Sunday, December 3, 2017

Cara penyediaan Ahmad Green Tea Pure/ Teh Hijau

Assalamualaikum wbth. Mesti ada yang tanya, cara terbaik nak minum Green Tea ni kan? Eh, sebelum tu nak bagi tau sikit, mana nak beli? Klik sini yer>>> Shopee Malaysia.

Okay, ni sedikit petikan dan web Ahamad Tea London. Dalam Bahasa Inggeris, tapi saya tolong terjemahkan sikit ye.

Pilihan terbaik!!!

Water

The quality of water used has an impact on the quality of the tea. Always use freshly drawn water or filtered water. Heat water to the recommended temperature using an electric hot water heater or a stove top kettle. 

Air
Kualiti air mentah yang digunakan memberikan kesan terhadap kualiti teh yang dihasilkan. Sentiasa gunakan air yang mengalir (tapi jangan la guna air sungai direct) atau air yang ditapis. Panaskan air ke suhu yang disyorkan menggunakan pemanas air elektrik mahupun tenggek air cerek di dapur.

Temperature
Heat fresh water to just under a boil or to a temperature between 80-87°ะก. 

Suhu pemanasan
Panas air terus di bawah suhu didih (kurang 100°C) ataupun antara 80- 87°C

Infusion Time
Once the water reaches the appropriate temperature, it should be poured immediately over the teabag.Keep the teapot covered to retain heat. Time steeping carefully and infuse for 2-3 minutes. When the tea is done steeping, immediately remove the tea and lightly stir.

Masa Terinfusi (penyerapan)
Sebaik sahaja air mencapai suhu yang sesuai, air harus dituangkan dengan segera ke atas uncang teh.Pastikan bekas ditutup sempurna untuk mengekalkan haba panas. Rendamkan dengan berhati-hati dan biarkan selama 2 hingga 3 minit. Apabila teh sempurna rendaman, keluarkan uncan teh dan kacau sebentar.

Ok, dah siap penyediaan Ahamad Green Tea ni kan? Boleh minum dah. Rasa segar je. Okaylah, nak beli kat mana tadi? Meh order sini yer. Klik je>>> Shopee Malaysia.

Saturday, December 2, 2017

Ahmad Tea London Green Tea Pure/ Teh Hijau

Assalamualaikum wbth. Adoi, dah hujung 2017 dah. Baru nak update. Tak apa lah, nak buat macam mana, sibuk dengan kekangan kerja. Ok, tak nak cerita panjang. Cuma nak promosikan Green Tea ataupun Teh Hijau. Sekarang ni masing- masing sibuk cari Green Tea ni. Sebab banyak khasiatnya.

Ni lah Teh Hijau viral tu. Yang kalau amalkan boleh kurus, InsyaAllah (tak boleh overclaim ye). Teh Hijau Viral Ahmad Green Tea, semua orang tengah cari. Kedai biasa banyak yang tiada. Kalau ada pun Jasmine Green Tea. Teh Hijau diet ni. Minum kelat- kelat, kurangkan manis. Tak pahitlah. Mula- mula je.

Nak tahu khasiatnya, bolehlah rajin- rajin tanya Encik Google. Malas lah nak Copy Paste ayat orang lain. Jadi, buat carian sendiri, lebih puas hati. Huh, penat menaip. Cuma nak promosi je. Siapa yang nak beli online sampai Ahmad Green Tea ni depan rumah, boleh beli melalui plaftorm Shopee. Klik sini ye >>> Shopee Malaysia.

Beli banyak untuk jimat caj pengeposan. Tahu masing- masing sibuk. Tak susahkan? Klik- klik, bayar tunggu di rumah. Sampai lah nanti.Beli kat mana tu? Beli kat sini jer >>> Shopee Malaysia. Kalau bekerja dan takut tiada siapa di rumah, boleh je chat kat Shopee. Boleh beli secara peribadi. Nanti ambil di 99Speedmart atau MyNews yang terdekat dengan rumah. Saya guna servis Pgeon Easy Parcel. Mudah jer...

Kalau beli di Shopee Malaysia boleh dapat coins... Coins ni dikumpul dan boleh diguna untuk rebat pada pembelian akan datang. Nak beli kat mana ni? Klik sini jer>>> Shopee Malaysia. Okaylah, sampai di sini sahaja. Beli dalam talain di Shopee sangat selamat dan terjamin. Support saya ye. Baru nak belajar berniaga. Jual apa tu? Ahmad Tea London... Green Tea Pure. Sedap. Terbaik. Klik sini yer>>> Shopee Malaysia...

Ni lah kotak Ahmad Tea Green Tea Pure. Yang ni beza sangat dengan Jasmine ye. Jasmine tu ada yang tak tahan baunya.

Ni kalau beli terus dari website dia. Tengok harga asalnya ye. Ni belum masuk pos lagi.

# Masih belajar berniaga online. Jangan kecam saya ye. Terima kasih semua.

Sunday, March 19, 2017

Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

Assalamualaikum wbth. Nak cepat ni, kejap lagi dah nak kena balik semula ke tempat bertugas, Kuala Kubu Bharu. Dalam minggu yang akan datang, khabarnya akan ada temuduga bagi jawatan yang aku pegang sekarang, iaitu Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29. 

Ramai jugalah rakan- rakan yang akan terlibat. Sama ada calon baharu (kemasukan melalui kelulusan STPM/ STAM/ Diploma) mahupun calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Calon- calon pula terdiri daripada calon baharu (belum pernah bekerja) dan juga calon sedang berkhidmat tak kiralah calon dalaman JPN mahupun calon luaran.

Ada kawan- kawan minta tips, jadi saya pun coretlah sikit- sikit harap dapat membantu. Kalau rajin, carilah post sebelum- sebelum ni kerana banyak juga tips dan pengalaman dicoretkan. Jadi kita pecahkan tips ni kepada 3 peringkat bagi memudahkan penyampaian.

Pertama: Sebelum temuduga

Biasanya calon akan diberitahu paling awal pun, sebulan sebelum temuduga. Paling busuk pun, 2 minggu sebelum temuduga. Jadi persiapkan diri anda untuk menghadiri temuduga. Anggaplah ini temuduga pertama untuk mencari kerja dan menempatkan diri dalam kerajaan. Jangan sesekali ambil mudah, kerana sikap ambil mudah membuatkan kita kurang bersedia dan tidak yakin.

Dapatkan sedikit maklumat jawatan dari internet. Atau lebih baik, pergi sendiri ke pejabat JPN untuk membuat pemerhatian. Step ini sangat baik untuk memastikan kita lebih memahami apa itu skop kerja jawatan di JPN. Jawatan kita ni jawatan tertutup, maka hanya di JPN sahajalah tempat terbaik untuk kita mendapatkan ilmu. dapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pemahaman tentang jawatan yang akan kita ditemuduga nanti.

Persiapkan juga dokumen- dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan dalam surat panggilan. Pastikan mana dokumen yang perlu dibuat salinan dan perlu disahkan sebelum kita menghadiri temuduga. Pastikan juga resume kita lengkap, dengan gambar terkini yang berwarna. JANGAN sesekali gunakan gambar yang dicetak dari komputer, tak kiralah hitam putih mahu berwarna. Berkorbanlah sedikit ringgit untuk ambil gambar di kedai gambar. Ingat, kita nak hadiri temuduga kerja, bukan belajar. Selain itu, apalah salahnya jika kita cetak resume kita atas kertas keras (hard paper) dan bukannya kertas A4 biasa. Sebab, kertas yang lembik akan membuatkan resume kita nampak buruk dan tidak kemas. Sediakan 2 salinan (kalau boleh), dan (kalau boleh) dalam 2 bahasa. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Memang kerja kerajaan BM lebih penting, tapi kadang- kadang, kita mungkin akan diuji sesuatu dalam BI (terutamanya kalau BI kita dalam result SPM, diploma top score). Hehehehe...

Bagi calon yang sedang berkhidmat, jangan lupa dapatkan surat pengesahan Ketua Jabatan. Apa yang perlu ada? Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terkebelakang, salinan buku Perkhidmatan dan juga surat sokongan Ketua Jabatan. Surat sokongan ini penting bagi menunjukkan Jabatan amat menghargai kita melalui pujian dan sokongan terhadap prestasi kerja kita. InsyaAllah, kalau kita jujur dan ikhlas bekerja, semuanya akan baik- baik.

Apa lagi ya? Okay ada juga lagi tips yang nak bagi. Persiapakan pakaian apa yang kita nak pakai pada hari temuduga nanti. Sebaiknya, sediakanlah pakaian yang baru (kalau mampu) dan terbaik yang pernah kita pakai. Bagi lelaki, baju yang terbaik adalah baju kemeja lengan panjang, dan bertali leher. Pastikan warna baju berwarna cerah (putih lebih baik) dan bercorak plain. Jangan sesekali pakai baju kotak- kotak atau jalur- jalur. Bunga- bunga apatah lagi. Ia akan menyebabkan kita nampak tak formal. Seluar pula biarlah slack hitam (bukan khakis), bertali pinggang (kepala biasa), dan berkasut hitam dan formal. Biarlah hari itu anda menjadi sesorang yang lain walaupun hakikatnya anda memang selekeh dan bukan begitu. Selain itu, kemaskan rambut (biarkan pendek), misai, kumis dan janggut dikemaskan. Jambang- jambang tak maulah. Untuk temuduga ni je. Please be gorgeous dan kacak, okay!

Bagi wanita pula, tak pandai nak komen. Tapi apa yang saya rasakan, cukup sekadar berbaju kurung moden atau biasa. Sudah cukup kemas. Warna pula biarkah terang dan idak terlalu banyak warna (plain lebih baik). Elakkan pakai baju bercorak serabut dengan terlalu berbunga- bunga. Aksesori pula cukup 3 aksesori sahaja. Tudung yang terbaik pula adalah tudung bawal yang dipin. Bukan tudung instant tau. Tudung pin juga tidak perlu berbelit- belit kerana ia akan nampak kusut dan tidak formal. Bagi wanita, jaket atau coat adalah tidak sesuai digayakan dengan baju kurung. Jangan nak merepek. Kasut pula, biarkan bertutup dan bertapak rata. Biar nampak macam makcik- makcik, asalkan kita dapat resent diri kita sebaiknya.

Okay, cukup takat tu, nanti sambung lagi. Nak balik KKB dah ni.... Selamat jalan semua... Wasalam.

Saturday, March 4, 2017

Rindu berbisik- bisik untuk kembali berblog

Assalamaulaikum wbth. Apa khabar semua? Lama sangat rasanya tak post apa- apa kat blog ni. Dah bersarang labah- labah dah... Dah bersawang jugalah jawabnya. Maaf buat yang komen di post tapi tak dibalas. Bukan sombong, tapi sangat- sangat sibu sekarang.

Buat yang nak mendapatkan info dan tips- tips temuduga, masih boleh berhubung. InsyaAllah, apa yang termampu akan saya bantu. Sekarang sudah psoting di Kuala Kubu Bharu. Tapi, hujung minggu masih di Ampang. Tempat dibesarkan manakan boleh dilupakan macam tu sahaja. Emosi sekarang pun masih tak berapa stabil. Selagi tak dapat tukar ke KL, selagi itulah meroyan sikit di tempat orang.

Alhamdulillah, minggu lepas dah dapat surat Pengesahan Pelantikan dari SPA bagi jawatan sekarang, KP27. Sekarang menunggu 13 Jun untuk proses Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP). Semuanya dah dilalui dengan sekali lulus sahaja. Peperiksaan Undang- Undang Kerajaan (Kertas A dan B) (JPA), Peperiksaan Jabatan Gred KP27 dan juga Program Transformasi Minda (PTM). Cuma, PTM ni tak terlibat pun secara programnya, cuma dapat Pengecualian PTM dari Jabatan. 

Semuanya dipermudahkan. Nanti saya akan kongsikan sikit demi sikit proses peperiksaan dan juga cara- cara nak memohon pengecualian PTM (bagi yang pernah berkhidmat dengan kerajaan sahaja). Doakan saya punya kesempatan. Apa yang baik eloklah kita kongsikan. Tapi kadang- kadang saya lebih suka bercerita lisan berbanding dengan menaip di laman maya. Namun, saya akan cuba yang terbaik. 

Sampai bertemu maya lagi di post yang lain. Assalamualaikum wbth...

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR