04 March 2017

Rindu berbisik- bisik untuk kembali berblog

Assalamaulaikum wbth. Apa khabar semua? Lama sangat rasanya tak post apa- apa kat blog ni. Dah bersarang labah- labah dah... Dah bersawang jugalah jawabnya. Maaf buat yang komen di post tapi tak dibalas. Bukan sombong, tapi sangat- sangat sibu sekarang.

Buat yang nak mendapatkan info dan tips- tips temuduga, masih boleh berhubung. InsyaAllah, apa yang termampu akan saya bantu. Sekarang sudah psoting di Kuala Kubu Bharu. Tapi, hujung minggu masih di Ampang. Tempat dibesarkan manakan boleh dilupakan macam tu sahaja. Emosi sekarang pun masih tak berapa stabil. Selagi tak dapat tukar ke KL, selagi itulah meroyan sikit di tempat orang.

Alhamdulillah, minggu lepas dah dapat surat Pengesahan Pelantikan dari SPA bagi jawatan sekarang, KP27. Sekarang menunggu 13 Jun untuk proses Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP). Semuanya dah dilalui dengan sekali lulus sahaja. Peperiksaan Undang- Undang Kerajaan (Kertas A dan B) (JPA), Peperiksaan Jabatan Gred KP27 dan juga Program Transformasi Minda (PTM). Cuma, PTM ni tak terlibat pun secara programnya, cuma dapat Pengecualian PTM dari Jabatan. 

Semuanya dipermudahkan. Nanti saya akan kongsikan sikit demi sikit proses peperiksaan dan juga cara- cara nak memohon pengecualian PTM (bagi yang pernah berkhidmat dengan kerajaan sahaja). Doakan saya punya kesempatan. Apa yang baik eloklah kita kongsikan. Tapi kadang- kadang saya lebih suka bercerita lisan berbanding dengan menaip di laman maya. Namun, saya akan cuba yang terbaik. 

Sampai bertemu maya lagi di post yang lain. Assalamualaikum wbth...

No comments:

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR