Sunday, April 17, 2011

Temuduga Pembantu Makmal C17 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Dah lama sungguh rasanya tak update blog ni. Al maklumlah, kini internet hanya di kafe siber. Dan aksesnya terlalu tehad. Sekadar 1 jam ke 2 jam sehari. Biasanya selepas waktu balik kerja, sebab lokasi kafe siber ni sebelum sampai kat bilik sewa saya. Kalau dah kata balik kat bilik, jangan haraplah nak buka laptop sekalipun. Tapi kali ni rasa nak update juga. Sebab macam tak aktif pulak nanti.

Sejak berpindah ke Sungai Siput (U) ni, segalanya berubah. Hidup dah tak seperti masa dengan famili dahulu. Semuanya lain- lain belaka. Dari negerinya, hinggalah sekecil perihal makan minum sebagai orang bujang. Dulu mak yang selalu pastikan semuanya lengkap, tapi sekarang pandai- pandai sendiri lah nak hidup.

Okaylah, tak nak cerita panjang. Cuma nak cakap, baru- baru lepas pindah ke tempat baru ni, tiba- tiba je dapat panggilan temuduga daripada SPP a.k.a Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Dan jawatan yang ditawarkan untuk temuduga tersebut pula ialah Pembantu Makmal gred C17. Kalau tengok kepada jawatannya, memang menarik dan merupakan sesuatu yang berbeza dengan kerja pejabat macam jawatan sekarang ni. Pembantu Makmal? Wah, menarik kerja ni sebab kita akan berurusan dengan pihak sekolah terutamnya cikgu- cikgu dan pelajar- pelajar. 

Bekerja dalam sektor pendidikan memang impian aku. Untuk menjadi pendidik ialah cita- cita ku. Namun terlalu banyak halangan peribadi menyebabkan aku setakat apa yang aku ada hari ini. Bagi aku, kalaulah tak menjadi cikgu pun, bergaul dengan cikgu dan berkhidmat untuk orang yang berada di sektor pendidikan ni pun dah cukuplah. 

Namun, banyak pula perkara yang bermain dalam fikiranku. Adakah calon sedang berkhidmat seperti aku akan dipertimbangkan untuk menjawat jawatan tersebut? Atau bagaimanakah untuk aku maklumkan pada kawan- kawan sekarang aku akan menhadiri temuduga tersebut? Apakah tanggapan mereka nanti? Ya Allah, berilah aku petunjuk dan pilihan yang terbaik buat diriku. Temuduga pula semakin hampir iaitu 26 Mei 2011. Aku pula terpaksa nak selesaikan bermacam- macam perkara seperti Surat Sokongan Majikan, Laporan Perkhidmatan Semasa dan pelbagai lagi. Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Kali ini aku nekad untuk hadir temuduga tu juga walau apa pun halangannya. Semoga Allah memberikan aku kemudahan dan kekuatan. InsyaAllah. Buat teman- teman, doakan akau yang terbaik ya. Amin...

4 comments:

a.z.z.i.e.y.@.z.a.h.a.r said...

sy pon same cam awk..dpt gred yg sama...hrp2 ada rezeki kite...

Riduan said...

yeker? Awak jawatan sekarang dah confirm ker? Saya baru balik dari Induksi... Rasanya kalau sama gred, saya takkan pergi interview tu... Biarlah bagi peluang pada orang lain dahulu... Kan?

azmir89 said...

Salam. . . So skrg kje pe. . . Dpt x pembantu makmal 2. . . . Klu dpt skop nye cmne skrg. . . Kngsi r sket. . .

Riduan said...

waalaikumsalam @azmir89. Cuba semak post yang berikutnya, saya tak datang pun temuduga jawatan ni sebab sama gred dengan jawatan semasa saya sekarang. Kalau skop kerja tu, cubalah g kat mana2 makmal sekolah, mintak izin untuk tengok pembantu makmal bekerja. Bagi saya dengan cara observation mcm tu, awak akan lebih faham skop kerja. Okay, all the best and good luck~~~

:: JOM KONGSI ::

Recent News

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR