Sunday, July 5, 2015

Calon Simpanan SPA

Assalamualaikum wbth. Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera hendaknya. Salam Nuzul Al- Quran 2015. Semoga kita beroleh kebaikan hendaknya. Sudah lebih 2 tahun tiada apa- apa kemaskini dari blog Aku & Hidupku. Walaupun saban hari ada sahaja pelawatnya, namun ianya tidak terusik kandungan walau sedikit. Fuhhh, berabuk dah blog ni.

2 tahun bukan masa yang sekejap. Pelbagai frasa kehidupan telah aku lalui. Semuanya akan ku kenang sepanjang hayatku walau tidak ku coretkan ia di blog. Paling banyak yang tersemat di hati adalah berkaitn kerjaya ku. Selepas temuduga terakhir 2013, aku tiada temuduga lain selepas itu. Sehinggalah pada tahun lepas, 2014, aku sekali lagi di panggil temuduga jawatan yang sama, Penolong Pegawai Pendaftaran, KP27.

Alhamdulillah, aku dikategorikan sebagai "Calon Simpanan". Istilah yang digeruni tapi sekurangnya Alhamdulillah, kali ini kau berjaya menempatkan diri. Ramai orang yang berjasa buat diriku kali ini, termasuk bos baru. Mengikut SPA, Calon Simpanan kini hanya sah dalam tempoh 2 tahun dari tarikh Lembaga/ Panel bersidang mengeluarkan keputusan. Jadi, mahu tidak mahu, jika tiada apa panggilan dalam tempoh tersebut, anggaplah sudah bukan rezeki kita.

Kalau ikut statistik asal, ini yang dikeluarkan oleh SPA sebelum temuduga.


Statistik dari laman web SPA


Kekosongan hanya 25 orang, dan calon simpanan yang akan dipilih seramai 75 orang. Sengit sangat persaingan kerana calon yang dipanggil hampir 2600 orang. Apa- apa pun, syukur sebab dapat tempatkan diri sebagai "Calon Simpanan". Sekarang ni dalam laman web SPA dan boleh tengok rangking dah kalau kita calon simpanan. Tempat ke- 39 dari 100 orang! Sudah cukup lega. Cuma menanti rezeki dipanggil.



Paparan awal pada hari keputusan diumumkan



Paparan terkini di borang SPA8i


Nota kaki: Tidak terlalu berharap. Kalau ada rezeki, InsyaAllah. Amin :-)




8 comments:

tiga lalat said...

insyaAllah semoga berjaya ., ;p

aleeya azam said...

salam...nk tye pe status terkini bg jawatan kp27??

Riduan Zakaria said...

@tiga lalat: Salam... InsyaAllah, semoga berjaya... Tapi saya tak berharap sangat... Mungkin umur saya masih muda dan belum matang lagi... Terima kasih atas doa... Chill!!!

@aleeya azam: Wasalam. Dengar- dengar dari sumber tak rasmi adalah rezeki yang simpanan tu... Mungkin ada pengambilan baru untuk KP27 ni dalam amsa terdekat. Kita tunggu sajalah yer. Kalau rajin, cubalah semak dengan perjawatan di JPN Putrajaya. Okay. Chill!!!

Riduan Zakaria said...

Terbaru: Seorang rakan simpanan 30/100 telah bertukar status ke lantikan tetap. Tahniah.

aleeya azam said...

Yup skrg strt simpan 30 dh pgl...sy yg 17....so tgu la turn

Unknown said...

awk dh dpanggil ke belom

Riduan Zakaria said...

Alhamdulillah, saya sudah dilantik 13 Jun 2016...

Unknown said...

assalamualaikum..bagaimana saya nak tahu saya calon simpanan yang ke berapa?

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR