Dipendekkan cerita, inilah senarai pemenang- pemenang Adik- Adikku musim ke-2 tahun 2011. Tahniah buat adik- adik semua.

Tempat Pertama

Adik Munir (Muhammad Amirul Munir Azlin)

Tempat ke-2

Adik Siha (Syafiqah Fasiha Ahmad Safri)

dan Tempat ke-3

Adik Zaid (Zaid Najmuddin Zul Akmal)

Dan sekalung tahniah juga buat Rais dan para Murabbi sekalian. Tahniah atas kejayaan "permata- permata" bimbingan anda. Antara para Murabbi dan Rais ialah:

Rais Farihin Abdul Fattah

Murabbi Ustaz Mohd Zamri Bin  Mohd Zainuldin

Murabbi Ustaz Ameer Azeezy Tuan Abdullah

Murabbi Ustazah Asni Abu Mansor

Murabbi Ustaz Ahmad Badrul Sani Baharudin

Tahniah buat semua yang terlibat terutamanya JAKIM, RTM , Rais dan para Murabbi, serta masyarakat sekalian yang menyokong rancangan Adik- Adikku, semoga kita sama- sama beroleh manfaat dan diberkati oleh Illahi. Amin~~

p/s: Semuanya dah Mantop!, cuma yang buat spoil ialah ketika diajukan soalan spontan. Ramai dari adik- adik yang gagal menjawab walaupun soalan tersebut sangat mudah, sekaligus menampakkan kecetekan peserta berfikir dengan kreatif dan menyebabkan ada yang beranggapan pidato yang disampaikan hanyalah hafalan semata- mata tanpa ada pemahaman. Semoga pada musim akan datang, perkara ini mampu ditekankan.

Kredit gambar Laman Web JAKIM

15 March 2011

Contest "Sudoku by r.o.s.i.e: girl with big dreams

Assalamualaikum wbth dan selamat pagi.

Sedang asyik- asyik main Facebook, tiba- tiba ada jemputan acara dari group Facebook Sahabat Blogger. Biasala, contest dari blog- blog sahabat. Kalau nak join juga contest ni, melawatlah ke blog r.o.s.i.e: girl with the big dreams. Nanti bolehlah join ye.

Aku dah dapat jawapan dah, dan inilah jawapannya. Tara... Harap- haraplah betul.




Dan sebagai syarat yang telah ditetapkan, aku dah cari satu lagu yang aku minat nak hadiahkan buat r.o.s.i.e: girl with big dreams ni. So, enjoy okay. 


Now is the time to sleep. Harap- haraplah boleh jadi pemenang. Semua syarat- syarat dah dipenuhi. Okay, saya tidur dulu. Bye.

p/s: Thanks kepada yang sudi membantu.

09 March 2011

AMAR Remaja Kita (Album Hikayat Cinta)

Assalamualaikum wbth dan salam istirehat. Dua tiga menjak sejak balik dari Mini Konsert AMAR dan Raihan di Masjid Al- Ubudiah bersempena dengan Karnival Kesenian Islam hari tu, lidah ini asyik melagukan saja lagu Remaja Kita nyanyian AMAR ni. Kalau nak tahu, lagu ni dari album ke-3 (album penuh) AMAR iaitu album Hikayat Cinta. Untuk maklumat lanjut tentang album ke, penyanyi dia ke, hanya klik di sini >>. Okaylah, enjoy the lyrics okay.


Gambar daripada amar.com


Artis:
AMAR 


Tajuk:
Remaja Kita

Lirik:

Sewaktu kuberjalan berseorangan di sebuah taman
Terjumpa sepasang pasangan bercumbu-cumbuan tanpa malu segan
Menyirap darah badanku kerna itu adalah remaja Melayu
Agamanya serupa denganku tapi hatinya hai sekeras batu

Kuteringat sabda junjungan
Cegahlah kemungkaran gunakan tangan
Lisan atau hati selemah iman
Dengan berhikmah

Kutakut bencana datang kerna bencana tidak kenal siapa yang perlu diserang
Yang jahat kena yang baik pun kena hukuman di dunia kifarat dosa-dosa kita
Taubatlah sebelum terlambat
Cari keredhan-Nya!

p/s: Macam pernah alami je situasi macam ni kan? MasyaAllah.

05 March 2011

AMAR Vs Raihan

Assalamualaikum wbth dan salam 1Malaysia. Entri kali ni back- dated sikit. Tak salahkan? Sebab pelantikan aku ke jawatan sekarang pun back-dated juga. Boleh macam tu? Okaylah. Sebenarnya idea nak tulis memang dah ada, tapi faham- faham je lah. Bila dah kerja, penat, strees, malas dan semua alasan- alasan itulah yang membuatkan aku malas nak update entri kat blog ni. Tapi kita gagahkan jua lah ya? Back-dated pun okay juga, asalkan ada dari tiada.

Dah, stop to talk about nothing. Sekarang ni nak cerita sikit pasal dua personaliti nasyid tanah air yang datang berkunjung ke masjid kariah aku minggu lepas. Kira macam mini konsert juga lah. Namun, ianya disesuaikan dengan tempat dan nama programnya iaitu Karnival Kesenian Islam Masjid al- Ubudiah kariah Ampang Tasik. Sebenarnya asal konsert ini menjanjikan tiga artis terkenal iaitu kumpulan Raihan, artis solo AMAR serta artis dakwah dan motivasi, Akhil Hayy. Namun pada saat- saat akhirnya, hanya Raihan dan AMAR saja yang dapat menghadirkan diri. Penampilan Akhil Hayy digantikan dengan bekas penyanyi kumpulan Melissa yang tak silap namanya Ustaz Ramzi. Terubat jugalah makcik pakcik yang merindukan artis- artis sezaman mereka.

Sekarang, aku nak bercerita pula pasal AMAR verses Raihan. Siapa kenal kumpulan Raihan? Pasti ramai mereka yang seusia dan lebih tua dari aku amat mengenali kumpulan nasid yang popular dengan lagu- lagu dakwah dan pendidikan seperti nasyid Puji- Pujian, 25 Rasul, Sifat 20, 10 Malaikat, Demi Masa, Allahu, Ching Ai dan pelbagai lagi. Generasi cilik (kanak- kanak) hari ini agak kurang mengenali Raihan mungkin kerana Raihan tidak popular pada zaman mereka (sekarang). Yelah, zaman kegemilangan Raihan masa aku kat sekolah dulu. Kalau mereka tahu pun lagu- lagu Raihan, mungkin mereka tidak mengenali siapakah penyanyi- penyanyinya.

Okay, sekarang, siapa kenal AMAR? Kenal tak? Antara kita mungkin ramai yang tak kenal, sebab AMAR popular tiga empat tahun belakangan ini. Setahu dan seingat aku, penampilam AMAR mula menggamit peminat nasyid tempatan ketika program muzik video nasyid ditayangkan di TV1, Nasyid Minggu Ini (NMI). Ketika itu, NMI di hoskan oleh pengacara versatile, VJ Naemah. Dan rancangannya pula setiap hari Ahad jam 6 petang. Masa tu lagu AMAR yang mula memasuki carta ialah lagu Nurul Iman. Tak terkecualilah aku, lagu Nurul Iman sentiasa menjadi siulanku setiap masa disamping 2 3 lagu lain. Masa tu AMAR jadi juara dalam pertandingan akhir Juara Nasyid Minggu Ini. Tapi AMAR bukan sekadar pada nayid sahaja, malah beliau juga merupaka seorang penuntut IPT (ketika itu) dan seorang pesilap mata (betul ke?).

Ish, panjang pula aku bercerita. Dipendekkan cerita, audiens malam tu ramainya terdiri daripada kanak- kanak dan golongan tua- tui. Remaja tu ada lah sikit, tapi belianya tiada. Yang ada pun belia, tulah, Rakan Masjid yang bersusah payah menjadikan event tu suatu realiti. Congrats juga kat mereka. Berdasarkan audiens (hadirin) dan respon yang diberikan penonton, aku dapat lihat wujud seolah satu pertandingan antara persembahan AMAR dan Raihan malam tu. Raihan terdahulu mengambil pentas dengan menhidangkan 8 buah lagu popularnya. Semasa persembahan, hanya golongan tua- tui dan seusia aku sahaja yang menyanyi dibibir. Kanak- kanak hanya tahu senyum dan tepuk tangan. Jelas, mereka tidak respon, kerana Raihan buka pada zaman mereka.

Ketika AMAR pula mengambil pentas, kelihatan berlaku perunahan perhatian audiens. Kanak- kanak yang tadi bersembang, mula beralih memberi perhatian. Kenapa? Adakah mereka pernah dengan lagu AMAR seperti Nurul Iman, Siti Munawwirah dan lain- lain? Jawapannyan bukan. Bukan kerena mereka minat atau tahu nasyid AMAR, tapi kerana keunikkan AMAR ketika berada di atas pentas. Apa dia? Ya, silap mata. Itulah yang menjadikan si cilik terpaku menyaksikan AMAR di pentas. Silap mata yang menjadi membuatkan audiens tersenyum saja. Tak kira tua- tui ataupun siapa saja. Hasil analisa, kekuatan persembahan AMAR bukan pada lagu, tapi pada silap mata beliau yang menjadikan beliau berjaya mengawal pentas. Tapi ada satu lagu AMAR yang baru (pada halwa telinga aku la) membuatkan aku suka sangat lagu tu macamana aku tangkap habis lagu Nurul Iman dan Siti Munawwirah. Tajuknya Remaja Kita. Memang terasa juga la apa yang dikatakan dalam lagu tu juga. So, ni lirik lagu dia untuk anda semua review. Nak dengar, cari sendiri kat 4Shared.com okay?

As a conclusion, AMAR Vs Raihan? No loser and no winner. Sama- sama hebat. Best sangat. Thanks to Masjid al- Ubudiah atas penganjuran program yang sungguh bermanfaat ni. InsyaAllah, tahun depat jemputla Sami Yusuf pula ke, Maher Zain ke  takpun Inteam pun dah cukup. Kalau nak jemput ustaz bagi ceramah, tryla Ustaz Don Danial Don Bijayid dari KUIS. Masya-Allah, suara ustaz memang sedap. Okaylah, penat dah menaip. Rehat dulu.


p/s: Siap sempat bergambar dengan AMAR lagi. Jangan jeles.

26 February 2011

Resepi Puding Roti Istimewa

Assalamualaikum wbth dan selamat petang. Time hujan macam ni, perkara yang paling sedap dilakukan ialah makan dan istirehat. Macam saya dengan keluarga, kakak, abang ipar dan empat orang anak buah tersayang. Semuanya berkumpul di rumah tempat kami dilahirkan ni.

Hari ini nak promote sikit resepi Puding Roti Istimewa. Caranya mudah la sangat- sangat. Orang bujang pun boleh buat. Sampai saya pun boleh hafal la. Hidangan satu loyang saiz 28cm. Ketebalan dalam 2inchi. Rasanya memang sedap.

Bahan- bahannya ialah:

  • Setengah buku roti (apa- apa jenama pun boleh, asalkan roti plain putih)
  • 1 gelas tepung gandum (saya pakai jenama Tesco Choice)
  • 1 gelas gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis (atau boleh tambahkan kalau nak lagi berlemak manis)
  • 1 biji kelapa (santannya je okay atau boleh diganti dengan susu krimer cair atau susu lain la)
  • Sebutir telur
  • Plain water (air kosong)
  • Secubit garam
  • Kismis (untuk tabur kat atas puding tu)
  • Sedikit margerin

Dan cara- caranya pula:

  • Adunan 1: Potong roti dengan saiz kecil atau kalau malas koyakkan saja. Kemudian rendam dalam 2 gelas santan yang dah dilarut dengan sedikit air atau pun susu krimer cair yang dah dilarut dengan air. Tambahkan sedikit garam untuk tambahkan rasa lemak. Jangan lupa susu pekat manis tadi juga. Gaul rata dan ketepikan.
  • Adunan 2: Lepas tu, larutkan gula dan tepung gandum tadi dalam setengah cawan air (tambah le sikit lagi kalau rasa pekat sangat). Masukkan sebutir telur sekali (kuning dan putih dua- dua pakai okay). Gaulkan hingga mesra. Masukkan pencelup kuning bagi membangkitkan warna puding tu.
  • Sementara tu, sapukan loyang dengan margerin supaya puding roti tu nanti tak melekat dan senang nak dikeluarkan.
  • Step seterusnya, campurkan adunan satu dengan adunan dua hingga sebati. Lepas tu, siap. Tuangkan ke dalam loyang tadi. Then, jangan lupa taburkan kismis di atas puding tadi.
  • Lepas tu bolehlah di bakar ataupun dikukus. Timing tu pandai- pandailah set sendiri tau.

Ha, senang sangatkan? So, boleh buat. Nak buat berniaga pun boleh juga. Ingatkan nak upload gambar, malangnya dah habis dah di makan orang. Okay, selamat mencuba!

CIKGU Anti KERAJAAN???

Assalamualaikum wbth dan selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menjalani sisa- sisa hidup yang entah bila akan berakhir. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Syukur Alhamdulillah juga atas nikmat kedamaian yang Allah swt limpahkan ke atas bumi Malaysia, semoga berpanjangan. Tidak lupa juga setinggi doa dipanjatkan kepada mereka yang berjuang demi kebaikan dan kebenaran ummah terutamanya di Mesir, Libya dan negara yang lainnya. Semoga Allah swt memenangkan mereka yang berada di jalan yang benar.

Bila baca entri kali ini, mesti nampak macam berbaur politik sedikit. Maybe lah. Tapi entri yang ni bukan tujuan nak mengaibkan sesiapa tapi sekadar nak menyedarkan diri kita sendiri, bahawa tidak semua perkara boleh kita tunjukkan secara terbuka.

Ni kisah wall Facebook seorang cikgu yang mengajar di sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat saya mendapat pendidikan awal. Alkisahnya, cikgu ni dengan secara terbukanya menulis ekspresi protest beliau terhadap kerajaan pemerintah di wall Facebook beliau. MasyaAllah, cikgu dah gi** ke apa? Tak tahukah cikgu bahawa wall cikgu boleh di akses siapa- siapa sahaja yang berada dalam list kawanan cikgu? Tak sedarkah cikgu bahawa cikgu sebagai penjawat awam atau secara khususnya seorang guru tidak sepatutnya mengekspresikan emosi cikgu sebegitu rupa di Facebook? Lupakah cikgu kalau- kalau dalam senarai kawanan cikgu ada anak didik cikgu di sekolah? Apa kata mereka kalau mereka baca status Facebook cikgu? Dan komen- komen cikgu yang berturut tu?

Aduh, fikir- fikirlah cikgu. Nilai sesuatu tindakan cikgu sedalamnya sebelum buat satu- satu tindakan. Jangan tindakan cikgu nanti menjerat diri sendiri sudahlah. Kalau tak percaya lihat je printscreen dari FB cikgu ni.






# Saya pun penjawat awam juga. So sedar- sedarlah siapa diri kita ya. Dah macam bloggers politik pula cikgu aku ni... Jangan marah cikgu.

24 February 2011

Segalanya dah pasti. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbth. Waktu aku post entri ni, sejuk sangat kat Putrajaya. Hujan yang turun renyai- renyai kadangkala lebat bagaikan rahmat yang besar dari Allah swt yang Maha Agung pada hambaNya. Angin yang menderu bertiup membelah jiwa setiap yang bergelar insan. Ya Allah, syahdunya hari ini.

Tadi aku ada post entri yang menyatakan aku menanti saat tu. Tapi petang ni, saat tu hadir dengan sendirinya. Aku dah tahu dan pasti yang aku memang dah dapat surat tawaran lantikan tetap bagi jawatan Pembantu Pendaftaran KP17 di jPN. Alhamdulillah, syukur banyak atas rahmat dari Illahi. Dan yang paling penting, itulah yang dinamakan rezeki. Aku bersyukur sangat. Jadi esok, adalah masa untuk aku menandatangani kontrak @ perjanjian untuk berkhidmat dengan kerajaan, mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya Sumpah, menghadiri pemeriksaan kesihatan dan beberapa urusan dokumentasi yang perlu diselesaikan.

Pastinya esok akan menjadi hari yang paling sibuk dan menggembirakan. Ofismate semua dah bersorak, masing- masing claim mereka yang tahu dulu. Lucu betul la. Masa tak confirm lagi, semua diam seribu bahasa. Sabar je la.

Saat yang dinanti akhirnya tiba jua. Terima kasi ya Allah atas limpahan rahmat, nikmat dan kasih sayangMu. Sedangkan aku amat sekali lupa dan kufur atas nikmat dan ketaatan pada MU. Amin..

Tawaran perlantikan Pembantu Pendaftaran KP17 secara tetap

Assalamualaikum wbth dan Salam 1Malaysia. Apa khabar semua kawan- kawan? Harap korang semua sihat okay. Hobi sekarang ni just terjah- terjah blog. Masa yang banyak diperuntukkan untuk tinjau blog orang lain. Berbanding sebelum ni berjam- jam melayan FB.

Hari ni ada time free sikit kat ofis. Rasa tiba- tiba macam nak buat entri je. So, terpaksa lah online pakai mobile je. Nak guna internet ofis nanti menyalahi etika pula. Jadi, yang terbaik keluar kan siket topup, online la kat handphone aku ni.

Okay, jom teruskan bercerita k. Semalam aku ada jumpa dengan ofismate yang sama berstatus kontrak macam aku. Then, dia pun tunjuk la kat aku yang dia dah dapat surat tawaran untuk perlantikan tetap dari SPA. Ya Allah, ceria betul muka dia. Aku pun rasa macam tempias dia akan terpalit kat aku juga. Sebab beberapa kali juga pihak SPA dan JPN ada telefon aku, maklumkan yang aku pun akan dapat tawaran perlantikan juga. Cuma aku diamkan aja, kerana prinsipnya mudah, selagi belum ada apa-apa surat rasmi, selagi itulah kene menunggu.

Kalau ikut surat lantikan kawan tu, tarikh lapor diri kitorang nanti ialah pada 1 Mac 2011. Kalau betul la, paling lewat Isnin ni 28 Februari akan dapat pegang surat tu. Ya Allah, berdebarkan menunggu. Terlepas N17, ada juga rezeki lain KP17. Okaylah. Nak sambung buat kerja ni. Sekian.


# Nanti ada apa- apa aku update ye. Okay!

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR