15 June 2013

Penolong Pegawai Pendaftaran KP27

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbth. Lama sudah rasanya tak update blog yang tercinta ni. Alhamdulillah, ramai pengunjung yang mendapat manfaat dari penulisan saya di blog terutamanya bagi mereka yang bakal menhadiri temuduga. Post tips temuduga mendapat hits yang tinggi dalam blog saya. Alhamdulillah. Ada juga komentar yang melahirkan rasa syukur dipertemukan Aku & Hidupku kerana membantu mereka sebelum menghadiri temuduga.


Surat panggilan yang paling ditunggu- tunggu


Syukur Alhamdulillah, selepas lama menanti, akhirnya hajat saya untuk dipanggil ke temuduga jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP27 dimakbulkan Allah swt. Sudah lama memohon sejak mula- mula tamat belajar, akhirnya rezeki dipanggil temuduga tiba pada tahun ini. Semuanya selepas saya berjaya lulus peperiksaan kenaikan pangkat (KPSL) yang dianjurkan Jabatan pada tahun lepas. Kalau dilihatkan statistik, kami calon- calon KPSL terpaksa bersaing dengan ramai calon "fresh" dan calon simpanan. Semoga dipermudahkan.


Statistik dari laman web SPA


Nak diceritkan pengalaman, rasanya tidak layak kerana masih belum pernah merasai. Ini lah yang dipanggil kali pertama. Namun akan dikuatkan semangat juga untuk menempuhinya. Panel saya kali ini dipengerusikan oleh seseorang yang berbangsa Cina. Dan pada ekspektasi saya, sudah tentulah ia akan berjalan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, cabaran yang amat saya takuti setiap kali ditemuduga. Walaupun ia bukan masalah besar bagi saya, namun kekhuatiran itu masih ada.

Rakan- rakan seperjuangan lain dari JPN KL kebanyakkannya sudah rata- rata berkhidmat lebih sekian tahu. Sedang saya masih belum pun cukup usia 3 tahun perkhidmatan, Dari JPN KL seramai 3 orang, dan dari cawangan lain adalaha satu dua. Arghhh, terkadang stres pun ada. Yalah, mereka semuanya senior. Sudah pasti berbuku pengalaman. Namun saya, masih pucuk pisang muda. Seperbualan dengan orang- orang lama dan atasan, ada yang memberika respon positif dan tak juga negatif. Yang positif dengan berkobar memberikan keyakinan, tips dan dorongan. Bagi yang negatif, berpalulah aura, "Boleh ke kau buat?,Layak ke kau yang baru setahun jagung?" dan tak kurang juga, "Interview pegawai ni susah, macam- macam dia tanya"... Aduhai...

Buat rakan- rakan yang datang ke blog saya, kalau anda pun dipanggil temuduga ni, jomlah kita kongsikan sedikit knowledge dan pengalaman, mana tahu ia bermanfaat buat kita bersama. Saya akan ditemuduga di SPA Jalan Cenderasari KL pada 21 Jun 2013 (Jumaat). Banyak research dan stadi yang perlu saya buat, namun jujur saya kata, saya langsung tiada masa. Dengan bebanan kerja yang melampau, memang sangat terasa betapa kurang bersedia untuk temuduga kali ini. Jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran KP27 memang satu impian, tapi perlu dimimpikan dengan bersandarr pada realiti.

Antara soalan- soalan yang bermain di fikiran saya adalah seperti begini:


  • Anda baru sahaja berkhidmat di jawatan PP KP17. Tak sampai pun 3 tahun. Kenapa anda rasa anda layak untuk ke jawatan KPSL ini?
  • Anda masih baru. Sekiranya anda diletakkan di cawangan sebagai Ketua Pejabat (hakikat sebenar PPP KP27 jika dicawangan), bagaimanakah anda akan mengendalikan sebuah pejabat yang seperti anda tahu, pelbagai ragam, puak, pendapat dan ego?
  • Sekiranya menerima aduan, bagaimanakah anda akan mengendalikannya?
  • Pelanggan yang hadir ke pejabat semakin ramai, namun staf seliaan anda ramai yang terpaksa MC. Apakah pelan yang boleh anda lakukan bagi menangani masalah ini?
  • "System down"? Bagaimanakah anda akan menanganinya?

Ini lah persoalan yang berlegar di ruang kepala saya. Masih tidak termasuk soalan mungkin tentang ahli kabinet, portfolio menteri, maklumat kementerian dan jabatan, isu semasa dan pelbagai lagi. Ya Allah, aku berserah padaMu. Rabbiyassir wala tuassir. Semoga semua yang bakal menghadiri temuduga ini dapat melakukan yang terbaik. Tips- tips temuduga basic jangan dilupakan. Saya pun akan belek- belek semula buku Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerjaaan (RLTKK) yang dibeli beberapa tahun lalu untuk temuduga pertama saya bagi jawatan sekarang. Buku abang Jamal ni tak dinafikan banyak membantu.

Okaylah, siapa- siapa yang rajin, jom lah komen dibawah untuk kita bertukar- tukar pendapat. Sian dari saya, salam rindu untuk semua. Wassalam.

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR