07 October 2011

Suami Seksa Batin Isteri dengan Lari Tanggungjawab, Kononnya Mahu Kuat Beribadah

Assalamualaikum wbth. Dah laam sungguh rasanya tak menaip. Masa selalu mencemburui setiap saat. Kalau ada masa lapang, tu lah, dengan Facebook 24 jam sehari. Allah, nak online pakai PC, haramlah jawabnya. Sebab, tak ada sambungan internet kat sini. Yang ada hanyalah handphone Nokia N80i second hand ni saja yang menjadi peneman.

Allahuakbar, dah lama tak menaip, tiba- tiba isu sensitif pula naik. Yeke benda ni berlaku? Ye. Benda macam ni memang berlaku. Tetapi kepada si isteri, tak tahulah sama ada dia berfikiran begitu atau sebaliknya. Perkara ni adalah hasil dari pemerhatian saya dan bual- bual dengan rakan- rakan. Maklumlah, saya suka berbual dengan orang yang sudah berumahtangga, contoh: emak, ayah, nenek dan kawan- kawan, sebab mereka ni penuh dengan pengalaman dan ilmu.

Rumahtangga adalah satu perkongsian hidup antara seorang lelaki dengan seorang perempuan. Dan perkongisan ini menjadi satu perkongsian tanggungjawab apabila si isteri dan sang suami dikurniakan cahaya mata. Makanya, adalah dengan wajar tanggungjawab ini ditanggung dan dikongsi bersama. Kalau mungkin si isteri seorang suri rumah sepenuh masa, ada logiknya jika dia menanggung lebih dari suami. Tapi jika keduanya keluar bekerja? Adakah wajar sang suami meletakkan satu pihak sahaja tanggungjawab tersebut?

Ini sangat tidak adil. Mungkin saya menulis bukan dengan hujah, hadis atau ayat al- Quran, namun ia lahir dari hati seorang lelaki yang melihat ketidak adilan yang dilakukan oleh seorang suami terhadap isterinya sendiri. Sebagai contoh, apabila pulang dari kerja, si sang suami lekas- lekas rehat dan membiarkan si siteri mengurus anak sendirian. Apabila tiba waktu Maghrib, sang suami lekas nagkat kaki keluar rumah dengan memberika alasan, mahu ke masjid untuk beribadah. Nampak tidak salahkan? Namun, jika sang suami keluar sehinnga larut malam, dengan alasan mendengar kuliah Maghrib, solat Isyak berjemaah dan berbual tentang JKKK di masjid, adakah ia wajar? Sedangkan anak yang maish kecil di tinggalkan bersama si isteri terkontang kanting di rumah? Fikir- fikirkanlah wahai suami. Rumahtangga ialah perkongsian tanggungjawab. Bukan setakat tanggungjawab menjadikan rumah tangga barokah, malah untuk menjadikan perkongsian tanggungjawab sesuatu yang adil dan saksama.

Nasihat buat suami yang masih ada anak kecil, perbanyakkanlah masa di rumah. Bersama anak- anak juga ibadah, meluangkan masa untuk anak juga ibadah, menjaga hait isteri juga ibadah, malah membantu isteri mengurusi perihal rumahtangga juga mewarisi akhlak dan pekerti Rasulullah. Ku doakan semoga rumahtangga kamu bahagia ke akhirnya. Semoga dengan luahan aku ini menjadi pengurang dosa melihat kau terseksa bersama yang kau cintai.

Wassalam.

No comments:

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR