08 September 2012

Alahai Maxis Broadband SKMM

Assalamualaikum wbth dan Salam 1Malaysia. Apa khabar semua? Harap- harap sihat Alhamdulillah hendaknya. Semoga kehidupan kita sama- sama mendapat keberkatan dari Illahi. Seperti yang semua maklum, Syawal kini sudah hampir ke penghujungnya. Namun, sudah sempurnakah Puasa sunat 6 hari kita? Alahai, sekadar mengingatkan diri sendiri yang tak mula- mula lagi berpuasa.

Minggu ini adalah minggu yang amat stress dan meletihkan. Maklum sajalah, berpindah temapt kerja ke tempat baru. Segalanya perlu dipersiapkan kerana segalanya baru. Pejabat baru, perabot baru, workstation baru, perisian baru, malah semua komputer- kimputer kami pun terbaru. Windows 7 lagi OS nya. Alhamdulillah. Perpindahan ni hanya bersifat sementara waktu sahaja. Sampai masa nanti, kembalilah saya ke tempat bertugas lama. Okay. 

Nak umumkan advance sikit daripada perasmian. Hahaha. Berkenaan tempat kerja baru saya ni. Okay. Namanya ialah JPN UTC Pudu Sentral. Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara cawangan UTC ni terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC), aras 2, Pudu Sentral, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Kalau nak akses ke sini pun sangat mudah. Ambil LRT aliran Ampang dan berhenti di stesen Plaza Rakyat (bukan Pudu yer sebab ramai keliru stesen Pudu dengan Puduraya).  Kalau ada masa, boleh la berjumpa dengan saya nanti yer.

Okay, sekarang nak berbalik ke tajuk entri ni. Khamis lepas saya ada buat satu aduan kepada pihak Maxis berkaitan kegagalan sistem jalur lebar (broadband) SKMM Maxis ni. Selepas dah puas mengadu, pihak Maxis pun berjanji akan follow up semula dengan saya dalam tempoh 1 hari sama ada dengan memanggil semula ataupun SMS. Namun, masa berlalu, saya langsung tak menerima apa- apa jawapan. Pagi ini, saya sekali lagi menghubungi call centre Maxis. Tapi bila verifikasi dibuat, tiba- tiba je saya diberitahu nombor tersebut bukan didaftarkan atas nama saya. Angin satu badan. Apasal la nak tanya itu ini. Yang hairannya, semlam lepas pula masa buat report. Tak pula ditanya siapa nama bagai.

Sakit je hati. Kali ni saya tegas. Dahlah nak call contact centre kena caj panggilan, mahal pula tu. Lepas tu nak hold customer lama- lama. Very very BAD SERVICE MAXIS!!! Panas hati saya belum cukup hilang lagi. Tak suka betul. Last, dia call saya, pastu suruh buat itu ini. Mujur ada 2 handphone, boleh la buat 2 kerja. Kalau tak, mampus la kau. Huh! So, kita tunggu Isnin ni sebab dia janji akan call saya Isnin ni, petang... Jaga baik kalau kau tak telefon aku nanti. MAXIS oh MAXIS... Makan duit orang laju jer, tapi bila nak jaga hati customer, hampeh!

# Marah bercampur geram plus minus stress... Nasib la ko budak dapat customer macam aku pagi- pagi ni...

08 July 2012

Ujian Allah Tanda Dia Sayang pada Kita

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbth. Salam buat semua. Hari- hari belakangan ini terasa terlalu perit untuk ditelan. Dari satu hal ke satu hal menyebabkan kadang diri ini rasa terlalu tertekan. Emosi dan perasaan bercampur baur. Antara mahu dipendam atau diluahkan, semuanya tidak boleh. Maka tekanan yang dirasa makin hari makin dalam.

Namun Allah kuatkan hati. Teringat bait- bait lagu kumpulan nasyid Devotees seperti yang memetik dalam kalam Allah, al- Quran. "Tuhan, usah bebankan kami, dengan bebanan yang berat, seperti yang telah kau berikan, kepada umat yang terdahulu dari kami. Tuhan, usah pikulkan kami, yang tidak kami berdaya. Maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa kami, rahmatilah kami". Bila terfikir- fikir semula, adakah Allah tidak tahu takat beban yang mampu ditanggung hambaNya?

Jawapannya, tidak. Allah maha tahu akan segala yang diciptakan baik di langit mahupun di bumi. Dia maha Mengetahui lagi maha Menentukan. Oleh kerana Allah tahulah, maka Dia bebankan aku dengan apa yang sedang ditanggung sekarang. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya takat yang hambaNya tidak mampu memikul. Maka, bersangka baiklah dengan Allah. Apa yang diberi, telah dulu Dia nilaikan kemampuan hambaNya.

Demi Allah, aku redha dengan setiap yang berlaku. Hari demi hari aku mula belajar erti kehilangan, erti ketiadaan dan erti kerinduan. Kenapa Allah ujikan ini semua? Hanya Dia yang maha Tahu. Dia hilangkan nikmat kasih sayang itu punya sebab. Jangan tanya Allah sekarang, kerana nanti Dia akan berikan jawapan. Dia jarakkan kasih ibu dan anak? Kenapa? Kerana dia tahu kehilangan pasti datang. Kalau kehilangan itu pada saat masih akrab, pasti impaknya akan maha Dahsyat. Maka Dia tahu takat mampu hambaNya, maka diujinya sedemikian rupa. 

Allah, Kau Tuhan yang maha Pembolak- balikkan hati, tetapkan hati, lisan dan perbuatan dengan Iman, Islam dan Ihsan. Jangan kau balikkan aku dengan sesuatu yang menyekutukan Kau. Sungguhnya aku amat lemah. Ampunkan aku ya Allah.

# Ingat setiap yang baik Allah berikan pada kita, pasti ada juga sebaliknya. Jadi kalau kita redha kebaikan Allah beri, redhalah juga balik sebaliknya yang di kurniakan. Aamiin... 

27 May 2012

Memanfaatkan Blog bagi Tujuan Keuntungan

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbth. Salam sejahtera buat semua dan Selamat Menyambut Hari Belia peringkat kebangsaan. Lama sangat rasanya jari jemari ni tak menaip di blog. Entah mengapa malam ni terasa pula nak sign in dan menulis sesuatu. Baru lepas menonton Safiyya 2012 di TV9. Segmen blog yang dipaparkan pada malam ni sememangnya sangat- sangat menarik perhatian.

Bagaimana memanfaatkan aktiviti berblog bagi tujuan menjana keuntungan? Itu satu persoalan besar selepas menonton Safiyya tadi. Banyak yang membuatkan aku boleh berkira- kira untuk menjadikan aktiviti berblog sebagai punca bagi menjana pendapatan. Segmen tu memaparkan kisah seorang lelaki yang berniaga melalui blog menjual pakaian dan tudung- tudung dari era vintage di Malaysia. Mendengarkan cerita beliau, muncul idea bagi memanfaatkan kecanggihan teknologi ni sebagai satu punca duit. 

Kalau sebelum ni, baju- baju lama zaman kami adik- beradik masih kecil hanya diberi pada orang, apa kata pada masa akan datang, saya menjual koleksi tersebut sebagai satu punca menjana pendapatan? Sebelum ni ada menjengah satu blog yang menjual pakaian anak- anaknya semasa kecil, trolley bayi, dan macam- macam lagi. Semuanya ada di sekeliling kita. Dari dibiarkan tak berguna, terperap dalam almari, bukankah lebih baik dijual dan boleh dia dimanfaatkan oleh orang lain pula. 

Yes, idea tu memang boleh pakai. Aku akan mula menggerakkan usaha mencari barang- barang lama untuk dimanfaatnkan sebagai peluang menjana pendapatan. InsyaAllah, saya akan berusaha menggerakkan secepat mungkin. Member saya masa di PSIS dulu dah berjaya jadi usahawan internet, saya bila lagi?

P/S: Berfikir- fikir menjadi bijak seperti orang lain juga.

14 April 2012

60 Minit bersama Ustaz Don @ TV Al- Hijrah

Ustaz Don & Opick


Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Seperti entri yang sebelumnya, ada diberitahu akan diadakan Karnival Cinta Masjid anjuran TV Al- Hijrah di Masjid Al- Azim, Pandan Indah KL. Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah swt juga untuk berkunjung ke karnival yang diadakan secara sederhana ini. Amin- amin. Sempatlah bergerak ke masjid dengan emak, kakak dan abang ipar selepas selesai menunaikan solat Zuhur di rumah.

Sesampainya di masjid, hati rasa sangat teruju kerana masjid Al- Azim ni dah lama tak bersolat di sini. Kali terakhir menjejakkan kaki di sini ialah pada tahun 2008 ketika menjalani latihan industri diploma dulu di d-D- Nexus Holidays Sdn Bhd di Pandan Indah. Syukur masih Allah beri kesempatan ini. Sebaik masuk ke pinggir masjid, keadaan cukup riuh dengan orang yang semakin ramai. Masing- masing teruju nak melihat ustaz kesayangan ramai, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Setiap yang hadir menanti dengan penuh kesabaran dan keterujaan. Ruangan muslimat untuk set rakaman 60 Minit Bersama Ustaz Don telah penuh. Manakala ruangan lelaki masih lagi bak padang.

Sedang aku masih menanti di kaki masjid, sempat sebentar mengemaskini status Facebook melalui telefon. Bila toleh ke belakang sekejap, Subahanallah, Ustaz Don lalu di belakang saya. Tak sempat nak tegur. Laju sangat. Oh, rupanya ustaz nak kejar solat Zuhur rupanya. Ustaz Don sempat masuk saf bersama beberapa orang Muslimin yang sedang berjemaah. Alhamdulillah, dapat lihat ustaz solat pun dah cukup menenangkan keterujaan hati ni. Sejuk melihat ustaz solat dengan tertib dan tamakninahnya berbaju jubah putih berserban. Beberapa minit selapas selesai solat, ustaz pun ke bilik persolekan untuk bersalin pakaian. Yalah, nak buat rakaman katakan.

Hadirin semakin ramai,. Subahanallah, hebatnya umat Islam. Bila kita berkumpul di rumah Allah, nampak sangat kekuatan kita sebagai satu ummah Islam yang hebat di negara kita Malaysia ni. Selepas lama menanti, akhirnya bermulalah rakaman 3 slot 60 Minit Bersama Ustaz Don dengan tajuk Isra' dan Mi'raj. Masa berlalu terlalu singkat. Asyik dengan ceramah ustaz yang bersahaja dan diselangseli dengan bacaan ayat al- Quran yang lunak, semakin leka dibuai bicara ustaz.

Sampai slot ketiga ialah sesi soal jawab. Ada 3 orang diberikan peluang bertanya soalan, namun ada beberapa soalan yang jelas didapati tidak berkaitan dengan tajuk, menyebabkan ceramah tajuk hari ini terasa tergantung. Seolah tiada pengakhiran dek kerana soalan merapu dan angkat bakul beberapa hadirin. Sudah tajuknya Isra' dan Mi'raj, kenapa perlu ada persoalan tentang mimpi si penanya tu? Seolah individu tersebut nak berbangga, kononya beliau bermimpi yang hebat- hebat. Puas hati saya bila ustaz memberikan jawapan yang pada saya amat mengecewakan si penanya tersebut. Padanlah muka anta, ustaz tidak mahu memberikan jawapan. Kan lebih baik jika soalan itu ditanyakan secara individu kepada mana- mana ustaz dan dapatkan tafsirannya sendiri. Ustaz Don ialah da'i atau pendakwah, bukannya penafsir mimpi.

Sekianlah sekitar rakaman 60 Minit Bersama Ustaz Don di TV Al- Hijrah. Sekian, wassalam.

Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah - Masjid Al- Azim Pandan Indah


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbth. Hari ni hari Sabtu, hari cuti dan rehat- rehat bagi kebanyakan kita. Apa kata, kepada yang sedang bercuti tu, daripada buang masa di rumah atau melepak tak tentu arah, jom kita ke Program Cinta Masjid TV Al- Hijrah di Masjid Al- Azim, Pandah Indah, KL. Pelbagai acara menarik disediakan. Untuk senarai tentaif, bolehlah rujuk di bawah. Apa lagi, moh ke masjid weh. Bye, wassalam...


Tentatif Program 

60 Minit bersama Ustaz Don

Opick pun ada

# Semua imej adalah dikredit ke TV Al- Hijrah @ Facebook

18 March 2012

Pengesahan Lantikan dan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)

Assalamualaikum wbth dan Salam sejahtera buat semua. Lama benar dah tak update since last photo update kenangan masa dulu- dulu kat Sunway Lagoon dengan kawan- kawan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ini ada sedikit kekuatan nak menaip. Syukur Alhamdulillah.

Dalam banyak kekalutan dalam hidup, dari proses dapat ditukarkan semula dari JPN Sg. Siput (U), Perak kembali ke Putrajaya, hinggalah ke perkara karut- marut dan khurafat yang dilakukan manusia- manusia tertentu ke atas keluarga kami. Namun Alhamdulillah, Allah permudahkan juga urusan hambaNya ini. Dari duduk berjauhan, syukur kini akan kembali berkhidmat di rantau sendiri. Biarpun di sini hiruk pikuk kotanya amatlah Maha Dahsyat, tapi itulah yang paling menjadi kesukaanku sebagai anak kota.

Alhamdulillah wa syukrulillah, banyak perkara yang berlaku belakangan ini. Bermulah dari mendapat surat pertukaran diluluskan dari Ibu Pejabat JPN Putrajaya, hinggalah ke status pengesahan dalam perkhidmatan (PDP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di bawah ni ada screenshot yang diambil dari Menu Semakan Status Urusan Perkhidmatan di laman web SPA. 

Paparan skrin pada minggu pertama Mac

Paparan skrin terkini


Semuanya Alhamdulillah dan syukur banyak- banyak. Sebenarnya untuk mencapai ketahap ini, ada banyak step yang perlu ditempuhi. Bermulalah dari tarikh lantikan pertama dalam perkhidmatan, lulus peperiksaan Jabatan, peperiksaan Perkhidmatan Awam, menghadiri kursus induksi serta telah setahun usia minimum perkhidmatan,

Bagi tujuan pengesahan pelantikan , terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti seperti dibawah:

  • Menandatangani surat setuju terima pelantikan (6A)
  • Menandatangani Surat akuan sumpah (6B)
  • Menandatangani Surat aku janji
  • Mendapat surat akuan doktor
  • Penyata perubahan (kewangan 8) dan,
  • Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.


Bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan pula, terdapat beberapa perkara yang perlu disempurnakan sebelum seseorang penjawat awam disahkan dalam perkhidmatan (PDP. Perkara tersebut termasuklah,
  • berjaya menjalani tempoh percubaan 1-3 tahun (minumun tempoh adalah setahun dari tarikh lantikan)
  • hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus (kursus paling penting bagi penjawat awam)
  • lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (ini termasuk peperiksaan Subjek utama Jabatan, ujian kederasan menaip 18psm serta peperiksaan Kumpulan Gred Sokongan termasuk silibus Perintah Am, PKPA serta lain- lain silibus dan,
  • mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan. 


Selepas semua perkara ini sempurna, pihak Bahagian Sumber Manusia akan mengahntar kepada Suruhanjaya dokumen seperti di bawah bagi tujuan tersebut.
  • Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176) ; 
  • Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Jadual Kelima P.U. (A) 176);
  • Kenyataan Perkhidmatan kemaskini dengan catatan;
  1. hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus
  2. keputusan peperiksaan yang disyaratkan
  3. pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan) dan
  4. keputusan tatatertib (jika berkenaan)


Okaylah, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun kadang- kadang terdapat sedikit kelewatan. Syukur sangat kerana Allah telah memakbulkan doa saya dalam banyak perkara. Kepada rakan yang masih belum selesai urusan atau diperkenankan pertukaran, bersabarlah dan berdoalah pada yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap keluh kesah dan masalah hambaNya. Kepada semua yang sentiasa mendokan yang terbaik buat saya, terima kasih dan jazakallahukhairan kathira'. Amin.

# Semua maklmumat adalah dari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Malaysia.

20 January 2012

Kenangan di Sunway Lagoon Theme Park

Assalamaualaikum wbth. Sedang belek- belek laptop ni, terbuka pula fail yang simpang gambar lama ni. Gambar ni aku copy dari Facebook Zaid Bin Ideris. Kawan yang paling rapat masa kat sekolah menengah dulu. Bukan sebab apa, sebab dia pandai dan aku suka meniru dia terutamnya kerja- kerja latihan Matematik Tambahan. Pelajar malas la katakan.










Gambar ni kami ambil sewaktu di Taman Tema Sunway Lagoon beberapa hari selepas peperiksaan SPM kot. Tak pasti sangat la. Tapi yang aku ingat, masa tu zaman kamera kodak lagi (eh! silap kamera filem negatif la). Seronok juga pergi sendiri dengan kawan- kawan sejauh macam tu. Tambah pula tanpa kehadiran keluarga. Enjoy sangat masa ni. Rindulah saat- saat macam ni.

Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia


Assalamualaikum wbth dan salam takziah buat keluarga Allahyarham Izwan Pilus, atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus, 32. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6.20 petang hari ini (Jumaat 19 Januari 2012) di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. 

Mengikut adik Allahyarham, Ariel AF (Azam), Izwan disahkan meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru. Tambahnya lagi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka. Allahyarham yang dilahirkan pada 24 November 1979 amat popular suatu ketika dulu dengan lagu Ramai Kembali Senyum.

Pemergian mengejut beliau yang juga kerap menjadi pengacara program- program TV di RTM memeranjatkan rakan artis, media serta peminatnya. Sebagai seorang saudara seislam, marilah kita sama- sama menyedekahkan Al- Fatihah serta mendoakan Allahyarham semoga ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. InsyaAllah.

Sumber: Facebook Izwan Pilus

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR