18 March 2012

Pengesahan Lantikan dan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)

Assalamualaikum wbth dan Salam sejahtera buat semua. Lama benar dah tak update since last photo update kenangan masa dulu- dulu kat Sunway Lagoon dengan kawan- kawan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ini ada sedikit kekuatan nak menaip. Syukur Alhamdulillah.

Dalam banyak kekalutan dalam hidup, dari proses dapat ditukarkan semula dari JPN Sg. Siput (U), Perak kembali ke Putrajaya, hinggalah ke perkara karut- marut dan khurafat yang dilakukan manusia- manusia tertentu ke atas keluarga kami. Namun Alhamdulillah, Allah permudahkan juga urusan hambaNya ini. Dari duduk berjauhan, syukur kini akan kembali berkhidmat di rantau sendiri. Biarpun di sini hiruk pikuk kotanya amatlah Maha Dahsyat, tapi itulah yang paling menjadi kesukaanku sebagai anak kota.

Alhamdulillah wa syukrulillah, banyak perkara yang berlaku belakangan ini. Bermulah dari mendapat surat pertukaran diluluskan dari Ibu Pejabat JPN Putrajaya, hinggalah ke status pengesahan dalam perkhidmatan (PDP) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di bawah ni ada screenshot yang diambil dari Menu Semakan Status Urusan Perkhidmatan di laman web SPA. 

Paparan skrin pada minggu pertama Mac

Paparan skrin terkini


Semuanya Alhamdulillah dan syukur banyak- banyak. Sebenarnya untuk mencapai ketahap ini, ada banyak step yang perlu ditempuhi. Bermulalah dari tarikh lantikan pertama dalam perkhidmatan, lulus peperiksaan Jabatan, peperiksaan Perkhidmatan Awam, menghadiri kursus induksi serta telah setahun usia minimum perkhidmatan,

Bagi tujuan pengesahan pelantikan , terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti seperti dibawah:

  • Menandatangani surat setuju terima pelantikan (6A)
  • Menandatangani Surat akuan sumpah (6B)
  • Menandatangani Surat aku janji
  • Mendapat surat akuan doktor
  • Penyata perubahan (kewangan 8) dan,
  • Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.


Bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan pula, terdapat beberapa perkara yang perlu disempurnakan sebelum seseorang penjawat awam disahkan dalam perkhidmatan (PDP. Perkara tersebut termasuklah,
  • berjaya menjalani tempoh percubaan 1-3 tahun (minumun tempoh adalah setahun dari tarikh lantikan)
  • hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus (kursus paling penting bagi penjawat awam)
  • lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (ini termasuk peperiksaan Subjek utama Jabatan, ujian kederasan menaip 18psm serta peperiksaan Kumpulan Gred Sokongan termasuk silibus Perintah Am, PKPA serta lain- lain silibus dan,
  • mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan. 


Selepas semua perkara ini sempurna, pihak Bahagian Sumber Manusia akan mengahntar kepada Suruhanjaya dokumen seperti di bawah bagi tujuan tersebut.
  • Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176) ; 
  • Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Jadual Kelima P.U. (A) 176);
  • Kenyataan Perkhidmatan kemaskini dengan catatan;
  1. hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus
  2. keputusan peperiksaan yang disyaratkan
  3. pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan) dan
  4. keputusan tatatertib (jika berkenaan)


Okaylah, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun kadang- kadang terdapat sedikit kelewatan. Syukur sangat kerana Allah telah memakbulkan doa saya dalam banyak perkara. Kepada rakan yang masih belum selesai urusan atau diperkenankan pertukaran, bersabarlah dan berdoalah pada yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap keluh kesah dan masalah hambaNya. Kepada semua yang sentiasa mendokan yang terbaik buat saya, terima kasih dan jazakallahukhairan kathira'. Amin.

# Semua maklmumat adalah dari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Malaysia.

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR