Saturday, February 5, 2011

Apakah makna seorang sahabat?

Assalamualaikum wbth dan berhujung minggu...

Dah lama benar rasanya tak menulis kat blog ni...

Sebab rasa kadang- kadang macam malas je nak taip... Lepas tu sendiri jer baca...

Tapi ia benar- benar boleh release kan tension...

Kali ni nak menaip dalam bentuk informal... Okay tak agak- agaknya? Style macam monolog...

Seronok juga baca blog orang yang macam tu...

Hmmm... Mesti kita kadang- kadang rasa sunyikan? Kenapa yer? Tak ada kawan? Sunyi?

Itulah yang kadang- kadang saya rasa... Kalau kata kawan masa kat sekolah, memang ramai... Sampai kat FB pun dah beribu dah...

Tapi kadanag tetap rasa bosan dan kosong... Kenapa ek? Kalau nak disebut kawan, memang ramai sangat...

Tapi kalau nak panggil sahabat, ada tak?

Sahabat yang boleh susah senang, boleh menasihati ke arah kebaikan dan membantu aku dalam mengemudi sebuah kehidupan...

Aku ada tak? Ada? Yang boleh aku ceritakan masalah, percayakan untuk menyimpan rahsia, menjadi pendengar yang setia, ada tak agak- agak? 

Ada... Ada... Ya aku ada sahabat itu dalam hidupku....

Siapa? Biarlah aku simpan seorang diri bersamanya... Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan seorang sahabat yang amat memahami diriku...

Alahamdulillah....

 Sekian... 

No comments:

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR