Saturday, February 12, 2011

Keputusan Temuduga Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) N17

Assalamualaikum wbth dan Salam 1Malaysia. Agak lama juga tak post entry yang ditulis sendiri. Hari ni rasa macam nak coret- coret sikit selepas solat Maghrib sementara menanti masuk waktu Isyak pula. Tak terlalu awal juga nak ucapkan Salam Maulidur Rasul pada hari Selasa nanti buat seluruh umat jagat. Selawat dan salam atas junjungan besar Al- Khatamul Anbiyaa baginda Rasulullah Muhammad Sallallah alaihiwasallam.

Entri hari ini macam berat sikit, kerana ia membabitkan soal hati dan perasaan. Eceh, acah jer. Bukan apa, ia berkaitan dengan masa depan saya dalam sektor perkhidmatan awam ni. Maklumlah, status jawatan sekarang  hanyalah kontrak sahaja. Walaupun ada yang kata kontrak lantikan SPA ada peluang untuk diserap dalam perkhidmatan awam secara tetap, saya berpegang pada yang satu, selagi tak dapat surat lantikan secara hitam putih, selagi itulah saya takkan percaya.

Bulan Disember lepas merupakan satu bulan yang amat mencabar bagi saya. Dua temuduga jawatan sektor awam dalam minggu dan hari yang sama. Satu jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 dan satu lagi jawatan Pembantu Tadbir N17 ni. Memang sangat- sangat mencabar. Alhamdulillah, walaupun pada saat- saat akhir, saya berjaya aturkan kedua- dua sesi temuduga saya dengan sebaiknya. N27 pada hari Selasa dan N17 pada hari Rabu.

Teringat lagi bila diperli oleh salah seorang panel SPA semasa temuduga N17 masa tu. "Hmmm, awak sanggup ketepikan temuduga SPA N17 semalam semata- mata nak datang temuduga N27. Maknanya awak tak menghormati dan berminat dengan jawatan ini?", tanya ahli panel lelaki tersebut. Pengurusi barisan panel disebelahnya hanya tersenyum sambil membelek- belek semua sijil yang saya kemukakan.

"Saya faham tu Tuan. Bukan niat saya untuk memperkecilkan panggilan temuduga dari SPA, tapi saya perlu membuat keputusan yang terbaik untuk diri saya. Mana tahu saya ada rezeki untuk N27 tu. Kan?", jawab saya sambil tersengeh- sengeh. Panel yang bertanya tadi pun gelak sambil geleng kepala. Hehehehe... Maaf lah ye, ini memang hakikatnya diri saya. Mana- mana temuduga yang saya hadiri, saya memang akan ketawan dan paling kurang pun akan buat panel temuduga tersengeh nampak gigi. Ala, "lite- lite" aja. Buat apa nak stress sangat temuduga. Betul tak?

Hari yang dinanti bakal tiba. 14 Februari 2011. Valentine's Day ek? Bukanlah. Haram sambut benda tu. Tapi saatnya keputusan temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir (P/O) N17 bakal diumumkan. Pasti ramai juga yang ternanti- nanti. Faham- faham sajalah, keputusan yang sepatutnya dikeluarkan pada 30 Januari lepas terpaksa ditunda gara- gara kelewatan sesi temuduga hari terakhir yang bertembung dengan cuti umum sempena kemenangan Malaysia dalam piala AFF Suzuki 2010.

Saya yakin, ramai yang dah tak senang duduk. Makan tak lena, tidur tak basah, mandi tak kenyang dan macam- macam lagilah. Semuanya jadi tak keruan. Yang bekerje swasta, dah siap prepare dah resignation letter. Walhal keputusan pun belum keluar lagi. Macam saya dulu la. Baru dapat pergi temuduga Pembantu Pendaftaran KP17 saya dah siap- siap buat surat resign kat tempat saya kerja masa tu. Saya terlalu yakin yang saya pasti akan dapat jawatan tu. Memang over-confident sangat. Sedangkan saya tahu, ada yang dah berkali- kali dipanggil temuduga, tapi satu pun tak sangkut. Tapi tak tahulah kenapa yakin sangat walaupun itulah kali pertama saya dipanggil temuduga perkhidmatan awam selepas saja saya habis buat Diploma.

Nasib baiklah nasib menyebelahi saya. Allah makbulkan doa saya. Berkat doa mak abah dan kawan- kawan semuanya, memang terperanjat la masa diberitahu saya dapat jawatan tersebut.  Saya masih ingat lagi semua tarikh- tarikh penting tu.


  • 12 Mac 2010- Tarikh temuduga di SPA KL Jalan Cenderasari.
  • 12 April 2010- Tarikh keputusan temuduga.
  • 17 Mei 2010- Tarikh lapor diri di Ibu Pejabat JPNM Putrajaya.

Semua tu takkan saya lupakan sampai akhir hayat saya. Kenangan yang terindah yang orang lain nak sangat rasa, tapi Allah pilih saya untuk rasa dulu. Mungkin ada hikmah dan pasti juga akan ada cabaran dan dugaan disebalik smeua kurniaanya. 

Hari ini, saya berharap lagi untuk mengulang satu sejarah. Menanti 14 Februari 2011 untuk tahu keputusan temuduga. Dapat atau tidak, saya anggap sudah rezeki. Saya percaya pada janji Allah, kalau memang rezeki kita, takda siapa pun boleh usik, tapi kalau memang bukan rezeki kita, dalam mulut pun boleh keluar balik.

Kalau nak tahu, masa saya datang temuduga N17 baru ni, saya datang atas tiket Calon Sedang Berkhidmat. Selain dari saya ada juga ramai office mate yang berstatus kontrak pun dapat temuduga ni. Antaranya saya Noraini BWN, Aina BWN, Samaniah BWN, Faiz Fazmi, Qistina (N1 Tetap), Usop MDV, Zam MDV dan ada lagi beberapa orang yang saya tak ingat nama mereka. Semuanya saya doakan selamat berjaya. Semoga kita dapat mengecapai segala yang kita idamkan.

Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu Ya Allah, perkenankanlah hajat kami. Semoga ia menjadi sesuatu yang terbaik dalam hidup kami. Kami sangat berharap pada peluang kali ini. Namun kami berjanji Ya Allah, kalau memang sudah tertulis sebagai Qada dan Qadar kami bukan untuk jawatan tersebut, kami redha Ya Allah. Kerana kami yakin, engakaulah Tuhan yang sebaik- baik pengatur kehidupan. Amin.



# Keputusan temuduga tu nanti boleh disemak di sini>> Tapi pukul berapa tu tak tahulah. Kalau nak cepat, call je ke SPA. Pasti dapat tahu cepat. Okay. All the best!!!

No comments:

:: JOM KONGSI ::

Recent News

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR