12 February 2013

Ajaran Sesat di Malaysia


Ancaman terbesar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dalam kalangan umat Islam yang terus berjalan dari semasa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat.

Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Timbulnya ajaran-ajaran sesat dalam kalangan masyarakat Islam di  Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah di dalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:

  • Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.
  • Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.
  • Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.

Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul, Kitab, Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat. Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan.Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya di negara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisme serta daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam. 

Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan “Tarikat Nurul Zaman” ke atas Balai Polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis, 16hb Oktober 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam . Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.

P/S: Sambungan nota ini boleh didapati pada pautan 4shared di bawah:

No comments:

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR