01 January 2011

Kenali HPA

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia buat semua. Entri kali ini saya ceritakan tentang syarikat HPA. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad di mana nama Al-Wahida diambil dari nama puteri sulung beliau. Diasaskan pada tahun 1986 dan pada peringkat awal dikenali sebagai Perubatan Tradisional Al-Wahida.

Disinilah beliau berjaya memperkembangkan perniagaannya dari masa ke semasa sehingga dapat membuat penjualan yang cukup membanggakan. HPA Industries Sdn Bhd didaftarkan pada tahun 1995. Di peringkat pertama penghasilan produk, HPA hanya menggunakan 3 buah mesin termasuk oven pembakar kuih yang digunakan untuk mengeringkan akar kayu.

HPA bermula dengan 4 orang pekerja dan modal sebanyak RM3 ribu. Namun disebabkan perkembangan perniagaan yang begitu baik dan sambutan terhadap produk-produk HPA yang amat menggalakkan, beliau terpaksa menambah pekerja dan menambah mesin-mesin bagi menampung permintaan yang semakin bertambah.

HPA menjadi semakin mantap dengan kemasukan 13 orang lagi graduan-graduan lepasan universiti untuk membangunkan HPA ke arah yang lebih efektif dari berbagai sudut.

HPA sangat komited dalam menghasilkan produk halal untuk makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan dan minuman, produk kegunaan harian dan produk kosmetik. Produk HPA adalah produk yang paling banyak diminati di pasaran kerana harganya yang sangat berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab dan selamat digunakan. Sehingga kini HPA telah mengeluarkan lebih 300 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.

HPA menawarkan peluang perniagaan yang cukup menarik dan anda pasti mampu menjana pendapatan lumayan melaluinya. Produk-produk HPA dipasarkan melalui anak syarikat HPA, Al-Wahida Marketing Sdn Bhd menggunakan kaedah pemasaran berbilang aras (Multi Level Marketing).

Perniagaan MLM HPA telah mendapat pengiktirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia dan HPA juga mempunyai Panel Syariah sendiri yang bertindak memantau segala aktiviti perniagaan HPA dari segi penyediaan produk dan konsep perniagaan yang digunakan.

Ahli panel ini terdiri daripada para ahli akademik, pensyarah, professor dan ahli agama. Selain daripada peluang perniagaan MLM, anda juga boleh mempelajari ilmu diagnosis penyakit dan perawatan seperti bekam, akupunktur, kiropraktik, urut efleksologi dan urutan limfatik. Kursus yang disediakan oleh pihak HPA ini bertujuan bagi melahirkan seorang usahawan yang berjaya danjuga perawat yang terlatih.
 
Plan pemasaran HPA yang dirangka mampu memberi pendapatan lumayan dan ianya terbukti dengan lahirnya ramai usahawan HPA dengan pendapatan 4, 5 angka sebulan. Pengenalan HPA secara video di Youtube.


No comments:

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR