15 February 2011

Salam Maulidur Rasul Muhammad S.A.W



Assalamualaikum wbth dan Salam Maulidur Rasul Muhammad SAW. Selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti dan selamat bekerja kepada yang terpaksa bekerja walaupun hari ini diisyitiharkan sebagai cuti umum. Seperti ramai yang tahu, semalam 14 Februari 2011 merupakan tarikh yang dinanti- nantikan oleh semua calon yang mengahdiri temuduga Pembantu Tadbir (Pekeranian dan Operasi) N17 di bawah SPA. Sedari pagi menanti, akhirnya kira- kira jam 3.00 petang baharulah laman web SPA boleh diakses untuk semakan. Hmmm, lepas berhempas pulas cuba masuk melalui capaian internet di pejabat, tiba- tiba keputusan yang keluar, "Maaf No. Kad Penngenalan anda tiada dalam urusan ini". Sedihnya hati bukan kepalang.

Lepas dah give up semak melalui dalam talian kat website SPA, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghubungi SPA di talian telefon. Susah benarlah nak berjawab. Akhirnya, aku masukkan je sambungan mana- mana pegawai, ada juga la satu talian yang berjawab. Di tanya secara manual, akhirnya diberitahu, "Maaf ya Encik Riduan, dalam data saya ni temuduga Encik Riduan tidak berjaya". Terima kasih. Akhirnya dapat juga tahu status yang sebenarnya. Dalam ramai- ramai kawan aku, hanya dua orang sahaja yang berjaya, itu pun sebagai calon simpanan selama satu (1) tahun. Yang lain semua dukacita dimaklumkan. Tak apalah, dah rezeki kan? Terima sahajalah apa yang Allah dah takdirkan. Mana tahu ada rezeki jawatan kontrak aku bakal ditetapkan? Pasti rezekinya lebih besar. InsyaAllah.

Jadi, bersempena sambutan Maulidur Rasul Muhammad SAW ni, aku dengan rasa rendah diri nak mengucapkan kepada semua, Salam Maulidur Rasul. Semoga akhlak Rasulullah SAW menjadi contoh dan teladan kepada diri kita sepanjang zaman. Sesungguhnya Rasulullah SAW itu merupaka contoh teladan yang baik. Dari isteri Rasulullah sendiri ada berkata, akhlak Nabi itu adalah al-Quran. Jadi, sentiasalah dampingkan diri kita dengan kitab al-Quran semoga kita sentiasa dekat seluruh kehidupan baginda SAW. Semoga kita beroleh rahmat dari Allah SWT. Amin~~~


Selawat Nabawi

No comments:

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR