27 April 2011

Keputusan untuk Tidak Menghadiri Temuduga Pembantu Makmal C17

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Hari ini 27 April, merupakan hari yang sangat bermakna buat diriku kerana esok, 28 April merupakan hari lahirku yang ke 23. Semoga Allah memberkati hidupku dan memberkati sepanjang hayat hidupku bukan sahaja dengan rahmah dan berkat, malah dengan taufik dan hidayahnya, maghfirah dan inayahnya.

Lepas beberapa hari tak masuk blog ni (sebab malas nak pergi Kafe Siber), makin ramai pelawat yang masuk ke blog saya menggunakan kekunci cari Pembantu Makmal C17. Saya tahu ramai yang mencari- cari info tentang jawatan tersebut, tetapi termasuk pula kat blog personal saya kan. Maaflah, kali ni saya betul - betul tiada mood nak berkongsi tips atau knowledge yang saya ada. Banyak dah saya dah kongsikan dalam entri sebelum ni.

Okay, kali ni saya just nak share yang saya dapat panggilan temuduga sahaja. Namun kawan- kawan jangan risau, saya TIDAK AKAN HADIR ke temuduga jawatan tersebut kerana saya sudah merasa selesa dengan jawatan sekarang iaitu sebagai Pembantu Pendaftaran KP17. Saya dah nekad, saya tak akan lagi memohon apa- apa jawatan gred 17 walaubagaimapun sekali minat saya pada jawatan tersebut. Saya janji okay. Jadi kawan- kawan semua dah selamat. Seorang pesaing dah berkurangan di Pusat Temuduga JPM Putrajaya nanti. Mesti ramai yang legakan? 

Saya nekad nak bagi peluang pada kawan- kawan yang lain untuk sama- sama dengan saya dalam perkhidmatan kerajaan. Buat masa sekrang ni, saya hanya memohon jawatan- jawatan gred 27 keatas sahaja dengan berbekalkan Diploma Pengurusan Pelancongan yang saya miliki. Paling terbaru saya memohon jawatan Penolong Pengurus Asrama N27 di UiTM. Memang dari dulu lagi saya berangan- angan nak kan jawatan tu. Tapi masih belum ada rezeki. Saya dah ada 2 3 kali pengalaman menhadiri temuduga jawatan gred 27 antaranya Penolog Pegawai Tadbir N27 di UTEM dan Penolong Pegawai Penguatkuasa di Lembaga Getah Malaysia (LGM). Namun mungkin masih belum ada rezeki.

Namun, saya terima dengan sebaiknya. Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh terima hakikat untuk bekerja jauh dari keluarga. Namun, saya masih perlu pulang setiap minggu bagi menhilangkan rasa kerinduan dalam hati. Alhamdulillah, saya rasa tenang bila mendengarkan cerita kawan saya tentang suasana tempat kerja barunya yang penuh dengan tekanan. Saya bersyukur Alhamdulillah, di JPN Sg. Siput ni, saya ada seorang bos yang baik hati dan sudi membantu, CC yang baik, dan juga PP yang sedia membantu. Sedangkan orang lain ada yan terseksa dengan orang ditempat baru mereka. Syukur Alhamdulillah. Walau bahagia pun sudah saya di sini sekarang, saya tetap berharap untuk kembali bertukar ke Ibu Pejabat Putrajaya ataupun JPN cawangan sekitar KL dan Selangor. Semoga hajat saya termakbul.

Okay, minggu depan saya akan ke Kursus Induksi Bil. 3 Jabatan Pendaftaran Negara di Ancasa All Suites and Spa, Port Dickson. Saya akan melapor diri induksi di JPN Ibu Pejabat Putrajaya pada 3 Mei 2011 dan berakhir pada 15 Mei 2011. Untuk tempoh tu, senyap la saya dari berblog. Okaylah, saya nak akhirkan catatan hari ni dengan selamat bercuti kepada diri saya mulai Jumaat ni dan Selamat Hari Lahir ke 23 pada hari esok, 28 April 2011. Semoga diberkati. Kepada yang akan bertemuduga jawatan Pembantu Makmal C17, good luck and all the best saya ucapkan. Semoga berjaya.  Okay. Sekian.

19 April 2011

Bukan Niat Saya ingin Berbuat Begitu

Assalamualaikum wbth dan salam Keputeraan Duli yang Maha Mulia, Sultan Perak. Hari ini adalah hari cuti umum di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan. Walaupun warga baru di sini, saya tidak terkecuali.Syukur Alhamdulillah, kesempatan cuti ini dapat saya gunakan untuk melangsaikan "hutang- hutang" surat yang saya janjikan. 

Bukan niat saya mahu menghampakan mana- mana pihak, namun saya terpaksa. Hati saya bagai dihiris- hiris sembilu bila mengenangkan mak dan abah saya di rumah (KL). Setiap kali saya berkeseorangan, fikiran jadi tak keruan lantas jari jemari saya menaip status yang macam- macam di dinding Facebook. Semuanya demi memainkan emosi saya sendiri agar lebih tenang, tabah dan kuat. Namun kadang- kadang saya tumpas. Emosi yang terlampau membuatkan air mata saya mengalir.

Bukan mudah hidup diperantauan, tambahan pula dengan keadaan anah yang sakit dan tiada lagi harapan sembuh. Adalah sesuatu yang memeritkan bila saya tahu dia dalam keadaan sakit mahupun demam. Lantas, saya ambil keputusan untuk balik setiap minggu dengan harapan dapat mengubat kerinduan saya dan dia, termasuk rindu saya dengan mak. Bayangkan, selepas meninggalkan zaman berjauhan kat Politeknik dahulu, saya tidak lagi pernah berpisah. Tapi kini ujian itu datang lagi.

Saat saya pulang dari Sungai Siput jam 1230 pagi lepas, ia paling mengharukan bila mana abah terus turun dan memeluk saya. Saya dapat rasakan pelukan tu terlalu ikhlas. Lantas dia juga mengalirkn airmata. Saya biasa saja namun jiwa saya menangis sekuatnya. Tapi saya tak mahu tunjukkan. Saya nak dia tahu saya tabah. Saya kuat dan saya mampu bertahan, walaupun hakikatnya saya lemah, jiwa saya patah dan saya lemas serta mengah. Saya mengharap pada Allah semoga sesuatu akan terjadi. Kerana hanya Allah tahu perasaan dan jiwa saya sekarang. Bayangkanlah kalau emosi saya tertekan setiap hari? Mungkinlah saya akan jadi siapa saya hari ini? Jiwa saya sangat kacau. Saya tak mahu jiwa saya membuat saya melakukan sesuatu di luar batasan diri dan pegangan saya. Ya Allah, kuatkan aku....

17 April 2011

Temuduga Pembantu Makmal C17 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Dah lama sungguh rasanya tak update blog ni. Al maklumlah, kini internet hanya di kafe siber. Dan aksesnya terlalu tehad. Sekadar 1 jam ke 2 jam sehari. Biasanya selepas waktu balik kerja, sebab lokasi kafe siber ni sebelum sampai kat bilik sewa saya. Kalau dah kata balik kat bilik, jangan haraplah nak buka laptop sekalipun. Tapi kali ni rasa nak update juga. Sebab macam tak aktif pulak nanti.

Sejak berpindah ke Sungai Siput (U) ni, segalanya berubah. Hidup dah tak seperti masa dengan famili dahulu. Semuanya lain- lain belaka. Dari negerinya, hinggalah sekecil perihal makan minum sebagai orang bujang. Dulu mak yang selalu pastikan semuanya lengkap, tapi sekarang pandai- pandai sendiri lah nak hidup.

Okaylah, tak nak cerita panjang. Cuma nak cakap, baru- baru lepas pindah ke tempat baru ni, tiba- tiba je dapat panggilan temuduga daripada SPP a.k.a Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Dan jawatan yang ditawarkan untuk temuduga tersebut pula ialah Pembantu Makmal gred C17. Kalau tengok kepada jawatannya, memang menarik dan merupakan sesuatu yang berbeza dengan kerja pejabat macam jawatan sekarang ni. Pembantu Makmal? Wah, menarik kerja ni sebab kita akan berurusan dengan pihak sekolah terutamnya cikgu- cikgu dan pelajar- pelajar. 

Bekerja dalam sektor pendidikan memang impian aku. Untuk menjadi pendidik ialah cita- cita ku. Namun terlalu banyak halangan peribadi menyebabkan aku setakat apa yang aku ada hari ini. Bagi aku, kalaulah tak menjadi cikgu pun, bergaul dengan cikgu dan berkhidmat untuk orang yang berada di sektor pendidikan ni pun dah cukuplah. 

Namun, banyak pula perkara yang bermain dalam fikiranku. Adakah calon sedang berkhidmat seperti aku akan dipertimbangkan untuk menjawat jawatan tersebut? Atau bagaimanakah untuk aku maklumkan pada kawan- kawan sekarang aku akan menhadiri temuduga tersebut? Apakah tanggapan mereka nanti? Ya Allah, berilah aku petunjuk dan pilihan yang terbaik buat diriku. Temuduga pula semakin hampir iaitu 26 Mei 2011. Aku pula terpaksa nak selesaikan bermacam- macam perkara seperti Surat Sokongan Majikan, Laporan Perkhidmatan Semasa dan pelbagai lagi. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Kali ini aku nekad untuk hadir temuduga tu juga walau apa pun halangannya. Semoga Allah memberikan aku kemudahan dan kekuatan. InsyaAllah. Buat teman- teman, doakan akau yang terbaik ya. Amin...

01 April 2011

Hari Terakhir di JPNM Putrajaya


Assalamualaikum wbth. Semalam, Khamis 31 Mac 2011 merupakan hari terakhir saya berkhidmat sebagai Pembantu Pendaftaran di JPNM Putrajaya. Eh, dah berhenti ker? Ha, bukanlah. Sebenarnya, saya telah diberi penempatan baru @ hakiki selepas penempatan sementara di JPNM Putrajaya berakhir hari ini. Mulai 4 April nanti, saya akan memualakan tugas di tempat baru iaitu di JPN Daerah Kecil Sungai Siput (U), Perak. Kredit gambar to bro. Azlan. Maafla, ambil gambar tanpa minta izin.




Jadi, dulu semalam (Rabu), pihak Unit mengambil sedikit inisiatif untuk meraikan kami yang akan ditempatkan ditempat yang baharu. Majlisnya ringkas sahaja, PTD kami memberi ucapan diikuti KP38, dan terakhir ucapan dari saya mewakili rakan- rakan yang bakal berpindah. Selesai, kami bergambar kenang- kenangan satu Unit. Lepas tu, masing- masing membasahkan tekak dengan teh-o dan kopi panas. Walaupun ringkas, tapi cukup bermakna. Ops, lupalah pulak. Lepas ucapan tu ada sedikit pengampaian cenderahati kenang- kenangan dari PTD kami. So, sweet. Begitulah berakhirnya legasi saya di JPNM Putrajaya. Semoga akan lebih sukses di tempat yang baharu, JPN Daerah Kecil Sungai Siput (U), Perak.

Penyampaian cenderahati kenang- kenangan oleh PTD


Hadiah daripada Unit


Table clock yang nice dan istimewa


Diambil pada 4.50 petang, 31 Mac 2011


p/s: terlalu banyak kenangan pahit dan manis semasa di sini. Peluang untuk mengenali perangai manusia yang rencam menjadi pengalaman diri paling berharga yang akan sentiasa disisip rapi dalam ingatan, sebagai panduan, sebagai teman, untuk mengenali siapa diri ini dan mengemudi perjalanan sehari- hari.

Solat Jumaat di Ruang Legar Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL

Assalamualaikum wbth dan salam Jumaat. Dah lama tak update blog, sebabnya terlalu sibuk dengan komitmen kerja. Asal buka nak menaip jer, sedar- sedar dah pukul 5 pagi. Lepas tu kena siap- siap nak pergi kerja. Maklumlah, mulai 4 April akan datang ni, saya dah tak lagi berkhidmat di Putrajaya. So, kenalah siapkan kerja- kerja yang berbaki tu supaya kelak saya dah keluar tak membebankan pengganti saya.

Okay, tengahari tadi saya berkunjung ke Kaunter Utama PNB bagi tujuan jualan balik sebahagian akaun saya. Maklumlah, nak pindah ke tempat baru, jadi kenalah berbelanja sikit. Sampai di kaunter, dah pukul 12.45 tengahari dah. So, selesaikan urusan, dalam jam 1 lebih, saya singgah kat Bangunan Tabung Haji disebelahnya. Hajatnya nak ke Bank Islam, tapi dah tutup sebab kat ruang legar bangunan tersebut diadakan solat Jumaat. Wah, ni kali pertama solat Jumaat kat luar bangunan pejabat. Sungguh istimewa solat Jummat saya hari ni.

Saya pun ambil port paling depan pintu di ruang legar luar. Rupanya kat sebelah dalam depan lif pun ada ruang solat juga rupanya. Uniknya solat Jumaat kat Bangunan Tabung Haji. Memang saya rasa lain sangat. Terasa jugalah frasa "solat di mana sahaja berada". Khutbah yang disampaikan juga cukup jelas. Sambil dihembus angin sepoi- sepoi bahasa di luar bangunan tersebut. Bagi yang suka melepak sambil dengan khutbah, boleh la duduk berpeleseran di tangga laman. Wah, sungguh istimewa Macam jakun pula rasanya.

Lepas solat Jumaat, bertebaranlah masing- masing ke kedai- kedai pacak di tepi laluan pejalan kaki betul depan bangunan ni. Macam- macamlah jualan yang ada. Eh, pakcik Tappaaii pun ada? Ha, hebat tak, lauk campur ada, samosa ada, rojak buah ada, susu kambing ada, macam- macam ada. Meriah sangat. Ynag paling special, ada Sengkuang Pizza yang dijual dengan harga RM 1 sekeping. Sedapnya.

So, siapa- siapa yang teringin nak merasa, datanglah seawal jam 12.30 kat depan ruang legar pintu masuk Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL. Okay! Wassalam.








p/s: teguran ikhlas buat akak yang berniaga kat depan bangunan Tabung Haji tu, pakailah tudung. Hormatilah kami semua orang lelaki yang bersolat di situ.

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR