14 April 2012

60 Minit bersama Ustaz Don @ TV Al- Hijrah

Ustaz Don & Opick


Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera. Seperti entri yang sebelumnya, ada diberitahu akan diadakan Karnival Cinta Masjid anjuran TV Al- Hijrah di Masjid Al- Azim, Pandan Indah KL. Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah swt juga untuk berkunjung ke karnival yang diadakan secara sederhana ini. Amin- amin. Sempatlah bergerak ke masjid dengan emak, kakak dan abang ipar selepas selesai menunaikan solat Zuhur di rumah.

Sesampainya di masjid, hati rasa sangat teruju kerana masjid Al- Azim ni dah lama tak bersolat di sini. Kali terakhir menjejakkan kaki di sini ialah pada tahun 2008 ketika menjalani latihan industri diploma dulu di d-D- Nexus Holidays Sdn Bhd di Pandan Indah. Syukur masih Allah beri kesempatan ini. Sebaik masuk ke pinggir masjid, keadaan cukup riuh dengan orang yang semakin ramai. Masing- masing teruju nak melihat ustaz kesayangan ramai, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Setiap yang hadir menanti dengan penuh kesabaran dan keterujaan. Ruangan muslimat untuk set rakaman 60 Minit Bersama Ustaz Don telah penuh. Manakala ruangan lelaki masih lagi bak padang.

Sedang aku masih menanti di kaki masjid, sempat sebentar mengemaskini status Facebook melalui telefon. Bila toleh ke belakang sekejap, Subahanallah, Ustaz Don lalu di belakang saya. Tak sempat nak tegur. Laju sangat. Oh, rupanya ustaz nak kejar solat Zuhur rupanya. Ustaz Don sempat masuk saf bersama beberapa orang Muslimin yang sedang berjemaah. Alhamdulillah, dapat lihat ustaz solat pun dah cukup menenangkan keterujaan hati ni. Sejuk melihat ustaz solat dengan tertib dan tamakninahnya berbaju jubah putih berserban. Beberapa minit selapas selesai solat, ustaz pun ke bilik persolekan untuk bersalin pakaian. Yalah, nak buat rakaman katakan.

Hadirin semakin ramai,. Subahanallah, hebatnya umat Islam. Bila kita berkumpul di rumah Allah, nampak sangat kekuatan kita sebagai satu ummah Islam yang hebat di negara kita Malaysia ni. Selepas lama menanti, akhirnya bermulalah rakaman 3 slot 60 Minit Bersama Ustaz Don dengan tajuk Isra' dan Mi'raj. Masa berlalu terlalu singkat. Asyik dengan ceramah ustaz yang bersahaja dan diselangseli dengan bacaan ayat al- Quran yang lunak, semakin leka dibuai bicara ustaz.

Sampai slot ketiga ialah sesi soal jawab. Ada 3 orang diberikan peluang bertanya soalan, namun ada beberapa soalan yang jelas didapati tidak berkaitan dengan tajuk, menyebabkan ceramah tajuk hari ini terasa tergantung. Seolah tiada pengakhiran dek kerana soalan merapu dan angkat bakul beberapa hadirin. Sudah tajuknya Isra' dan Mi'raj, kenapa perlu ada persoalan tentang mimpi si penanya tu? Seolah individu tersebut nak berbangga, kononya beliau bermimpi yang hebat- hebat. Puas hati saya bila ustaz memberikan jawapan yang pada saya amat mengecewakan si penanya tersebut. Padanlah muka anta, ustaz tidak mahu memberikan jawapan. Kan lebih baik jika soalan itu ditanyakan secara individu kepada mana- mana ustaz dan dapatkan tafsirannya sendiri. Ustaz Don ialah da'i atau pendakwah, bukannya penafsir mimpi.

Sekianlah sekitar rakaman 60 Minit Bersama Ustaz Don di TV Al- Hijrah. Sekian, wassalam.

Program Cinta Masjid TV Al-Hijrah - Masjid Al- Azim Pandan Indah


Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbth. Hari ni hari Sabtu, hari cuti dan rehat- rehat bagi kebanyakan kita. Apa kata, kepada yang sedang bercuti tu, daripada buang masa di rumah atau melepak tak tentu arah, jom kita ke Program Cinta Masjid TV Al- Hijrah di Masjid Al- Azim, Pandah Indah, KL. Pelbagai acara menarik disediakan. Untuk senarai tentaif, bolehlah rujuk di bawah. Apa lagi, moh ke masjid weh. Bye, wassalam...


Tentatif Program 

60 Minit bersama Ustaz Don

Opick pun ada

# Semua imej adalah dikredit ke TV Al- Hijrah @ Facebook

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR