26 February 2011

Resepi Puding Roti Istimewa

Assalamualaikum wbth dan selamat petang. Time hujan macam ni, perkara yang paling sedap dilakukan ialah makan dan istirehat. Macam saya dengan keluarga, kakak, abang ipar dan empat orang anak buah tersayang. Semuanya berkumpul di rumah tempat kami dilahirkan ni.

Hari ini nak promote sikit resepi Puding Roti Istimewa. Caranya mudah la sangat- sangat. Orang bujang pun boleh buat. Sampai saya pun boleh hafal la. Hidangan satu loyang saiz 28cm. Ketebalan dalam 2inchi. Rasanya memang sedap.

Bahan- bahannya ialah:

  • Setengah buku roti (apa- apa jenama pun boleh, asalkan roti plain putih)
  • 1 gelas tepung gandum (saya pakai jenama Tesco Choice)
  • 1 gelas gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis (atau boleh tambahkan kalau nak lagi berlemak manis)
  • 1 biji kelapa (santannya je okay atau boleh diganti dengan susu krimer cair atau susu lain la)
  • Sebutir telur
  • Plain water (air kosong)
  • Secubit garam
  • Kismis (untuk tabur kat atas puding tu)
  • Sedikit margerin

Dan cara- caranya pula:

  • Adunan 1: Potong roti dengan saiz kecil atau kalau malas koyakkan saja. Kemudian rendam dalam 2 gelas santan yang dah dilarut dengan sedikit air atau pun susu krimer cair yang dah dilarut dengan air. Tambahkan sedikit garam untuk tambahkan rasa lemak. Jangan lupa susu pekat manis tadi juga. Gaul rata dan ketepikan.
  • Adunan 2: Lepas tu, larutkan gula dan tepung gandum tadi dalam setengah cawan air (tambah le sikit lagi kalau rasa pekat sangat). Masukkan sebutir telur sekali (kuning dan putih dua- dua pakai okay). Gaulkan hingga mesra. Masukkan pencelup kuning bagi membangkitkan warna puding tu.
  • Sementara tu, sapukan loyang dengan margerin supaya puding roti tu nanti tak melekat dan senang nak dikeluarkan.
  • Step seterusnya, campurkan adunan satu dengan adunan dua hingga sebati. Lepas tu, siap. Tuangkan ke dalam loyang tadi. Then, jangan lupa taburkan kismis di atas puding tadi.
  • Lepas tu bolehlah di bakar ataupun dikukus. Timing tu pandai- pandailah set sendiri tau.

Ha, senang sangatkan? So, boleh buat. Nak buat berniaga pun boleh juga. Ingatkan nak upload gambar, malangnya dah habis dah di makan orang. Okay, selamat mencuba!

CIKGU Anti KERAJAAN???

Assalamualaikum wbth dan selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk menjalani sisa- sisa hidup yang entah bila akan berakhir. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Syukur Alhamdulillah juga atas nikmat kedamaian yang Allah swt limpahkan ke atas bumi Malaysia, semoga berpanjangan. Tidak lupa juga setinggi doa dipanjatkan kepada mereka yang berjuang demi kebaikan dan kebenaran ummah terutamanya di Mesir, Libya dan negara yang lainnya. Semoga Allah swt memenangkan mereka yang berada di jalan yang benar.

Bila baca entri kali ini, mesti nampak macam berbaur politik sedikit. Maybe lah. Tapi entri yang ni bukan tujuan nak mengaibkan sesiapa tapi sekadar nak menyedarkan diri kita sendiri, bahawa tidak semua perkara boleh kita tunjukkan secara terbuka.

Ni kisah wall Facebook seorang cikgu yang mengajar di sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat saya mendapat pendidikan awal. Alkisahnya, cikgu ni dengan secara terbukanya menulis ekspresi protest beliau terhadap kerajaan pemerintah di wall Facebook beliau. MasyaAllah, cikgu dah gi** ke apa? Tak tahukah cikgu bahawa wall cikgu boleh di akses siapa- siapa sahaja yang berada dalam list kawanan cikgu? Tak sedarkah cikgu bahawa cikgu sebagai penjawat awam atau secara khususnya seorang guru tidak sepatutnya mengekspresikan emosi cikgu sebegitu rupa di Facebook? Lupakah cikgu kalau- kalau dalam senarai kawanan cikgu ada anak didik cikgu di sekolah? Apa kata mereka kalau mereka baca status Facebook cikgu? Dan komen- komen cikgu yang berturut tu?

Aduh, fikir- fikirlah cikgu. Nilai sesuatu tindakan cikgu sedalamnya sebelum buat satu- satu tindakan. Jangan tindakan cikgu nanti menjerat diri sendiri sudahlah. Kalau tak percaya lihat je printscreen dari FB cikgu ni.






# Saya pun penjawat awam juga. So sedar- sedarlah siapa diri kita ya. Dah macam bloggers politik pula cikgu aku ni... Jangan marah cikgu.

24 February 2011

Segalanya dah pasti. Alhamdulillah.

Assalamualaikum wbth. Waktu aku post entri ni, sejuk sangat kat Putrajaya. Hujan yang turun renyai- renyai kadangkala lebat bagaikan rahmat yang besar dari Allah swt yang Maha Agung pada hambaNya. Angin yang menderu bertiup membelah jiwa setiap yang bergelar insan. Ya Allah, syahdunya hari ini.

Tadi aku ada post entri yang menyatakan aku menanti saat tu. Tapi petang ni, saat tu hadir dengan sendirinya. Aku dah tahu dan pasti yang aku memang dah dapat surat tawaran lantikan tetap bagi jawatan Pembantu Pendaftaran KP17 di jPN. Alhamdulillah, syukur banyak atas rahmat dari Illahi. Dan yang paling penting, itulah yang dinamakan rezeki. Aku bersyukur sangat. Jadi esok, adalah masa untuk aku menandatangani kontrak @ perjanjian untuk berkhidmat dengan kerajaan, mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya Sumpah, menghadiri pemeriksaan kesihatan dan beberapa urusan dokumentasi yang perlu diselesaikan.

Pastinya esok akan menjadi hari yang paling sibuk dan menggembirakan. Ofismate semua dah bersorak, masing- masing claim mereka yang tahu dulu. Lucu betul la. Masa tak confirm lagi, semua diam seribu bahasa. Sabar je la.

Saat yang dinanti akhirnya tiba jua. Terima kasi ya Allah atas limpahan rahmat, nikmat dan kasih sayangMu. Sedangkan aku amat sekali lupa dan kufur atas nikmat dan ketaatan pada MU. Amin..

Tawaran perlantikan Pembantu Pendaftaran KP17 secara tetap

Assalamualaikum wbth dan Salam 1Malaysia. Apa khabar semua kawan- kawan? Harap korang semua sihat okay. Hobi sekarang ni just terjah- terjah blog. Masa yang banyak diperuntukkan untuk tinjau blog orang lain. Berbanding sebelum ni berjam- jam melayan FB.

Hari ni ada time free sikit kat ofis. Rasa tiba- tiba macam nak buat entri je. So, terpaksa lah online pakai mobile je. Nak guna internet ofis nanti menyalahi etika pula. Jadi, yang terbaik keluar kan siket topup, online la kat handphone aku ni.

Okay, jom teruskan bercerita k. Semalam aku ada jumpa dengan ofismate yang sama berstatus kontrak macam aku. Then, dia pun tunjuk la kat aku yang dia dah dapat surat tawaran untuk perlantikan tetap dari SPA. Ya Allah, ceria betul muka dia. Aku pun rasa macam tempias dia akan terpalit kat aku juga. Sebab beberapa kali juga pihak SPA dan JPN ada telefon aku, maklumkan yang aku pun akan dapat tawaran perlantikan juga. Cuma aku diamkan aja, kerana prinsipnya mudah, selagi belum ada apa-apa surat rasmi, selagi itulah kene menunggu.

Kalau ikut surat lantikan kawan tu, tarikh lapor diri kitorang nanti ialah pada 1 Mac 2011. Kalau betul la, paling lewat Isnin ni 28 Februari akan dapat pegang surat tu. Ya Allah, berdebarkan menunggu. Terlepas N17, ada juga rezeki lain KP17. Okaylah. Nak sambung buat kerja ni. Sekian.


# Nanti ada apa- apa aku update ye. Okay!

20 February 2011

Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya

Assalamualaikum wbth dan salam 1Malaysia...

Malam Minggu ni lepak- lepak je online lepas tengok cerekarama Sudu & Garfu... Dari blog ke blog, jumpa pula ada contest ni... Jadi nak try join la... Mana tahu ada rezeki... Kenyang perut... Hehehehe...

Nak join? Masih sempat lagi ni... Ada berbaki beberapa jam sahaja lagi... Ha, klik kat sini yer...




Ha, ini lah gambar yang saya dah select untuk join contest kali ni...

"We are Roommate. Owh, So Wonderful!"




(Aku- berbaju ungu, Umar, berbaju hijau, Wan DHK a.k.a Fakhrul Azuwan- berbaju kuning)




Gambar ini adalah kenangan terakhir kami semasa minggu akhir pada semester akhir di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Dalam bilik yang luas, hanya kami ditakdirkan sebagai teman sebilik. Paling atas di aras 4, paling jauh di hujung penjuru kamsis dan paling syahdu di tepi pantai Sungai Lang.

Teringat masa ni, masing- masing sibuk ulangkaji untuk final exam. Suasana amat tegang dengan masing- masing menghadap buku 24 jam (macam tak caya lelaki baca buku?)... Tiba- tiba elektrik putus, apa lagi, terus planning kelaur dari poli then gerak ke pantai BNO. Apalagi, buku semua ditinggalkan dan masing- masing melayan Mee Udang BNO. Wah, sedapnya...

Sempat lagi kami bergambar sakan. Masing- masing nampak happy sangat dapat hilangkan stress exam. Sampai habis jugak la bateri kamera asyik duk snap aja. Sebelum balik, singgah jap kat rumah nelayan pantai, tengok- tengok umpan dan hasil tangkapan laut... Opps... Dah pukul 7!!! Habis la kami sebab masuk lewat ke kamsis, mesti kena tahan ngan guard. Lepas berhenti kat guard, akak tu pun kata. "Okay, budak semester akhir!".... Yes, kami selamat...

Esoknya pula hari yang paling memberi kesan dalam hati setiap seorang dari kami bertiga iaitu makan luar terakhir sebelum masing- masing tamat diploma dan membawa haluan sendiri. Kitorang makan besar masa tu kat KFC Sunga Besar. Seronoknya... Dan yang paling istimewa, kitaorang ada pilih satu kek sempena meraikan perpisahan kami ni dan atas kek tu ada tulis, "Friendship Forever".... Itulah kenangan yang paling tak boleh dilupakan... "We are Roommate. Owh, So Wonderful!"




Buat kawan- kawan aku yang nak join, masih sempat ni... Jom- jom...


p/s: Jangan ingat perempuan je mengenang persahabatan, lelaki pun sama juga, kadang- kadang lebih dari perempuan... Persahabatan yang kekal abadi ialah persahabatan yang menjadikan Allah swt sebagai paksi persahabatan itu bertapak...

 "Ukhwah fillahi, abadan abada" ~ Ukhwah kerana Allah swt, berkekalan selama- lamanya...


15 February 2011

Artikel dari Al- Islam


Berikut merupakan artikel daripada Majalah Al- Islam edisi September 2009 halaman 78 dan 79. Semoga bermanfaat. Sila klik gambar untuk skala besar.






Wallahu 'alam.. 

# Saya pun ada Facebook juga. Nak buat macam mana.

Salam Maulidur Rasul Muhammad S.A.W



Assalamualaikum wbth dan Salam Maulidur Rasul Muhammad SAW. Selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti dan selamat bekerja kepada yang terpaksa bekerja walaupun hari ini diisyitiharkan sebagai cuti umum. Seperti ramai yang tahu, semalam 14 Februari 2011 merupakan tarikh yang dinanti- nantikan oleh semua calon yang mengahdiri temuduga Pembantu Tadbir (Pekeranian dan Operasi) N17 di bawah SPA. Sedari pagi menanti, akhirnya kira- kira jam 3.00 petang baharulah laman web SPA boleh diakses untuk semakan. Hmmm, lepas berhempas pulas cuba masuk melalui capaian internet di pejabat, tiba- tiba keputusan yang keluar, "Maaf No. Kad Penngenalan anda tiada dalam urusan ini". Sedihnya hati bukan kepalang.

Lepas dah give up semak melalui dalam talian kat website SPA, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghubungi SPA di talian telefon. Susah benarlah nak berjawab. Akhirnya, aku masukkan je sambungan mana- mana pegawai, ada juga la satu talian yang berjawab. Di tanya secara manual, akhirnya diberitahu, "Maaf ya Encik Riduan, dalam data saya ni temuduga Encik Riduan tidak berjaya". Terima kasih. Akhirnya dapat juga tahu status yang sebenarnya. Dalam ramai- ramai kawan aku, hanya dua orang sahaja yang berjaya, itu pun sebagai calon simpanan selama satu (1) tahun. Yang lain semua dukacita dimaklumkan. Tak apalah, dah rezeki kan? Terima sahajalah apa yang Allah dah takdirkan. Mana tahu ada rezeki jawatan kontrak aku bakal ditetapkan? Pasti rezekinya lebih besar. InsyaAllah.

Jadi, bersempena sambutan Maulidur Rasul Muhammad SAW ni, aku dengan rasa rendah diri nak mengucapkan kepada semua, Salam Maulidur Rasul. Semoga akhlak Rasulullah SAW menjadi contoh dan teladan kepada diri kita sepanjang zaman. Sesungguhnya Rasulullah SAW itu merupaka contoh teladan yang baik. Dari isteri Rasulullah sendiri ada berkata, akhlak Nabi itu adalah al-Quran. Jadi, sentiasalah dampingkan diri kita dengan kitab al-Quran semoga kita sentiasa dekat seluruh kehidupan baginda SAW. Semoga kita beroleh rahmat dari Allah SWT. Amin~~~


Selawat Nabawi

12 February 2011

Keputusan Temuduga Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17

Assalamualaikum wbth dan Salam 1Malaysia. Agak lama juga tak post entry yang ditulis sendiri. Hari ni rasa macam nak coret- coret sikit selepas solat Maghrib sementara menanti masuk waktu Isyak pula. Tak terlalu awal juga nak ucapkan Salam Maulidur Rasul pada hari Selasa nanti buat seluruh umat jagat. Selawat dan salam atas junjungan besar Al- Khatamul Anbiyaa baginda Rasulullah Muhammad Sallallah alaihiwasallam.

Entri hari ini macam berat sikit, kerana ia membabitkan soal hati dan perasaan. Eceh, acah jer. Bukan apa, ia berkaitan dengan masa depan saya dalam sektor perkhidmatan awam ni. Maklumlah, status jawatan sekarang  hanyalah kontrak sahaja. Walaupun ada yang kata kontrak lantikan SPA ada peluang untuk diserap dalam perkhidmatan awam secara tetap, saya berpegang pada yang satu, selagi tak dapat surat lantikan secara hitam putih, selagi itulah saya takkan percaya.

Bulan Disember lepas merupakan satu bulan yang amat mencabar bagi saya. Dua temuduga jawatan sektor awam dalam minggu dan hari yang sama. Satu jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 dan satu lagi jawatan Pembantu Tadbir N17 ni. Memang sangat- sangat mencabar. Alhamdulillah, walaupun pada saat- saat akhir, saya berjaya aturkan kedua- dua sesi temuduga saya dengan sebaiknya. N27 pada hari Selasa dan N17 pada hari Rabu.

Teringat lagi bila diperli oleh salah seorang panel SPA semasa temuduga N17 masa tu. "Hmmm, awak sanggup ketepikan temuduga SPA N17 semalam semata- mata nak datang temuduga N27. Maknanya awak tak menghormati dan berminat dengan jawatan ini?", tanya ahli panel lelaki tersebut. Pengurusi barisan panel disebelahnya hanya tersenyum sambil membelek- belek semua sijil yang saya kemukakan.

"Saya faham tu Tuan. Bukan niat saya untuk memperkecilkan panggilan temuduga dari SPA, tapi saya perlu membuat keputusan yang terbaik untuk diri saya. Mana tahu saya ada rezeki untuk N27 tu. Kan?", jawab saya sambil tersengeh- sengeh. Panel yang bertanya tadi pun gelak sambil geleng kepala. Hehehehe... Maaf lah ye, ini memang hakikatnya diri saya. Mana- mana temuduga yang saya hadiri, saya memang akan ketawan dan paling kurang pun akan buat panel temuduga tersengeh nampak gigi. Ala, "lite- lite" aja. Buat apa nak stress sangat temuduga. Betul tak?

Hari yang dinanti bakal tiba. 14 Februari 2011. Valentine's Day ek? Bukanlah. Haram sambut benda tu. Tapi saatnya keputusan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 bakal diumumkan. Pasti ramai juga yang ternanti- nanti. Faham- faham sajalah, keputusan yang sepatutnya dikeluarkan pada 30 Januari lepas terpaksa ditunda gara- gara kelewatan sesi temuduga hari terakhir yang bertembung dengan cuti umum sempena kemenangan Malaysia dalam piala AFF Suzuki 2010.

Saya yakin, ramai yang dah tak senang duduk. Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang dan macam- macam lagilah. Semuanya jadi tak keruan. Yang bekerje swasta, dah siap prepare dah resignation letter. Walhal keputusan pun belum keluar lagi. Macam saya dulu la. Baru dapat pergi temuduga Pembantu Pendaftaran KP17 saya dah siap- siap buat surat resign kat tempat saya kerja masa tu. Saya terlalu yakin yang saya pasti akan dapat jawatan tu. Memang over-confident sangat. Sedangkan saya tahu, ada yang dah berkali- kali dipanggil temuduga, tapi satu pun tak sangkut. Tapi tak tahulah kenapa yakin sangat walaupun itulah kali pertama saya dipanggil temuduga perkhidmatan awam selepas saja saya habis buat Diploma.

Nasib baiklah nasib menyebelahi saya. Allah makbulkan doa saya. Berkat doa mak abah dan kawan- kawan semuanya, memang terperanjat la masa diberitahu saya dapat jawatan tersebut.  Saya masih ingat lagi semua tarikh- tarikh penting tu.


  • 12 Mac 2010- Tarikh temuduga di SPA KL Jalan Cenderasari.
  • 12 April 2010- Tarikh keputusan temuduga.
  • 17 Mei 2010- Tarikh lapor diri di Ibu Pejabat JPNM Putrajaya.

Semua tu takkan saya lupakan sampai akhir hayat saya. Kenangan yang terindah yang orang lain nak sangat rasa, tapi Allah pilih saya untuk rasa dulu. Mungkin ada hikmah dan pasti juga akan ada cabaran dan dugaan disebalik smeua kurniaanya. 

Hari ini, saya berharap lagi untuk mengulang satu sejarah. Menanti 14 Februari 2011 untuk tahu keputusan temuduga. Dapat atau tidak, saya anggap sudah rezeki. Saya percaya pada janji Allah, kalau memang rezeki kita, takda siapa pun boleh usik, tapi kalau memang bukan rezeki kita, dalam mulut pun boleh keluar balik.

Kalau nak tahu, masa saya datang temuduga N17 baru ni, saya datang atas tiket Calon Sedang Berkhidmat. Selain dari saya ada juga ramai office mate yang berstatus kontrak pun dapat temuduga ni. Antaranya saya Noraini BWN, Aina BWN, Samaniah BWN, Faiz Fazmi, Qistina (N1 Tetap), Usop MDV, Zam MDV dan ada lagi beberapa orang yang saya tak ingat nama mereka. Semuanya saya doakan selamat berjaya. Semoga kita dapat mengecapai segala yang kita idamkan.

Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu Ya Allah, perkenankanlah hajat kami. Semoga ia menjadi sesuatu yang terbaik dalam hidup kami. Kami sangat berharap pada peluang kali ini. Namun kami berjanji Ya Allah, kalau memang sudah tertulis sebagai Qada dan Qadar kami bukan untuk jawatan tersebut, kami redha Ya Allah. Kerana kami yakin, engakaulah Tuhan yang sebaik- baik pengatur kehidupan. Amin.



# Keputusan temuduga tu nanti boleh disemak di sini>> Tapi pukul berapa tu tak tahulah. Kalau nak cepat, call je ke SPA. Pasti dapat tahu cepat. Okay. All the best!!!

05 February 2011

Doa Nurun Nubuwwah (sedang disemak semula sumber dan kesahihannya)



Ertinya:
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

***********************************************************************************



Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.
Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;
(1) Pelindung dari Sihir.
Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.
(2) Hajat Tercapai.
Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.
(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.
Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.
(4) Dimuliakan orang
Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”
(5) Pengasih
Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.
(6) Air masin menjadi tawar
Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.
(7) Bertemu para nabi.
Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.
(8) Penyembuh Kesakitan.
Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(9) Mengubat dari kerasukan.
Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.
(10) Kuat berjalan
Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.
(11) Turun hujan.
Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.
(12) Pengaman bagi orang bertengkar
Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.
(13) Musuh menjadi takut
Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah) , bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.
(14) Sulit bersalin.
Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.
(15) Sakit mata
Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.
(16) Penawar gigitan ular
Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.
(17) Raja Jin.
Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.
(18) Terhindar dari Kekufuran.
Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.
(19) Menjumpai Jin.
Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.
(20) Penyelamat siksa neraka.
Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.
(21) Ingin mimpi yang indah.
Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.
(22) Awet Muda
Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.
(23) Memberi keselamatan.
Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.
(24) Menjadi kuat
Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(25) Gigitan yang kuat
Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.
(26) Penyeri wajah.
Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.
(27) Binatang menjadi patuh.
Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.
(28) Melamar wanita.
Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.
(29) Harta dunia.
Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain.


Sahabat sejati ibarat...



Sahabat sebenar itu ibarat berlian, berharga dan jarang ditemui... Sahabat jalanan pula ibarat daun luruh yang dijumpai di mana- mana...



Perkara paling hebat yang akan pernah kita pelajari ialah untuk bercinta dan dicintai kembali...



Sahabat yang baik sukar dicari... Dan lebih sukar untuk ditinggalkan... Malah amat mustahil untuk terus dilupakan...



Sesuatu persahabatan itu menggandakan kegembiraan kita... Dan juga berkongsi keperitan segala suka dan duka...



Menyemai benih- benih persahabatan bermakna menuai sejambak kegembiraan...



Dan sesungguhnya sesiapa yang menemui sahabat sejati, bererti dia telah menemui harta paling berharga di sepanjang hayatnya...

Sahabat Sejati...

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR