Thursday, October 13, 2011

Andai Aku Terpaksa Buat Keputusan Itu

Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum wbth. Salam penuh kesedihan dari aku yang kejauhan. Hari Rabu lepas, 12 Oktober 2011 merupakan hari lahir ibundaku yang terkasihi, Siti Hawa Binti Ismail yang kesekian kalinya. Syukur Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umurnya buat menemani pelayaran hidupku sebgai hamba Allah di muka bumi ini. Syukur juga pada Allah kerana masih membahgiakan kehidupan kedua orang tua sepertimana bahagianya mereka semasa kecilku. Seawal 11 Oktober aku telah melafazkan Selamat Hari Lahir Ibu melalui gagang telefon yang acap kali menjadi medium melepaskan rinduku pada mereka. Selepas itu aku tidur dan membiarkan masa berlalu ke tarikh 12 Oktober.

12 Oktober pun menyorot hari. Petang itu (malam selepas Maghrib), aku sekali lagi menelefon emak untuk meluahkan perasaan dan rasa hatiku betapa peritnya hidup di sini. Mulanya perbualan kami nampak indah. Tapi lepas beberapa perkara aku utarakan, nadanya makin tegang dan tak semena- mena air mataku mengalir. Aku menangis tak tertahan- tahan lagi. Perit yang aku rasa, yang aku sembunyikan daripada orang lain dengan hilai tawa dan jenaka gila- gila, aku luahkan dengan tirisan air mata dari kelopak mataku. Memang tidak tertahan- tahan lagi.Ya Allah, perit sangat buat aku menerima. Saat aku berkacamuk dengan keputusan ujian darah di hospital tadi, ketiadaan pangkuan tempat aku menumpang kepala sangat- sangat terasa.

Semuanya kerana kerja. Aku berjauhan dari emak, abah dan keluarga semuanya sebab kerja. Ikutkan hatiku, hendak saja aku berhenti dan kembali ke Ampang. Sedih bertambah kecewa, permohonan pertukaranku seolah- olah sepi. Sedang aku jauh dari mereka yang tersayang, status FB kawan- kawan di sana juga membuatkan aku lebih perit. Aku mahu kembali ke sana. Aku tak betah tinggal di bumi asing. Anggapanku selepas aku terpaksa belajar jauh di politeknik, saat ini tidak akan kembali lagi. Tetapi semua itu ternyata meleset. Aku tetap perlu melaluinya. Semuanya kerana kerja.

Kini, aku sudah tidak tahan dan mampu lagi. Suatu garis masa telah aku tetapkan, kalau masih sama dan tiada perubahan, aku terpaksa membuat suatu keputusan yang amat berat bagi aku untuk melakukannya. Aku redah akalau itulah yang telah Allah takdirkan. Aku percaya pada janji Alllah, rezekiNya ada di mana- mana selagi kita mencarinya dengan ikhlas dan jujur. Aku percaya Allah pasti akan membantu hambaNya yang mendambakan bantuanNya. Aku juga percaya janji Allah yang Dia tidak akan sekali menduga hambaNya melanjuti kemampuan dan takat kesabarannya.

Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan yang akan menentukan masa depanku. Sesungguhnya Kaulah Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui setiap yang tertulis di Luh Mahfuz. Amin. Semoga Allah memperkenankan doa hambaNya.

# Sesuatu yang amat pahit untuk ditelan, tapi mungkin penawar yang paling mujarab untuk masa depan.

1 comment:

Hamizah Binti Zulkifli said...

duan....jgn lah smpai berhenti.huhuhu...
tu semua dugaan dibumi asing..ila tu..lagi jaoh n die perempuan duan....ko laki kena lebih kuat!!!..
pengalaman berada dibumi asing tu berharga...tp ila tu lagi r bumi asing.seberang laut tau...think deeply b4 make the decision..try make urself hepy to be there...enjoy urself wif fren..hang out..think positive...there must have a reason y u hv to work there...sbb rezeki ko ade kt sne...so...move on...cube lah ajak kawan2 g jln2 ker...bercuti sama2 dgn co-worker...insyaAllah..everything will be fine..

aku ckp cmni bkn sbb aku dduk dkt jek..aku pn fhm...penah dduk jaoh dgn family...at least ko dpt merantau..take the opportunity utk travel area utara nun...huhu...aku ni jelajah perak pn xabes lg...utara tu pn sama..

or apply utk naek PPT N27 cpt2...then doa moga dpt...then dpt la tukar...ko pyh nk tukar sbb skop KP17 kecik...if gred N @ W..byk tmpt leh tukar...tu jek susah.huhu...

try ur best okeh?? =)

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR