13 January 2011

Kisah Lembu dan tuannya

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat mereka yang mempunyai hati dan perasaan. Walaupun mereka lembu, mereka masih lagi makhluk Tuhan yang perlu dihormati. Ingatlah, kalau bukan kerana jasa lembu, manakan dapat tuannya suatu pujian.




Pada suatu hari, datang seekor lembu menghampiri tuannya. Dengan rasa rendah diri dan sedar akan dirinya, lembu itu meminta izin untuk berkata- kata. Lalu dengan nada marah, tuannya melayan dengan indah tak indah. Sungguh ego si tuan lembu itu.

Lembu tersebut pun mula berkata," wahai tuan ku, bukankah kau seorang yang berpelajaran tinggi?". Tuan lembu diam tidak menjawab. Lembu itu terus memberanikan diri untuk berkata- kata lagi.

"Tuan ku mempunyai kuasa, mempunyai hak, dan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, tapi kenapa sangat takut untuk menggunakan hak dan kuasa tersebut?" tanya si lembu serius.

"Mengapa tuan sering mendengar salakan- salakan anjing yang menyalak bukit itu? Bukankah mereka hanya anjing dan akan selamanya anjing? Mereka tidak mahu berubah, dan akan selamanya begitu? Adakah tuan tidak berani menyuarakan hak dan menggunakan kuasa hanya kerana takut dengan anjing- anjing tersebut?", ujar lembu. Tuannya diam tanpa berkata apa- apa.

Lembu berkata lagi, "kami tahu kami hanyalah lembu. Tapi sekurang- kurangnya kami adalah permata. Permata yang tuan salah memilih dan menganggap kami hanya kaca jika dibandingkan dengan anjing- anjing yang suka menyalak. Tuan salah dalam menilai kami. Kami bekerja keras menghasilkan susu buat jualan tuan, dan mengorbankan diri bila sudah tiada lagi susu untuk dikorbankan, tapi tuan lupa dan tidak nampak semuanya. Sedangkan anjing- anjing tersebut hanya tahu menyalak, pemalas, tidak bekerja malah makan dengan banyaknya pada setiap masa. Sedangkan kami tidak."

Maka bernarlah kata lembu tadi kepada tuannya. Tuannya telah tersalah pilih antara kaca dan permata. Semuanya kerana tuannya terlalu takut dengan kritikan dan kebencian anjing- anjingnya. Tetapi dia lupa, dia adalah tuan, punya kuasa dan hak. Dan dia juga masih punya lembu- lembu yang setia yang sudi untuk membantunya dalam mengharungi perjalanan kerjanya.

Wahai tuan ku, sedarlah diri kamu. Gunakan kuasa kamu dan jauhkan diri dari anjing- anjing yang hanya tahu menyalak bukit. Tak perlu risau, kau masih punya lembu- lembu bodoh, yang sentiasa boleh kau cucukkan hidungnya, untuk membantu kau mengendali urusanmu.

Dedikasi dari lembu yang hina,

Buat tuan lembu ku yang dikasihi.

# Kepada tuan- tuan lembu sekalian, bacalah dengan mata hati kalian. Kami lembu- lembu amat mengharap pemahamanmu.

No comments:

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR