12 February 2013

Temuduga Oh Temuduga!!!


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah swt Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dipanjatkan setinggi- tinggi syukur padaNya kerana tanpa limpah dan kurnianya, masakan dapat aku masih menaip coretan aksara demi aksara. Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan yang sangat bermakna. Tak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2013 dan juga Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Chai.

Baru- baru ini terbaca satu iklan di portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkaitan dengan temuduga jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP27. Rasa hati aku tiba- tiba melonjak tak terkira memikirkan kalau ada rezeki beralih ke jawatan tersebut. Indahnya kalau dipanggil untuk temuduga. Cukup memuaskan hati aku.  Maklumlah, aku pun dah melepasi Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hari tu. Dengan sekali “exam” sahaja, nasib memihak padaku. Sejak lulus waktu itu, angan- angan sudah tinggi ke langit.

Lalu jari- jemariku pun rajin ke Facebook SPA. Ternyata iklan yang sama turut dimuatkan sama. Kulihat banyak juga komen yang berturut di “post” iklan tersebut. Antara komen yang paling kerap tercoret, “alah, sekadar iklan jer. Yang sebenarnya dah ada calon pun...”, tak pun “aku dah bertahun minta SPA ni, tapi langsung tak pernah dipanggil”, tak kurang juga yang secara melulu, “kalau tak ada kabel, jangan haraplah nak dapat”.

Terdetak kecewa aku membaca komen negatif sebegitu. Benarkah SPA mengamalkan pengambilan sebegitu? Ish, kusanggah apa yang ada dalam fikiranku. Sekarangkan sudah ada Government Transformation Programme (GTP), maka adakah lagi pengambilan yang tidak telus seperti dakwaan itu lagi? SPA sendiri memberikan jaminan bahawa mereka akan melakukan proses pemilihan dan pengambilan secara telus dan tanpa mengira latar belakang, kaum mahupun agama. Maka yakinlah kita bahawa itu janji pihak SPA.

Apa yang paling penting ialah untuk menempatkan diri kita supaya terpilih untuk dipanggil dalam sesi temuduga. Hal demikian kerana, apabila kita telah dipanggil temuduga, keputusan akhir terletak pada bagaimana kita mempersembahkan diri kita pada sesi temuduga tersebut. Dipanggil temuduga ialah satu- satunya peluang kita meyakinkan para panel penemuduga bahawa kita berkelayakan. Yang sangat penting, yakin diri dan wibawa. Itulah puncak segalanya dalam satu sesi temuduga. Bila di tahap ini, bermakna sebelah kaki kita telah berada di sektor kerajaan.

Banyak rasanya coretan yang nak dikongsikan, tapi ini sahaja buat masa sekarang. InsyaAllah, ada masa akan “update” lagi blog yang tak seberapa ni.




P/S: Berdoa dengan penuh harapan dipanggil temuduga KP27.

No comments:

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR