19 March 2017

Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

Assalamualaikum wbth. Nak cepat ni, kejap lagi dah nak kena balik semula ke tempat bertugas, Kuala Kubu Bharu. Dalam minggu yang akan datang, khabarnya akan ada temuduga bagi jawatan yang aku pegang sekarang, iaitu Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29. 

Ramai jugalah rakan- rakan yang akan terlibat. Sama ada calon baharu (kemasukan melalui kelulusan STPM/ STAM/ Diploma) mahupun calon Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Calon- calon pula terdiri daripada calon baharu (belum pernah bekerja) dan juga calon sedang berkhidmat tak kiralah calon dalaman JPN mahupun calon luaran.

Ada kawan- kawan minta tips, jadi saya pun coretlah sikit- sikit harap dapat membantu. Kalau rajin, carilah post sebelum- sebelum ni kerana banyak juga tips dan pengalaman dicoretkan. Jadi kita pecahkan tips ni kepada 3 peringkat bagi memudahkan penyampaian.

Pertama: Sebelum temuduga

Biasanya calon akan diberitahu paling awal pun, sebulan sebelum temuduga. Paling busuk pun, 2 minggu sebelum temuduga. Jadi persiapkan diri anda untuk menghadiri temuduga. Anggaplah ini temuduga pertama untuk mencari kerja dan menempatkan diri dalam kerajaan. Jangan sesekali ambil mudah, kerana sikap ambil mudah membuatkan kita kurang bersedia dan tidak yakin.

Dapatkan sedikit maklumat jawatan dari internet. Atau lebih baik, pergi sendiri ke pejabat JPN untuk membuat pemerhatian. Step ini sangat baik untuk memastikan kita lebih memahami apa itu skop kerja jawatan di JPN. Jawatan kita ni jawatan tertutup, maka hanya di JPN sahajalah tempat terbaik untuk kita mendapatkan ilmu. dapatkan sebanyak mungkin ilmu dan pemahaman tentang jawatan yang akan kita ditemuduga nanti.

Persiapkan juga dokumen- dokumen yang diperlukan seperti yang disenaraikan dalam surat panggilan. Pastikan mana dokumen yang perlu dibuat salinan dan perlu disahkan sebelum kita menghadiri temuduga. Pastikan juga resume kita lengkap, dengan gambar terkini yang berwarna. JANGAN sesekali gunakan gambar yang dicetak dari komputer, tak kiralah hitam putih mahu berwarna. Berkorbanlah sedikit ringgit untuk ambil gambar di kedai gambar. Ingat, kita nak hadiri temuduga kerja, bukan belajar. Selain itu, apalah salahnya jika kita cetak resume kita atas kertas keras (hard paper) dan bukannya kertas A4 biasa. Sebab, kertas yang lembik akan membuatkan resume kita nampak buruk dan tidak kemas. Sediakan 2 salinan (kalau boleh), dan (kalau boleh) dalam 2 bahasa. Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Memang kerja kerajaan BM lebih penting, tapi kadang- kadang, kita mungkin akan diuji sesuatu dalam BI (terutamanya kalau BI kita dalam result SPM, diploma top score). Hehehehe...

Bagi calon yang sedang berkhidmat, jangan lupa dapatkan surat pengesahan Ketua Jabatan. Apa yang perlu ada? Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 3 tahun terkebelakang, salinan buku Perkhidmatan dan juga surat sokongan Ketua Jabatan. Surat sokongan ini penting bagi menunjukkan Jabatan amat menghargai kita melalui pujian dan sokongan terhadap prestasi kerja kita. InsyaAllah, kalau kita jujur dan ikhlas bekerja, semuanya akan baik- baik.

Apa lagi ya? Okay ada juga lagi tips yang nak bagi. Persiapakan pakaian apa yang kita nak pakai pada hari temuduga nanti. Sebaiknya, sediakanlah pakaian yang baru (kalau mampu) dan terbaik yang pernah kita pakai. Bagi lelaki, baju yang terbaik adalah baju kemeja lengan panjang, dan bertali leher. Pastikan warna baju berwarna cerah (putih lebih baik) dan bercorak plain. Jangan sesekali pakai baju kotak- kotak atau jalur- jalur. Bunga- bunga apatah lagi. Ia akan menyebabkan kita nampak tak formal. Seluar pula biarlah slack hitam (bukan khakis), bertali pinggang (kepala biasa), dan berkasut hitam dan formal. Biarlah hari itu anda menjadi sesorang yang lain walaupun hakikatnya anda memang selekeh dan bukan begitu. Selain itu, kemaskan rambut (biarkan pendek), misai, kumis dan janggut dikemaskan. Jambang- jambang tak maulah. Untuk temuduga ni je. Please be gorgeous dan kacak, okay!

Bagi wanita pula, tak pandai nak komen. Tapi apa yang saya rasakan, cukup sekadar berbaju kurung moden atau biasa. Sudah cukup kemas. Warna pula biarkah terang dan idak terlalu banyak warna (plain lebih baik). Elakkan pakai baju bercorak serabut dengan terlalu berbunga- bunga. Aksesori pula cukup 3 aksesori sahaja. Tudung yang terbaik pula adalah tudung bawal yang dipin. Bukan tudung instant tau. Tudung pin juga tidak perlu berbelit- belit kerana ia akan nampak kusut dan tidak formal. Bagi wanita, jaket atau coat adalah tidak sesuai digayakan dengan baju kurung. Jangan nak merepek. Kasut pula, biarkan bertutup dan bertapak rata. Biar nampak macam makcik- makcik, asalkan kita dapat resent diri kita sebaiknya.

Okay, cukup takat tu, nanti sambung lagi. Nak balik KKB dah ni.... Selamat jalan semua... Wasalam.

1 comment:

PuTrA E-ZoL AbDuL aZiZ said...

salam.. maaf saya ingin bertanya, sy merupakan calon simpanan bagi PTD 2017.. cuma sy nk bertanya, bagi calon simpanan, ada harapan ke mereka akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan? atau apply sahaja permohonan baharu nti?

:: JOM KONGSI ::

Kenangan Bersama AMAR

Kenangan Bersama AMAR