05 July 2015

Calon Simpanan SPA

Assalamualaikum wbth. Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera hendaknya. Salam Nuzul Al- Quran 2015. Semoga kita beroleh kebaikan hendaknya. Sudah lebih 2 tahun tiada apa- apa kemaskini dari blog Aku & Hidupku. Walaupun saban hari ada sahaja pelawatnya, namun ianya tidak terusik kandungan walau sedikit. Fuhhh, berabuk dah blog ni.

2 tahun bukan masa yang sekejap. Pelbagai frasa kehidupan telah aku lalui. Semuanya akan ku kenang sepanjang hayatku walau tidak ku coretkan ia di blog. Paling banyak yang tersemat di hati adalah berkaitn kerjaya ku. Selepas temuduga terakhir 2013, aku tiada temuduga lain selepas itu. Sehinggalah pada tahun lepas, 2014, aku sekali lagi di panggil temuduga jawatan yang sama, Penolong Pegawai Pendaftaran, KP27.

Alhamdulillah, aku dikategorikan sebagai "Calon Simpanan". Istilah yang digeruni tapi sekurangnya Alhamdulillah, kali ini kau berjaya menempatkan diri. Ramai orang yang berjasa buat diriku kali ini, termasuk bos baru. Mengikut SPA, Calon Simpanan kini hanya sah dalam tempoh 2 tahun dari tarikh Lembaga/ Panel bersidang mengeluarkan keputusan. Jadi, mahu tidak mahu, jika tiada apa panggilan dalam tempoh tersebut, anggaplah sudah bukan rezeki kita.

Kalau ikut statistik asal, ini yang dikeluarkan oleh SPA sebelum temuduga.


Statistik dari laman web SPA


Kekosongan hanya 25 orang, dan calon simpanan yang akan dipilih seramai 75 orang. Sengit sangat persaingan kerana calon yang dipanggil hampir 2600 orang. Apa- apa pun, syukur sebab dapat tempatkan diri sebagai "Calon Simpanan". Sekarang ni dalam laman web SPA dan boleh tengok rangking dah kalau kita calon simpanan. Tempat ke- 39 dari 100 orang! Sudah cukup lega. Cuma menanti rezeki dipanggil.



Paparan awal pada hari keputusan diumumkan



Paparan terkini di borang SPA8i


Nota kaki: Tidak terlalu berharap. Kalau ada rezeki, InsyaAllah. Amin :-)




:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR