08 July 2012

Ujian Allah Tanda Dia Sayang pada Kita

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum wbth. Salam buat semua. Hari- hari belakangan ini terasa terlalu perit untuk ditelan. Dari satu hal ke satu hal menyebabkan kadang diri ini rasa terlalu tertekan. Emosi dan perasaan bercampur baur. Antara mahu dipendam atau diluahkan, semuanya tidak boleh. Maka tekanan yang dirasa makin hari makin dalam.

Namun Allah kuatkan hati. Teringat bait- bait lagu kumpulan nasyid Devotees seperti yang memetik dalam kalam Allah, al- Quran. "Tuhan, usah bebankan kami, dengan bebanan yang berat, seperti yang telah kau berikan, kepada umat yang terdahulu dari kami. Tuhan, usah pikulkan kami, yang tidak kami berdaya. Maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa kami, rahmatilah kami". Bila terfikir- fikir semula, adakah Allah tidak tahu takat beban yang mampu ditanggung hambaNya?

Jawapannya, tidak. Allah maha tahu akan segala yang diciptakan baik di langit mahupun di bumi. Dia maha Mengetahui lagi maha Menentukan. Oleh kerana Allah tahulah, maka Dia bebankan aku dengan apa yang sedang ditanggung sekarang. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya takat yang hambaNya tidak mampu memikul. Maka, bersangka baiklah dengan Allah. Apa yang diberi, telah dulu Dia nilaikan kemampuan hambaNya.

Demi Allah, aku redha dengan setiap yang berlaku. Hari demi hari aku mula belajar erti kehilangan, erti ketiadaan dan erti kerinduan. Kenapa Allah ujikan ini semua? Hanya Dia yang maha Tahu. Dia hilangkan nikmat kasih sayang itu punya sebab. Jangan tanya Allah sekarang, kerana nanti Dia akan berikan jawapan. Dia jarakkan kasih ibu dan anak? Kenapa? Kerana dia tahu kehilangan pasti datang. Kalau kehilangan itu pada saat masih akrab, pasti impaknya akan maha Dahsyat. Maka Dia tahu takat mampu hambaNya, maka diujinya sedemikian rupa. 

Allah, Kau Tuhan yang maha Pembolak- balikkan hati, tetapkan hati, lisan dan perbuatan dengan Iman, Islam dan Ihsan. Jangan kau balikkan aku dengan sesuatu yang menyekutukan Kau. Sungguhnya aku amat lemah. Ampunkan aku ya Allah.

# Ingat setiap yang baik Allah berikan pada kita, pasti ada juga sebaliknya. Jadi kalau kita redha kebaikan Allah beri, redhalah juga balik sebaliknya yang di kurniakan. Aamiin... 

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR